Jumaat, 19 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Bekas Orang gaji Rais Yatim Hidup Mewah Di Indonesia

Posted: 18 Oct 2012 11:56 PM PDT

Robengah, bekas amah Rais Yatim bina rumah RM100ribu



Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.



Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

"Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.


Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

"Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?"

"Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa," katanya lagi.

Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini. -kD



Hudud - SMS Bodoh Soi Lek Mudahkan Kerja Pas

Posted: 18 Oct 2012 05:11 PM PDT

(Chua Soi Lek bercakap melalui Video Blog menyerang hudud habis-habisan)


KUALA LUMPUR: Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.



Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

"Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini," kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

"Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR," kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

"Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang. Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah," kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

"Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan," kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah).



Kenyataan Media Guan Eng Kepada Semua Akhbar Kecuali Utusan.. Kesian Utusan

Posted: 18 Oct 2012 05:11 AM PDT

Guan Eng hantar kenyataan media kepada seluruh media kecuali Utusan..

Ini adalah kenyataan Medianya...

UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi.



Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik.

Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.

Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.

Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.

Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.

Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik.

Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit!

Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik.

Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata.

Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.

330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984.

Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah.

Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.

Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?

Lim Guan Eng

*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.*



Isu Musa Aman selesai selepas pilihan raya

Posted: 18 Oct 2012 04:38 AM PDT

Isu RM40 juta yang dirampas oleh penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa yang dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari ini tidak diberitahu siapakah penyumbangnya.

Nazri Aziz telah menjawab isu ini di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.



Saya selalu berkata rakyat tidak perlu membuat apa-apa tindakan kerrana di negara ini yang berkuasa adalah kumpulan yang sentiasa terlepas dari tuduhan. Mereka mempunyai kuasa dan tidak ada siapa yang boleh membuktikan pembabitan mana-mana pembesar negara kerana mereka adalah 'supreme' dan tidak boleh dibawa tengah oleh sesiapa juga termasuk Peguam Negara kita yang begitu 'controversial' imejnya dimata rakyat bukan sahaja ralyat tempatan tetapi juga masyarakat antarabangsa.

Undang-undang digubal bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk menutupi kebenaran. Mereka yang berkuasa menggunakan undang-undang untuk kepenting pihak yang berkuasa dan berpengaruh. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi mengambil tindakan melalui undang-undang tetapi sebaliknya mahu mengambilnya dengan cara politik. Maka rakyat sudah begitu ramai yang telah memutuskan untuk membetulkan keadaan ini dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika kita hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah rsuah ini mungkin ia memakan masa lima puluh tahun untuk menyelesaikan semua kes-kes ini. Setiap peringkat kerajaan BN hari ini disaluti oleh budaya rasuah yang tidak mungkin dapat di selesaikan sampai bila-bila jika mereka yang berkuasa sekarang ini masih berkeliaran di Putrajaya itu. Masing-masing dalam kerajaan pada hari ini tidak mahu mengambil tindakan kepada sesiapa termasuk mereka dalam badan undang-undang. Masing-masing mempunyai saham dalam kegiatan rasuah ini.

Cara terbaik ialah dengan mengambil alih pentadbiran dengan cara terhormat ia itu melalui pilihanraya yang bakal tiba ini. Jika 'legal cheating' oleh pihak BN dapat di elakan, ramai berkeyakinan yang BN akan duduk dipihak pembangkang selepas sahaja pilihanraya ini berlaku.

Ibarat bermain gasing, bergilir-gilir memusing dan memangkah. Selama ini hanya pembangkang sahaja yang memusing dan dipangkah oleh BN sejak 55 tahun dahulu. Kali ini biarlah BN pula yang memusing dan PR pula yang memangkah.

Sesungguhnya isu Musa Aman ini akan selesai jika rakyat Sabah yang sedar mampu bersatu untuk menolak parti yang beliau pimpin si sana. -

http://aspanaliasnet.blogspot.com



Umno Johor Lebih Rela Pecat Imam Demi Karaoke

Posted: 18 Oct 2012 03:01 AM PDT

SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.



Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.




Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.




milosuam.blogspot.com/



Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat

Posted: 18 Oct 2012 02:21 AM PDT



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.



Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.



Tiada ulasan: