Biaqpila |
- 'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'
- KEADILAN bongkar skandal MB N.Sembilan rembat tanah negeri
- Ramai ‘orang kuat’ UMNO akan sabotaj parti?
- PANAS!!! Blog Porno: Alvin MINAT Chua Soi Lek
'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?' Posted: 23 Oct 2012 05:00 AM PDT Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam. Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum. "Kemudian bila berucap tak tegur pun. "Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam. Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain. "Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek. "Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis. Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008. Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam. Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan. Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu. Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya. "YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya. Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud. "DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam. "Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya. MK |
KEADILAN bongkar skandal MB N.Sembilan rembat tanah negeri Posted: 23 Oct 2012 12:00 AM PDT PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya. Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini. Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal. Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan. "Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan," kata Rafizi. Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). "Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku," katanya. Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. "Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini," katanya. "Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat," kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff. KD |
Ramai ‘orang kuat’ UMNO akan sabotaj parti? Posted: 22 Oct 2012 10:42 PM PDT Sabotaj parti; boleh digelar pengkhianat parti. Kalau UMNO dianggap 'Melayu', maka si pensabotaj parti juga bolehlah kiranya dianggap pengkhianat Melayu. Tak begitu tuan? Tapi, nama saja parti Melayu taklah juga bermaksud orang Melayu terbela, hidup senang, mewah dan berumah sendiri. Ramai saja Melayu yang merempat di bawah kerajaan parti Melayu UMNO. Tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Mungkin untuk memastikan parti tak tersabotaj, maka sebuah 'kitab' panduan yang merangkumi definisi dan tindakan sabotaj parti akan diedarkan oleh UMNO kepada semua bahagian UMNO satu Malaysia. Ini adalah kitab terbaru UMNO pasca Laporan Audit 2011 yang mengajarkan ahlinya untuk mengenali setia dan tak setia. Cuma tidaklah kita tahu ianya bersifat jangka pendek seperti Belanjawan BN 2013 atau bersifat jangka panjang. Orang yang melanggar garis panduan tersebut kata Muhyiddin Yassin, dia akan dikenakan tindakan gantung keahlian termasuklah kelayakan untuk dipecat. Lembaga Disiplin UMNO tak pandai? Fikir kita sekarang, seolah-olah Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak pandai menjaga disiplin ahli-ahli UMNO. Nampaknya Muhyiddin sudah mula menunjukkan siongnya. "Mau tunjuk taiko sama Najib ke?" Pun begitu, mau tak mau terpaksa jugalah "…Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Tengku Rithaudeen Tengku Ismail akan meneliti secara terperinci senarai berkenaan." sepertimana laporan berita Utusan Online baru-baru ini. Biasalah, dah terhantuk baru nak terngadah. Ibarat kata; sudah berjuta-juta PATI mendarat di Malaysia, baru sekarang nak buat pemutihan. UMNO dah terlambat apalagi mereka telah masuk era senja. Kad UMNO buat pinjaman TEKUN Panduan sabotaj ini juga membawa maksud, bukanlah seorang dua sahaja Muhyiddin nampak yang akan mensabotaj parti. Kalau setakat ahli cawangan, dia pun tak pandang memandangkan keahlian UMNO yang sudah lebih 3 juta ahli. Lagipun, apalah sangat punya kad ahli UMNO. Nak ditayang tak dipeduli orang, nak diguna buat isi petrol tak laku juga. Buat ahli biasa, habis-habis dapat pinjaman Tekun, dapatlah kontrak potong-potong rumput. Soalnya, kalaulah ada mana-mana orang kuat UMNO berceramah di pentas oposisi, atau bersama-sama menganjurkan aktiviti, tidak bolehlah terus dipecat. Nampak dayus. UMNO kenalah ikut contoh PAS; semacam kes Hasan Ali, beliau tak terus dipecat sampailah buat hal-hal mengarut. UMNO takut? siapa peduli… Apapun, tindakan untuk mengedarkan 'panduan sabotaj parti' ini, ia menggambarkan juga betapa takutnya UMNO terhadap ahli-ahli mereka dikalangan 'orang kuat' yang mula menunjukkan tanda-tanda menyampah terhadap kepimpinan dan parti sendiri. Jangan tak tahu, keluarnya Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburim telah bikin UMNO kecut. Orang-orang ini memang sudah hilang peduli pun sama UMNO, apalagi dengan Muhyiddin dan Najib. shaiful-hulusgr |
PANAS!!! Blog Porno: Alvin MINAT Chua Soi Lek Posted: 22 Oct 2012 06:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan