. |
Saifuddin Tidak Perlu Peduli Kepada Kritikan Serigala Posted: 18 Oct 2012 09:37 PM PDT SUSUPAN TENGAHARI Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Saifuddin Abdullah tidak perlu melayan kritikan-kritikan dan sindiran sinis yang dilemparkan kepada beliau kerana ingin cuba membawa politik baru yang lebih matang dan bersikap profesional. Ahli Parlimen Termerloh itu juga tidak perlu merasa takut dan surut ke belakang dari mempertahankan prinsip politiknya diketengahkan.
Hanya segelintir manusia yang jumud atau pun tidak mempunyai kemuliaan diri saja akan mengkritik dan mempersoalkan kesetiaan Saifuddin di dalam Umno. Cara mereka berpolitik itu jauh lebih rendah daripada corak pemikiran Saifuddin yang mementingkan politik matang, ke depan (berpandangan jauh) dan dinamik. Kepada saya sesetengah yang mengkirtik Saifuddin itu berlagak besar konon merekalah pejuang Umno padahal pada satu masa mereka merupakan orang yang kencing Umno sambil berlari kerana mendokong Anwar Ibrahim. Mereka adalah pencari makanan jalan dan juga serigala yang menyamun untuk mengenyangkan perut sendiri. Orang seperti ini beridealismekan perut bukan ada gagasan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Mereka akan mendahulukan perut. Perutisme bukan petriotisme. Diharap Saifuddin teruskan dengan nawaitu dan gaya politik barunya iaini berkata benar sekiranya sesuatu itu benar dan sedia untuk mengatakan salah jika ia salah. Jangan sesekali mencampur adukan soal sentimen peribadi dengan perjuangan parti. Stail dan amalan politik Umno sejak lebih 50 tahun sudah tidak popular lagi dan lebih malangnya ia akan meruntuhkan Umno secara perlahan. Apa yang hendak dibawa oleh Saifuddin menerusi pendekatan dan gaya politik baru ialah meninggalkan faham kolot dalam berpolitik selama ini, di mana orang politik suka bergaduh soal-soal remeh temeh dan meninggalkan soal pokok. Bagai Saifuddin sebagai anak muda yang intelektual tentu tidak mahu lihat bangsanya membuang masa atau pun membasir dengan politik yang tidak membangun itu. Sudah lebih 50 tahun merdeka dan Umno menguasai kerajaan, apakah patut kalau politik menegakkan benang basah, politik tidak boleh mengkritik diri sendiri terus diamalkan. Saya rasa Saifuddin tidak akan menghadapi apa-apa kerugian kalau beliau dihadang mengambil sikap politik terbuka dan rasional, tetapi yang ruginya Umno juga? Sementara kepada Saifuddin sebagai orang yang cuba meneroka sesuatu yang baru beliau kena sedia menghadapi apa saja termasuk dari kumpulan serigala lapar yang selalu menyengih taring dalam Umno itu. Apa disuarakan Saifuddin dengan menimbulkan isu Soros yang dimainkan Umno untuk mengenakan oposisi dan juga isu mengganggu ngo pejuang hak asasi, Suaram (Suara Rakyat Malaysia) adalah sesuatu yang tepat. Sebagai seorang yang mahu mewaraskan politik negara isu-isu yang berbau resis sebegitu perlulah dibawa keluar dan itulah apa yang dipraktikkan oleh Saifuddin. Mereka yang menuduh beliau makan keliling dan tidak yakin dengan Umno adalah mereka yang bukan saja pendek tubuh badan tetapi otak juga kemetot. Kalaulah Najib mendengar kritikan dan pandangan orang sebegini Najib juga kelak akan lemas dalam botol. Juga tidak mustahil Najib akan sentiasa dihanyir oleh najis serigala lapar. Kalau mereka tidak otak pendek mereka tidak akan cuba menyusahkan Saifuddin sebalik akan menyanjung kalaupun sukar untuk mengamalkan kerana daya fikiran mereka kita tidak ianya tidak sedalam mana. Kepada Saifuddin syabas diucapkan dan saudara tidak perlu mengaku kalah kepada orang yang lantang cakap tetapi akalnya sebenar tidak seberapa. [wm.kl.12:36 t/hari 19/10/12] | ||
Orang Berak Tengah Jalan Tidak Akan Mengaku... Posted: 18 Oct 2012 06:50 PM PDT ULASAN PAGI Mahathir Mohamad sangat percaya beliau seorang yang perfect dan bijak. Kebijaksanaannya mengatasi daripada semua orang bijak di negara ini. Dia juga seorang yang bukan mudah mengaku dan insaf dengan apa-apa kesilapan yang dilakukan. Hampir tidak ada langsung pengakuan terbuka daripada Mahathir apa-apa kesilapan yang beliau lakukan dalam tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri walaupun ada yang jelas kesalahannya.
Kalau beliau menuduh Anwar Ibrahim sebagai licit dan bijak mempengaruhi rakyat bagi melindungkan perbuatan rendah moralnya (seperti mana kata Mahathir), maka beliau juga begitu tidak lebih dan tidak kurang dengan Anwar. Mahathir juga ada tektik atau cara tersendiri untuk menghilangkan keraguan rakyat ke atas apa-apa perbuatan jahat dan buruknya. Salah satu tektik digunakan Mahathir ialah dia akan mengaku secara sinis apa-apa tuduhan ke atasnya. Misalnya kalau ada orang mengatakan pemimpinnya lemah, beliau akan menjawab dengan mengakui; iya pimpinan saya lemah, awak yang kuat. Kalau orang menuduh dia korupsi, merompak harta rakyat, dia akan menjawab; ia saya memang korupsi. Dengan menjawab secara sinis begitu menyebabkan beliau terlepas dari tuduhan itu. Jawaban sebegitu juga menjadikan orang akan lebih simpati kepadanya. Walhal jawaban merupakan pengakuan itu sesuatu yang benar dilakukannya. Inilah kelicitan Mahathir yang jarang diketahui atau disedari umum. Mahathit tidak akan mengaku kesalahan dan kesilapan dilakukannya. Perangai ini samalah dengan seseorang yang berak di tengah jalan, dia tidak akan mengaku. Seboleh-boleh dia tetap akan mempertahankan dirinya dan akan cuba mencari helah lain bagi tidak menampakkan dirinya yang buat jahat. Hatta kalau tahi 'berporah' di duburnya dia masih mengelak dengan berbagai helan dan alasan. Dia tetap akan mencari kambing hitam untuk melepaskan diri. Misalnya tuduhan berupa kajian kenapa orang Melayu kini berpecah menjadi kepada tiga firkah, Umno, PKR dan Pas, puncan besarnya ialah terletak ditangan Mahathir. Dia kena bertanggungjawab ke atas perpecahan ini. Apakah Mahathir sedar atau tidak, sehinggakan beliau boleh menolak situasi ini, begitu saja? Mahathir tidak mudah lupa sebab dia bukan Melayu? Bila berhadapan dengan masalah ini Mahathir tidak akan mengakuinya dan akan menolak serta mencari sebab-sebab lain bagi tidak menampakkan dia bersalah. Menurutnya perpecahan di kalangan orang Melayu bukan baru tetapi ia berlaku sejak lama dulu. Orang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu menurut otak Mahathir ialah Onn Jaafar kerana Onn Jaafar keluar dari Umno dan menubuh parti baru. Begitu juga dengan apa dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah, beliau menyifatkan perpecahan kedua disebabkan Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46. Perpecahan itu terbawa pula kepada Anwar Ibrahim yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Nama-nama disebut Mahathir dan peristiwa itu untuk menunjukkan perpecahan Melayu bukan baru dan bukan disebabkan olehnya. Mahathir boleh bergendang dengan sejarah itu, meralatkan dirinya dengan mengungkitkan peristiwa pada tahun sebelum merdeka, apa dilakukan Onn Jaaafar, tetapi apakah beliau boleh menari seiri9ng dengan gendang itu kerana kepincangan dan kesumbangannya jelas. Apa-apa petaka yang berlaku selepas separuh tempoh pasca merdeka beliau kena bertanggungjawab? Perpecahan tahun 1987 hingga tertubuh Semangat 46, adalah kerana Mahathir. Begitu juga dengan perpecahan tahgun 1998 sehingga tertubuhnya Keadilan kerana Mahathir. Kecuali perpecahan orang Melayu sehingga tertubuhnya Pas, Mahathir tidak boleh dipertanggungjawabkan, tetapi dua perpecahan kemudian adalah atas tanggungjawab Mahathir. Kalau beliau ingin mengatakan Onn Jaaffar sebagai "bapa perpecahan" beliau harus menerima gelaran bapa dan ibu perpecahan, kerana dua kali orang Melayu semasa pentadirannya berpecah. Jika dilihat kepada luruh perpecahan itu Mahathir seakan sengaja mahu melakukannya kerana kepentingan diri dan kekuasaanya. Beliau sanggup mengambil jalan ganjil dan anih untuk mengekalkan kekuasaanya. Dalam kes ini beliau benar-benar menjadi diktator politik terhadap orang Melayu. Parti Semangat 46 tidak akan tertubuh kalau bukan disebabkan pengaruh Tengku Razaleigh sama hebat dengannya, dan beliau hampir-hampir kalah ditangan Tengku Razaleigh. Kekalahan itu menyebabkan beliau menjadi berang dan dendam. Cara bijak tetapi jahat dilakukan ialah dengan 'mengharamkan' Umno dan menubuh Umno Baru. Sekali lagi Mahathir akan mengelik dengan berselindung disebalik mahkamah terhadap pengharaman Umno ini. Sebenarnya sebagai presiden dan PM beliau boleh menyelamatkan Umno dari tidak diharamkan. Tetapi kerana itulah idea yang lahir untuk memastikan beliau terus kekal, maka rumah (Umno) terpaksa dibakar dan menubuh rumah baru (Umno Baru). Apakah perbuatan ini tidak boleh dinamakan jahat? Demikian juga dengan penubuhan PKR kini disebabkan kezaliman Mahathir terhadap Anwar. Ketakutan yang menghantu-jemalangkan Mahathir menyebabkan beliau mengambil jalan songsang membunuh anaknya sendiri. Tidakkah Anwar masuk Umno menerusi pintu rumah Mahathir? Tidak perlu dipersoalkan apakah anak itu (Anwar) bersifat dan berperanan sebagai Musa dengan Firaun, tetapi yang jelasnya Mahathir tidak menyelesaikan pertikaikan beliau dengan Anwar secara baik sehingga berlaku perpecahan Melayu. Dari dua peristiwa itu sekiranya Mahathir bersikap tawaduk, mungkin Melayu (Umno) tidak akan berpecah. Tetapi kerana Mahathir rakus dan tamakkan kuasa maka berlakulah apa yang berlaku. Natijah besar daripada hasil tindakan diktator politik Mahathir itu menyebabkan Umno hari ini keadaanya seperti telor di hujung tanduk menyebabkan nafas BN di hujung pedang! Umno kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Umno jadi terus menirus dengan perpecahan demi perpecahan yang dicipta Mahathir yang tujuannya bukan menguatkan Melayu tetapi memberaikan Melayu kerana beliau mahu memastikan kuasanya kekal. Sudah lama saya mengatakan Mahathir bukan seorang pemimpin yang bersifat dan berperanan sebagai biduk yang akan menakutkan kimbang-kimbang di tasik, tetapi dia adalah galah panjang yang menyocok hati orang Melayu terutamanya Pas supaya terus berpecah dan bergasak dengan Umno. Mahathir tidak mampu menafikan kejelekkan ini kerana semua yang beliau lakukan dikaji, dianalisa kemudian dirumuskan... dari masa ke semasa dari generasi ke generasi. Kewangian Mahathir tetap juga akan 'dawas'. [wm.kl.22 am 19/10/2012] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan