. |
- Najib: Berani Bentang Tak Berani Berdepan
- 300 Guru Terperangkap Dalam Kursus Dakyah?
- Esok Perarakan Mega Tuntutan Royalti Petroleum Bermula...
Najib: Berani Bentang Tak Berani Berdepan Posted: 01 Oct 2012 06:57 PM PDT JENGOK BAJET Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya. Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.
Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing. Pembangkang dalam konotasi perlimen ialah pihak membuat teguran terhadap apa-apa juga yang dipandang tidak baik agar ia menjadi baik. Bangkangan juga memberi idea atau input baru bagi mencantikkan lagi apa-apa keadaan yang tidak indah bukannya menambahkan keburukan dan kejelekan. Misalnya kalau pembangkang memberi tegruan dan menambah makluamt terhadap bajet diberikan Najib ia akan menjadikan bajet itu cantik dan sempurna lagi. Natijahnya yang mendapat nama dari kebaikan itu bukan pembankang tetapi Najib dan kerajaan sendiri. Tetapi apabila beliau mengambil sikap dan budaya merasakan pembangkang itu selamanya membangkang dan prejudis kepada kerajaan ia adalah satu sikap negatif yang tidak membawa keuntungan. Sikap tidak perlu diamalkan oleh seorang perdana menteri. Perangai atau pun pendirian seperti itu tidak wajar dijadikan tradisi dalam berpolitik dan berkerjaan. Apa yang Najib lakukan itu bakal diamalkan oleh species didalam Umno selepas ini dan ia adalah politik anti tamadun. Ironisnya semasa Najib membentangkan bajet selama hampir dua jam, ia didengari dan ditekuni dengan cermat oleh pembangkang termasuk Anwar. Mereka mendengar bukan sahaja untuk mencari salah dalam ucapan Najib tetapi sebagai menghormati itulah bajet untuk negara yang dibentangkan oleh perdana menteri. Mereka mendengar untuk memberi pandangan dari persepktif mereka serta tanggungjawab sebagai pembakang dalam hakikat sebenarnya. Makanya kalau Anwar dan sekalian ahli pembangkang lain boleh menahan diri, menahan sabar dengan gurauan Najib yang sesekali memedihkan telinga dan memanaskan hati, kenapa Najib begitu sombong dan 'agah' untuk berbuat demikian? Apakah sudah ada satu perlembagaan baru (sub seksyen) yang digubalkan di mana perdana menteri tidak berhak atau perlu mendengar ulasan dan perbahasan ke atas bajet yang dibentangnya. Bahawa telinga Najib sudah ' berbolot' dengan tahi telinga tatkala Anwar bangun berucap? Begitukah? Paling menjahilkan lagi keadaan dan politik di sebelah kerajaan, apabila bukan sahaja Najib tetapi timbalannya juga terikut-ikut dengan sikap dan ulah Naib. Mereka juga tidak hadir untuk mendengar ulasan atau perbahasan bajet oleh pembangkang. Rakyat yang bermaruah dan tahu terlalu berpolitiking akan bertanya dimakah maruah dan integriti mereka? Jangan salahkah rakyat, kalau rakyat merasa mual dan menganggap mutu siasah mereka sebagai pemimpin sangat rendah. Najib dan sekalian menteri harus faham yang menjadi pemerhati dan mengambil bahagian dalam politik bukan saja rakyat kelas tiga yang seronok dengan cara mereka berbasi basi dalam politik. Tetapi parlimen atau tingkas laku mereka juga diperhati oleh golongan cerdik pandai, baik di dalam negara maupun di luar negara. Mereka akan memerhati sejauh mana penerimaan Najib dalam hal ini. Seorang pemimpin yang hebat dan agung itu mengambil sikap terbuka dan tahu meletakkan sesuatu kepentingan dan tanggungjawab itu pada tempat dan masanya. Kalaulah Najib berkorban untuk mendengar ucapan Anwar semalam, dia akan dilihat bukan saja bertangjungjawab dan berani tetapi ia akan disuluh sebagai seorang ahli politik yang praktikal dan gentlemen. Sikap itu akan dihormati oleh rakyat, oleh pembangkang juga dan penyanjungan kepada menjadi lebih tinggi lagi. Kita tahu di dalam parlimen Najib atau menteri kewangan ada wakilnya. Para pegawai akan mencatat apa-apa yang diulas dan ditegur oleh pembaangkang kemudian akan di bawah ke pengetahuannya. Manakala back-bencer pula akan menganggu mana-mana ucapan pembangkang yang langsung mengkritik Najib atau pun melencung jauh dari topik asalnya. Namun kewujudan dan keberadaan mereka di situ tidak 'sebermakna' dengan adanya sendiri menteri kewangan dalam dewan. Atau dengan adanya timbala-timblan menterinya. Kandati Najib mengikuti perbahasan oleh Anwar menerusi live tv di pejabatnya, namun hakikatnya rekod akan dicatat sebagai beliau berada di luar dewan. Orang akan melihat Najib bukan seorang menteri yang badot kalau beliau memaksa diri sekejap mendengar ulasan Anwar. Bukan sahaja Anwar malahan seluruh ahli parlimen akan melihat Najib sebagai seorang pemimpin gentlemen dan bertanggungjawab. Sebagai insan, sudah tentu akan ada sentuhan jiwa bila berlaku pandangan mata. Bila situasi ini wujud ia boleh menyejutkan kepala dan timbul rasa damai di hati. Tetapi bila keadaan seperti itu terus berlaku, berjauhan dan pulau memulau inilah menyebabkan wujud ketegangan sepanjang masa. Implikasi buruk sebenarnya diterima Najib apabila beliau enggan mendengar ucapan Anwar. Orang yang cerdik akan menganggap bahawa Najib tidak seberani yang ditonjukkan menerusi aksi dalam syarahannya. Orang akan menganggap Najib seorang tidak bertangungjawab seperti mana dilaung-laungkan. Dan lebih parah lagi orang akan kata Najib tidak sanggup berdepan mendengar perbahasan dan ulasan Anwar, kerana Najib tidak mampu untuk berbahas secara spontan dan langsung melainkan hanya mampu membaca baris-baris, komen dan titik apa yang telah disuratkan. Hakikat ini jelas apabila isi, perkataan dan laras bahasa didalam tiga bajet Najib yang saya dengar adalah perulangan frasa-frasa yang sama, perulangan sebutan-sebutan dan ayat retorika yang sama, perulangan sindiran-sindiran yang sama, cuma yang ada sedikit pengubahan figure dari kecil menjadi besar sebaliknya dari yang besar diperkecilkan mengikut keperluan sesama. Apapun yang ketara dalam pembentangan bajet kali ini Najib berani memakai sut berwarna hijau, warna syurga yang menjadi milik Pas? Seharusnya bila Najib berani memakai baju hijau dia juga sepatut menjadi lebih berani dan terkeluar dari pradigma diqueen control oleh politik pondan. Eh..eh... kenapa Mat tersenyum tu, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Felda apakah khabar Mat? [wm.kl.9:37 am 02/09/12] | ||
300 Guru Terperangkap Dalam Kursus Dakyah? Posted: 01 Oct 2012 05:21 PM PDT SUSUPAN PAGI Bertempat di sebuah hotel berdekatan jalan Chow Kit Road semalam telah berlangsung satu program apa dinamakan Pengurusan Permentoran Perkhdimatan Awam KPM. Kononnya program itu untuk memberi penjelasan berhubung polisi dan juga dasar kerajaan serta pembangunan dalam pendidikan untuk anak bangsa. Seramai 300 orang guru hadir pada program berkenaan yang berlangsung sehari suntuk. Mereka terdiri dari guru-guru yang sekolahnya terletak dalam parlimen Lembah Pantai yang kini diwakili oleh Nurul Izzah Anwar. Adalah dipercayai program berkenaan diadakan mengikut kawasan parlimen.
Setiap kehadiran dibayar wang sakut RM15 dan diberi makan tengah hari percuma. (Murah sangat harga pendidikan di negara ini?) Rakaman audio dan gambar tidak dibenarkan disepanjang penceramah memberi kursus tersebut. Alasannya kerana gambar itu boleh mengacam nyawa penceramah? Jadi tidak ada sesiapa dibenarkan merakam gambar program tersebut. Kenapa begitu bahaya sekali penceramah dalam satu program yang dihadiri pendidik seperti itu? Inilah keganjilan yang menjadi persoalan di kepala yang hadir. Kata pada mulanya kecurigaan terhadap program berkenaan tidak seberapa membengongkan lagi, tetapi setelah penceramahnya tampil maka terjawab untuk apa dan mengapa program itu diadakan. Ia jelas program itu tidak ada sangkut paut langsung dengan pengurusan permentoran dalam pendidikan, kerana penceramahnya dari individu politik. Di sini mereka mula merasakan terperangkap. Ceramah itu disampikan oleh orang bernama Mohamed Razali Abd Rahman yang mengakui dia kononnya bekas pegawai khas kepada salah seorang ahli Parlimen DAP. Isi ceramahnya ialah memburukkan DAP yang ingin melakukan reformasi politik di negara ini serta mendedahkan kononnya tindak tanduk DAP yang boleh menyebabkan orang Melayu dan Islam merasa marah dan mengalami kerugian. Antara apa didakwa orang bernama Mohamed Razali itu ialah, kononnya DAP ingin menjadikan negara ini sebagai negara Kristian, mahukan perdana menteri dari bukan Islam dan Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik. Penceramah itu juga mendakwa DAP ada menjalinkan kerjasama dengan Zionis, melatih think tank DAP dan juga kononnya DAP akan mendapat bantuan kewangan dari Israel untuk pilihan raya akan datang. Lebih teruk dan menakutkan kononnya lagi selepas Pakatan Rakyat menang kerajaan Pakatan akan membenarkan penubuhan kem tentera Israel di Port Dickson. Segala tuduhan itu jelas ia adalah direka khas untuk strategi politik untuk menimbulkan rasa takut dan bimbang dari kalangan orang Melayu. Natijahnya biar orang Melayu marahkan DAP dan pulau PKR dan Pas sekali. Dan bagi guru-guru yang mempunyai sedikit pengetahuan berhubung ketatanegaraan akan menolak isi penceramah itu kerana ia jelas sebuah propaganda dan fitnah. Guru yang cerdik tahu akan bagaimana proses pembentukan kerajaan dan juga fungsi raja-raja Melayu. Untuk menukar negara ini dari sebuah negara demokrasi dengan raja berpelembagaan kepada sebuah rupblikan bukan sesenang dibayangkan. Namun kepada guru yang cetek pengetahuan, jahil mengenai sejarah negara serta sistem pemerintahan negara ini akan menerima bulat-bulat apa diucapkan oleh penceramah bernama Mohamed Razali itu. Mereka akan telan tanpa mamah dan kunyah seperti ikan koi menelan pelet berbau busuk itu. Apa lagi kalau ada guru-guru yang mabuk dengan pemberian wang RM15 kerana dengan wang itu dapat dibeli sekilo anggur untuk dimakan semasa menonton televisyen akan menjadi agen menyebarkan dakyah berkenaan. Mereka akan menyebar dan memberi tahu anak-anak murid mereka apa-apa yang difitnahkan oleh penceramah berkenaan. Diharapkan anak murid pula akan menyampaikan kepada bapa mereka di rumah. Persoalan kini apakah lelaki itu benar dia sebagai seorang pegawai kepada ahli parlimen DAP? Kalau benar ternyata ia dibayar untuk mendakyah guru-guru setelah melakukan tindakan berpaling tadah kepada tuannya. Boleh jadi juga tidak ada orang bernama seperti itu berkhidmat dengan mana-mana ahli parlimen DAP dan ia adalah rekaan pihak tertentu sahaja. Ia boleh jadi pegawai perang saraf dari sekolah Bukit Aman? Keraguan ini timbul di kalangan beberapa orang guru yang hadir ke program berkenaan kerana butiran ceramah itu 100% berbau politik memburukkan pembangkang dan tidak ada apa-apa topik pun yang ada hubungkait dengan program berkenaan. Begitu juga kalau dia benar, kenapa perlu sembunyi diri dan ianya dilindungi? Kenapa perlu berbisik atau menyampaikan maklumat itu secara tersembunyi. Kalau benar apa didakwa itu, bukan guru yang sepatutnya diberi tahu tetapi pihak keselamatan yang perlu mengawalnya. Masalah hubungan dengan Israel bukan masalah kecil ia masalah keselamatan negara yang perlu ditangani oleh pihak polis, tentera dan segala macam pasukan keselamatan. Dan untuk berbaik dengan Israel bukan menanti Pakatan Rakyat jadi kerajaan sekartang ini kerajaan UBN ada hubungan dan berbaik-baik dengan Israel. Pengkalan tentera tidak perlu dibangunkan di Port Dikson tetapi sudah pun ada di pengkalan hati sesetengah pemimpin negara. Itu Apco adalah jenama Israel? Siapa yang menggunakan khidmat Apco, Pakatan Rakyat atau UBN? Jelas apabila ia diberi secara berbisik di dalam gelap ia ada motif dan muslihat lain. Motif dan tujuan yang jelas ialah untuk merosakkan kepercayaan rakyat kepada DAP yang kini sedang menjalinkan usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN dengan Pas dan PKR. Sekali lagi nampaknya warga guru diperalatkan dan wang rakyat disalah gunakan untuk mempertahankan kuasa politik pihak tertentu. Mat Said sakit telinga. [wm.kl.8:31 am 02/09/12] | ||
Esok Perarakan Mega Tuntutan Royalti Petroleum Bermula... Posted: 01 Oct 2012 05:43 AM PDT MERENTA SIANG Esok 2 September 2012 akan berlangsung perarakan mega menuju ke Putrajaya untuk menuntut royalti petroleum dari kerajaan pusat. Walaupun perarakan itu adalah untuk kepentingan umum tetapi ia lebih terkhusus kepada untuk Kelantan. Perarakan itu bermula di Kelantan berakhir di Shah Alam dan dijangka disertai lebih 500 buah kereta. Perarakan ini dikira terbesar kerana ia melibatkan seluruh negara. Mungkin ia akan mencatat dalam Guinness book of records sebagai konvoi terbesar dalam menuntut royalti. Penjelajahan yang berakhir di Putrajaya itu terlebih dahulu akan menjelajahi seluruh negara. Sepanjang berlangsung perarakan ini jalan raya dan highway dijangka akan dipenuhi dengan kereta yang mengibarkan bendera "R" manakala para pesertanya semua mengenakan baju berwarna merah. Pesertanya bukan saja dari Kelantan atau negeri-negeri yang mempunyai minyak, tetapi negeri lain juga turut bergabung sama untuk menunjukkan sokongan dan simpati kepada rakyat Kelantan yang dipersenda-sendakan oleh kerajaan UBN. Gabungan ini bagi memberi impak besar bahawa penganiayaan kerajaan Pusat terhadap Kelantan bukan sahaja dideritai atau dikesali rakyat Kelantan tetapi rakyat negeri lain juga. Perarakan atau konvoi mega dengan kereta itu dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), yang lebih dikenali sebagai "R". Pengarah program Nazri Deraman yang juga presiden R. Penafian royalti minyak ke atas rakyat Kelantan itu adalah simbolik bahawa demikian kezaliman kerajaan terhadap rakyat. Justeru wajar esok semua mereka yang merasai teraniaya dalam bentuk apa juga bergabung dengan konvoi "R" ini tanpa mengira fahaman politik. Bukan saja para penyokong dan ahli Pas tetapi semua rakyat Kelantan yang merasakan mereka dianiaya dan dinafikan hak wajar ikut menyertainya. Mengikut tentatif perarakan di Kelantan ia bermula di Kota Bharu di mana para peserta akan berhimpun di lokasi yang tetapkan dan akan bergerak menuju ke ibu negara. Pada masa sama juga perarakan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ikut sama bergerak menuju ke Kuala Lumpur dan mereka akan berhimpun dalam majlis kenduri perdana di Kuala Lumpur selepas Asar. Pada malamnya diadakan ceramah mega tuntutan royalti petroleum bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Majlis itu akan dipenuhi dengan ceramah mega oleh Anwar Ibrahim, Husam Musa. Hadir sama nanti ialah wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak, Ibrahim Menudin korporat yang baru menyertai PKR (Sabah) dan Ali Biju (Sarawak).
Himpunan dan perarakan ini akan diteruskan lusa 3 Oktober dengan penyerahan 150,000 tanda tangan dan referandum rakyat Kelantan yang menuntut royalti petroleum dan pendaratan gas kepada perdana menteri. Kemuncak perarakan itu 4 Oktober satu piket aman dan penyerahan memorandum kepada perdana menteri dan ketua pembangkang di bangunan Parlimen sempena sidang belanjawan Malaysia. Rakyat Kelantan perlu merasa bangga atas inisiatif Ngo ini yang cuba mengetengahkan aspirasi rakyat Kelantan untuk mendapat hak mereka. Kesungguhan Ngo ini patut dipuji. Mereka bukan saja mengeleggakkan gelanggang di Kelantan saja bahkan sampai ke Sabah mereka membawa hasrat rakyat Kelantan. €[wm.kl.8:34 pm 01/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan