Blog-list Malaysia |
- Azizan Razak Dah Kena Guna-Guna Ke Nasi Kangkang?
- Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset
- Pekida Pasir Salak Jadi Lembu Dato' Tajuddin
- Gara-Gara Hampir Bangkrap - Utusan Salahkan GLC
- Selangor Banyak Orang Utan Yang Ganas..
- Kangkung UiTM Dr. Sahol Hamid Sudah Jadi Barua Perkasa
- MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’ – Lim Kit Siang
Azizan Razak Dah Kena Guna-Guna Ke Nasi Kangkang? Posted: 27 Oct 2012 10:54 PM PDT MB Kedah pertahan tindakan SUK Kedah ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir tidak mengamalkan nepotisme berkaitan projek di Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bukan bermaksud mempertahan Rasli, sebaliknya maklumat yang tidak tepat disebarkan hingga menjadi bualan panas dalam blog tempatan kebelakangan ini. "Tak betul, saya bukan nak bela dia dalam perkara ini, tetapi ramai yang mendapat maklumat salah. Tambahan pula, Rasli tiada kuasa untuk luluskan perkara itu kerana ia perlu dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen)," katanya. Beliau berkata, permohonan kelulusan tanah dan membangunkan projek di pulau itu dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beribu pejabat di Kuala Lumpur. "Setiap pelabur di Kedah yang ingin membuat pelaburan hendaklah membuat permohonan melalui Upen, yang seterusnya membawa cadangan itu ke State Planning Comittee (SPC), di mana saya adalah pengerusinya," katanya. Menurutnya, secara kebetulan salah seorang anak saudara Rasli bekerja di syarikat terbabit menyebabkan tuduhan dilemparkan kononnya dia mengamalkan nepotisme. "Jika begitu susahlah, ada sahaja pertalian saudara, dianggap amal nepotisme. Contohnya saya dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, dia adik sepupu saya, takkan dia perlu berhenti kerja kerana dia naik pangkat sebelum saya jadi Menteri Besar lagi. Itu tanggapan yang tidak adil," katanya. Azizan berkata, semua pihak perlu bersikap adil dalam perkara ini dan beliau sudah pun membuat penjelasan kepada Ahli Majlis (Pas) berhubung perkara itu. Isu mengenai Pulau Bumbun Besar mula diperkatakan apabila blogger tempatan mendedahkan penglibatan saudara Rasli dalam cadangan projek pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa terkemuka di Asia. Berdasarkan dakwaan itu, Rasli berhasrat memiliki pulau itu bagi membangunkan projek mega bernilai RM1.2 bilion, melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik Kerajaan Negeri berkeluasan 64 hektar. Bagaimana pun, difahamkan projek itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan ditolak Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan pihak berkepentingan kecewa dan marah, khususnya terhadap Azizan sehingga timbul isu mengaitkan Rasli dan kroninya membuat onar dalam pentadbiran sebagai membalas dendam. Laporan dari Pejabat Tanah Langkawi mendapati, sebelum permohonan syarikat terbabit, sudah ada pihak lain berminat ke atas tanah di pulau itu sejak 1991. Pihak terbabit turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi namun tidak diproses kecuali diluluskan sebidang tanah (geran individu) berkeluasan antara 6.7-6.8 hektar di tengah-tengah pulau itu. Mengulas kemungkinan satu lagi demonstrasi aman diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Rasli meletak jawatan, Azizan berkata, itu hak masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka. "Itu hak mereka, saya tak boleh halang. Masing-masing ada hujah tersendiri, saya bukan mahu pertahan Rasli tapi kedua-dua pihak ada alasan masing-masing kenapa mereka bertindak begitu," katanya. | ||
Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset Posted: 27 Oct 2012 08:56 PM PDT 28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13. Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan. PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu. Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu. Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC). Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes. Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS. Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib. Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak. Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had. - KL Daily - www.kldailyblog.wordpress.com | ||
Pekida Pasir Salak Jadi Lembu Dato' Tajuddin Posted: 27 Oct 2012 07:32 PM PDT Berita bahawa dato' Tajuddin Abdul Rahman bukan lagi merupakan calun pilihan utama untuk pilihanraya ke 13 bukan lagi rahsia, menyebabkan beliau tidak lena dan tidak berdiam diri. Berdiam diri berarti bakal kecundang. Dato Tajuddin telah menyusun strateginya bagi mengukuhkan sokongan agar beliau tetap menjadi calon dalam PRU 13. Zainol Fadzi tidak harus diberikan peluang menjadi YB. Boleh baca di yong suka kuning dan di muslimeen united. Umumnya orang pengundi Parlimen Pasir Salak mengetahui bahawa DatoTajuddin Abdul Rahman merupakan penaung kepada PEKIDA Daerah Kampung Gajah. Kelebihan ini telah cuba digunakan untuk menguatkan kedudukan politiknya. Zainol Fadzi harus dihalang dari menjadi calon. Justru itu, pada 19 Oktober 2012 baru-baru ini telah diadakan program Malam Jalinan Mesra Pekida Kg. Gajah di simpang tiga Ulu Dedap. Diadakanlah majlis secara besar-besaran. Disembelih lembu, ditanak nasi dan dijemput seberapa ramai ahli pekida dan juga ayahanda-ayahanda pekida dalam negeri Perak untuk turut bertamu. Secara tidak langsung Dato Tajuddin Abdul Rahman mungkin ingin menunjukkan kepada pimpinan umno bahawa beliau sebenarnya mempunyai ramai pendokong dan penyokong. Maksudnya, PEKIDA cuba diperalatkan sebagai menyokong beliau. Dato Tajuddin Abdul Rahman sendiri tahu, bahawa pekida tidak bertunjang kepada mana-mana parti politik. Perjuangan pekida merentasi politik. Politik kepada ahli pekida hanyalah merupakan pilihan individu, bukannya perjuangan organisasi yang boleh ditunggangi oleh seperti di zaman Dato Dr. Hj. Mohd Fuad dimana akhirnya ia telah merosakkan organisasi PEKIDA di peringkat Induk. Pihak-pihak yang berkepentingan akhirnya melarikan diri setelah mendapat apa yang dikecapi. Akhirnya, tinggallah Haji Jamaluddin Yusof yg masih gigih dengan perjuangandan berjaya mengukuhkan kembali pekida. Dan kepada Haji Jamaluddin Yusof, berhati-hatilah kepada pihak yang berkepentingan. Akhirnya akan berlakulah, habis madu sepah dibuang. Oleh itu sekali lagi dimaklumkan kepada Dato Tajuddin Abdul Rahman, ahli PEKIDA bebas memilih dan mengundi sesiapa saja dalam pilihan raya. http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/10/dato-tajuddin-guna-pekida-di-pasir-salak.html | ||
Gara-Gara Hampir Bangkrap - Utusan Salahkan GLC Posted: 27 Oct 2012 05:11 PM PDT GLC gagal bantu akhbar Melayu KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kegagalan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) membantu masyarakat bumiputera mempunyai asas kukuh sebagaimana yang dapat dilihat kepada pendapatan iklan industri media cetak berbahasa Melayu yang masih rendah. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff (gambar) berkata, walaupun mengaut keuntungan berlipat kali ganda, GLC masih gagal menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam menyumbang iklan kepada industri media cetak berbahasa Melayu. "Belanja iklan untuk media cetak tahun lalu secara keseluruhannya mencecah RM3.2 bilion, tetapi bahagian yang diperoleh untuk media cetak berbahasa Melayu adalah sekitar RM400 juta sahaja. "Angka tersebut itu menyedihkan kerana GLC berbelanja sebanyak RM1.5 bilion untuk promosi dan iklan tahun lalu, tetapi berapa banyak yang pergi kepada media cetak berbahasa Melayu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Baru-baru ini, Dr. Mahathir membidas GLC kerana gagal membantu meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu dan tidak lagi berperanan sebagai pemegang amanah bagi kaum tersebut seperti mana di peringkat awal penubuhannya. Menurut Mohamad, masalah yang dihadapi industri iklan tempatan itu turut disumbangkan oleh kecenderungan GLC untuk menggunakan agensi pengiklanan antarabangsa serta perancang media antarabangsa. "GLC sepatutnya mempunyai semangat nasionalisme untuk menggunakan agensi tempatan, ramai orang-orang kita yang berbakat telah keluar dari agensi asing untuk membuka syarikat sendiri tetapi tidak dapat hidup kerana tidak dibantu GLC," katanya. Beliau menambah, untuk melindungi pendapatan pengeluar iklan bahasa Melayu khususnya dalam industri media cetak, kerajaan wajar menggubal Dasar Pengiklanan Negara (DPN) bagi menjamin perkara itu. "Industri pengiklanan adalah bukti yang menunjukkan agihan dan sumbangan GLC begitu kecil kepada golongan bumiputera, walaupun belanja iklan mereka berjuta-juta ringgit, tetapi langsung tidak seimbang kepada pengusaha bumiputera," katanya. | ||
Selangor Banyak Orang Utan Yang Ganas.. Posted: 27 Oct 2012 08:57 AM PDT Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi. Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing. KEADILAN menyifatkan ia sebagai satu taktik kotor yang diteruskan bagi menghalang rakyat mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal hadir esok. Penyokong Pakatan Rakyat diminta hadir untuk memberikan sokongan. Sebelum ini, bas jelajah telah mengalami beberapa siri sabotaj bertujuan mengganggu siri peneranagn yang disampaikan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Bharu dan Melaka. Berita mengenai van skuad sayang milik wanita Umno bahagian tersebut kononnya disabotaj malam tadi dengan ditulis perkataan 'babi' dan 'sial' serta disimbah dengan cat merah tambah menaikkan kemarahan mereka konon ia angkara penyokong Pakatan Rakyat. Dipercayai atas alasan inilah samseng dalam parti itu mula melakukan provokasi terhadap persiapan yang diatur untuk acara pada keesokkannya. Dipetik dari - JALAN PULANG | ||
Kangkung UiTM Dr. Sahol Hamid Sudah Jadi Barua Perkasa Posted: 27 Oct 2012 07:05 AM PDT PERKASA adakan sidang khas dalam UiTM Shah Alam untuk kempen UMNO Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Ir Dato. Dr. Sahol Hamid berkenaan dengan keadaan institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar. Beliau merujuk kepada keadaan huru - hara yang boleh berlaku disebabkan pengaruh parti politik luar. Masih segar diingatan saya bahawa beliau mengatakan dengan adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah - belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya. Selain tu, mahasiswa akan leka dan lupa kepada matlamat asal ke menara gading iaitu belajar bagi membela nasib anak bangsa. Namun begitu, pada 21 Oktober 2012 yang lepas, telah diadakan satu Persidangan Khas PERKASA negeri Selangor di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam. Saya mengakui bahawa PERKASA merupakan Non - Governmental Organisation (NGO) Melayu yang menjadi kumpulan pendesak. Tetapi, jelas PERKASA sememangnya berpihak kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan bukanlah badan neutral seperti yang digembar - gemburkan. Buat pengetahuan pembaca, saya pernah berbual beberapa kali dengan pimpinan kampus UiTM yang 'rasional'. Mereka menyatakan bahawa jika hendak di bawa badan yang tajam kepada kerajaan seperti Bar Council, SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya, pasti akan ditolak oleh pihak pentadbir. Namun, mereka akan lembut apabila sesuatu program ini hendak diadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO, Barisan Nasional, Jaringan Melayu ataupun PERKASA. Antara yang berucap dalam persidengan tersebut adalah Datuk Ibrahim Ali sendiri sebagai Presiden PERKASA, ucapan beliau seperti biasa berapi - api dan penuh dengan sentimen. Terdapat beberapa perkara yang saya kira sebagai unsur perkauman dan hasutan. Antaranya : a) Kita perlu kekalkan UMNO sebagai pemerintah, tanpa UMNO punahlah masyarakat Melayu. Malaysia akan diperintah oleh cina. b) Anwar Ibrahim adalah peliwat sejak zaman sekolah dan universiti, saya kenal siapa Anwar sebenarnya. Hanya mahkamah yang tidak dapat membuktikan perkara tersebut. Sebab itu Anwar terlepas. c)Nik Aziz hanya bagi RM500 untuk bina jalan tar. Apa kejadah ? Nik Aziz itu 'barang' pun dah tak naik sibuk nak jadi MB Kelantan lagi. d) Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Kafir Harbi. Banyak lagi sebenarnya kenyataan yang bakal merungsingkan pembaca apabila diceritakan nanti. Tapi, saya berasa gusar bagaimana NC UiTM membenarkan persidangan berunsur politik seperti ini diadakan di dalam UiTM kampus Shah Alam sedangkan ini terang - terangkan ingin menghasut masyarakat supaya berpecah - belah. Tambahan pula, UiTM membenarkan badan yang berpihak kepada kerajaan mengadakan program. Tetapi, mengapa pula apabila SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya ingin menggunakan ruang awam UiTM mereka ditegah ? Itu saya musykil . Sila lihat nama nombor 6. Saya tuntut Naib Canselor UiTM supaya respon. Adakah ini tindakan terdesak UMNO dan proksinya supaya dapat berkempen ? Adakah ini perbuatan yang bertanggungjawab dan jujur selepas beberapa kenyataan dikeluarkan? SAYA MUSYKIL Waallahualam.. MEGAT HIDAYAT, INSTITUT TEKNOLOGI MARA. | ||
MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’ – Lim Kit Siang Posted: 27 Oct 2012 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa. Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah jawapan Parlimen Jamil yang menyebut "jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam" itu mewakili pendirian MCA? "Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?" "Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?" soal beliau. Menyifatkan MCA sebagai 'Malaysian Charlatans (Pendusta) Party', Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud sejak dua tahun lalu. Katanya, pendirian DAP terhadap hudud sangat jelas dan konsisten sejak dahulu lagi kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia yang majmuk malah bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat. Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkata, "pendirian tidak bertolak ansur" MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan "menakut-nakutkan" komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam. "Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP." tambah Mahathir. Kit Siang menyeru agar pembohongan dan penipuan "Perjanjian Syaitan" UMNO dan MCA ini diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia. "Jelas, tindakan mereka adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu kepada BN." ujar beliau.-roketkini.com |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan