Blog-list Malaysia |
- Tarik saman: Musa Hassan takut hadapi perbicaraan
- Gila Bercakap.. Dengan Kerusi Pun Tak Pa.. Kahkahkah..
- PM Yang Kantoi..
- Mat Sabu Saman Mashitah
- Saya Akan Tetap Bersama Pas - Hasan Ali Si Gila Talak
Tarik saman: Musa Hassan takut hadapi perbicaraan Posted: 17 Oct 2012 12:11 AM PDT KUALA LUMPUR 17 Oktober: Penarikan saman oleh Tan Sri Musa Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai cubaan bekas Ketua Polis Negara itu untuk membetulkan kesilapan lampaunya, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. "Beliau mungkin dah sedar, apa yang dilakukannya sebelum ini adalah atas arahan politik, dan mengakui kenyataan Anwar selama ini benar, memang wujud konspirasi," kata Ahli Parlimen Kuantan itu. "Malah beliau pun mungkin tahu, dirinya sudah di hujung tanduk dan dalam keadaan sekarang apa pun boleh berlaku, jadi eloklah dia bertaubat," katanya kepada Keadilan Daily. Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan penarikan saman tersebut menunjukkan ketakutan Musa untuk menghadapi perbicaraan. "Kalau dia (Musa) teruskan, semua kebenaran akan terbongkar, dan dia mungkin kalah," katanya. "Alasan logik lain yang boleh kita fikirkan, barangkali dia sudah dapat 'petunjuk'," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38063 |
Gila Bercakap.. Dengan Kerusi Pun Tak Pa.. Kahkahkah.. Posted: 16 Oct 2012 06:31 PM PDT Gambar-gambar ini dirakam telah dirakam ketika penceramah utamanya iaitu Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya. Ceramah Pemuda UMNO di Simpang Durian, Negeri Sembilan malam ini cukup meriah dengan kerusi.. disebabkan kerusi lebih banyak dari manusia ianya hambar, sunyi sepi dan lenggang. kerusi banyak sekali.. Butir-butir ceramah seperti biasa... mengguna pakai apa yang disediakan oleh JASA. Kisah DAP nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina. Simpang Durian ini difahamkan terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya Rais Yatim. JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli Pemikir JASA. Sumber gambar-gambar di atas datangnya dari sini ( Omak Kau!! ) |
Posted: 16 Oct 2012 04:51 PM PDT Saksikan dari minit ke 2:00 video di bawah ini, anda akan melihat Najib disoal oleh salah seorang pelajar yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot. Soalan yang ditanya oleh salah seorang pelajar itu setelah menjelaskan tentang taktifan dan contoh najis Mutawassitah (najis sederhana) dan bertanya kepada Najib dengan memintanya memberikan jawapan kepada soalan: "Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis Mughallazah?" http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/10/kantoi-budak-sekolah-malukan-najib.html |
Posted: 16 Oct 2012 07:45 AM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas. Mashitah (kanan) seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu. Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan. Saman itu difailkan pada 25 September. Saman yang sama difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini. Artikel Mashitah itu antaranya didakwa menggambarkan Mohamad bertindak mendedahkan aurat kepada wanita bukan mahram dan pemimpin tidak bermoral. |
Saya Akan Tetap Bersama Pas - Hasan Ali Si Gila Talak Posted: 16 Oct 2012 03:46 AM PDT BESUT: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas. "Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini. Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara. "Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya. Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi. Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam. "Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan