Isnin, 29 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Bapak Beruk Mengamuk..

Posted: 28 Oct 2012 11:18 PM PDT

Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan 'beruk atas pokok cermai', mana boleh kata macam tu.


"Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."

Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu 'jangan usik beruk atas pokok cermai'.

"Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis," katanya.


PANAS - Taib Mahmud Ditendang Isteri Mudanya

Posted: 28 Oct 2012 09:45 PM PDT

Sarawak Report melaporkan pada awal bulan ini iaitu pada hari Jumaat 12 Oktober yang lalu orang ramai yang berada di Wisma Bapa Malaysia telah menyaksikan satu kejadian yang memalukan buat seorang pemimpin.

Kejadian tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga isteri mudanya Ragad.

Dimana dalam kejadian Ragad dikatakan tiba-tiba muncul di bangunan tersebut untuk menemui suaminya Taib Mahmud.


Dan beliau terus menunggu sehingga Ketua Menteri Sarawak itu turun menemuinya.

Seorang saksi berkata: "Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"

Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.

Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan.

Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.

Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/10/ketua-menteri-sarawak-ditendang.html


MB Kedah dicabar akui kerugian

Posted: 28 Oct 2012 07:01 PM PDT

PEDU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar mengakui kerugian projek pembalakan di Papua New Guinea.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Azizan perlu mengakui projek pembalakan yang bernilai jutaan ringgit di Papua New Guinea adalah merugikan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini.

"Kalau dah rugi berniaga pembalakan sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah.


"Dia sebagai MB mana boleh kata saya tak tahu. Ketika itu Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah di bawah kelolaan MB. MB kena bertanggungjawab kepada projek perniagaan itu," katanya kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan majlis korban perdana di Masjid Felda Lubuk Merbau di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah berkata, Azizan tidak seharusnya mencari kesalahan orang lain apabila diri sendiri melakukan kesalahan.

"Hari ini (semalam) dalam surat khabar dia kata nak dedah projek BN yang sakit. Projek itu ada, tapi dia langsung tak ada, tapi rugi berjuta-juta ringgit

"Maknanya dia patut bertanggungjawab. Saya cabar dia mengakulah projek itu rugi," katanya.

Mengenai projek padang golf di Langkawi, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu berkata, sepatutnya projek itu diteruskan oleh Kerajaan Negeri setelah BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

"Projek itu sebenarnya sedang berjalan tapi sampai 2008 kita kalah, dia menang. Sepatutnya dia sambung projek itu, tapi dia tak sambung.

"Dia tak nak sambung sebab dalam itu ada tanah Melayu Islam Kedah (MIK) dan tanah Kerajaan Negeri yang perlu digabungkan untuk buat padang golf. Tapi dia tak sambung," katanya.

Katanya, niat BN pada ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa agar orang ramai boleh mengadakan pertandingan di situ.

"Tapi hari ini (semalam), dia kata projek ini tak berjaya. Sebenarnya bukan tak berjaya, tapi sebab kita kalah dalam PRU12 pada tahun 2008, kita tak dapat sambung sebab dia dah jadi kerajaan," katanya.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan BN sejak mengambil alih pemerintahan.

Laporan itu menyebut, Azizan mengambil pendekatan 'menyerang balik' pemimpin BN yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung hutang.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mb-kedah-dicabar-akui-kerugian-1.98532


Polis Jadikan Ahli DAP 'Tebusan' Untuk Dapatkan Kamera - Chegu Bard

Posted: 28 Oct 2012 04:36 PM PDT

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

"Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya."Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.


Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua."Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan."Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi."4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi.

~keadilandaily


PANAS - DAP Dah Guna Khidmat Transformer

Posted: 28 Oct 2012 07:18 AM PDT

Cantik dan berpengaruh



PKR punya Voltron Force


DAP punya Transformer


umno punya destroyer.. tak dak seni langsunggggg!
wakaka

wasukalu.blogspot.com


Najib Patut Lantik Chua Soi Lek Ganti Jamil Khir Jadi Menteri Agama..

Posted: 28 Oct 2012 05:33 AM PDT

SEMAKIN BIADAP!!! Soi Lek cabar Jamil Khir berdebat kerana tahu UMNO takut berdebat



Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..

Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..

Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..

50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO..

-ASD


10 Samseng Umno.. Takutnya.. Hehehe...

Posted: 28 Oct 2012 04:59 AM PDT

Kesian, sama ada upah kurang lumayan, atau mereka sendiri malu untuk beraksi tidak dapat dipastikan. Peserta konvoi bersama Anwar Ibrahim dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hanya mampu ketawa melihat gelagat beruk-beruk ini.

Ketika gambar mereka diambil, difahamkan mereka cuba menyembunyikan wajah mereka daripada dirakam.


Satu perkembangan yang menarik.. semakin hari semakin berkurangan samseng-samseng UMNO yang mengambil upah untuk menganggu program Jelajah Merdeka Rakyat ini..

Samada kebanyakkan mereka telah mula sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan pemimpin UMNO atau upah semakin berkurangan.. entahlah...

Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi di Sungai Besar, Selangor.

Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.

Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi. - PASB/Milosuam


Tiada ulasan: