Rabu, 24 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


'Kerabat' Kedah ditahan polis

Posted: 23 Oct 2012 09:00 PM PDT

Abdul Rahim menunjukkan logo yang digunakan oleh lelaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah.


GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang awam yang mencurigai kehadiran kumpulan kerabat diraja itu ke satu majlis yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini kira-kira jam 3 petang, semalam.

Menurutnya, lelaki bukan Bumiputera itu turut menggunakan logo yang tidak sepatutnya pada kenderaannya dan hasil siasatan polis mengesahkan tiada kerabat diraja kedah di dalam majlis berkenaan.

"Majlis itu dihadiri kira-kira 120 orang dan ia dianjurkan oleh sebuah NGO Islam. Kita mencurigai apakah tujuan mereka untuk berjumpa dengan kumpulan bukan Melayu yang fokus kepada pusat hiburan.

"Dalam serbuan itu, kita turut menahan 12 lelaki untuk membantu siasatan dan kesemuanya berusia antara 38 hingga 61 tahun," katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Abdul Rahim berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah milik lelaki berkenaan, selempang dan beberapa dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 413 Kanun Keseksaan kerana penyamaran dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

sinarharian

Takut berdebat, Najib tak ikut trend semasa – Rafizi

Posted: 23 Oct 2012 06:00 PM PDT




KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri sebagai ketinggalan zaman kerana enggan berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan debat politik menjadi 'trend' masa kini.

Menyifatkan sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat, beliau berkata, debat antara pimpinan politik kini menjadi trend yang dituntut rakyat.

"Najib tidak boleh elak berdebat. Makin lama mengelak, semakin besar kesannya terhadap imej dan kredibilitinya sama ada dalam negara atau peringkat dunia," katanya.

Beliau mengulas debat terbuka yang rancak kebelakangan ini, terbaru antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam di Kuala Lumpur.

Ironinya, acara itu dirasmikan sendiri oleh Najib yang sehingga kini tidak menyahut cabaran debat.

Malah, Najib tahun lalu pernah menyatakan Anwar akan 'demam' jika berdebat dengannya tetapi sehingga kini, Presiden Umno tidak berani berdebat.

Sebelum ini, Rafizi berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di London depan mahasiswa berhubung kandungan Buku Jingga.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Rafizi hairan kerana Najib sangat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang sekalipun media arus perdana berada dalam kongkongan kuasanya.

"Sebab itu, saya sifatkan Najib pemimpin paling penakut dalam dunia," katanya.
Lebih-lebih lagi, kata Rafizi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan pemimpin mereka sedia debat pada bila-bila masa.

"Ini teguran langsung daripada mereka agar Najib (Pengerusi BN) menyahutnya," kata beliau.

KD

Tiada ulasan: