Biaqpila |
- AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya
- 'Laporan audit padam kerugian berbilion ringgit'
- Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!
- NAJIB KANTOI DENGAN SOALAN NAJIS
- Hasil Selangor Meningkat 114.3%: Tiada Sebab Untuk Rakyat Tukar Kerajaan
AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya Posted: 16 Oct 2012 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji semula pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang. Berkata pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES, Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya. "Jika kita mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian semula terhadap perlaksanaan AES. "Apa yang kita lihat sekarang AES ini bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Tambahnya lagi, isi kandungan perjanjian juga turut menjadi isu utama semakan tersebut, ini bagi memastikan tidak wujud unsur-unsur keuntungan mahupun perkara yang boleh membebankan rakyat. "Kita akan semak semuanya, begitu juga dengan kadar had laju sekarang sama ada masih sesuai ataupun tidak. "Ini adalah kerana teknologi kelajuan sesebuah kereta itu telah meningkat dan ia sudah jauh bezanya sejak dari awal hadlaju itu ditetapkan," sambung beliau lagi. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berpendapat pelaksanaan AES ini bersifat meragut hak rakyat. "Kita menyokong apa yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat dalam pelaksanaan AES ini dan ia perlu dipertimbangkan semula "Pelaksanaan AES ini hanyalah bersifat meraih keuntungan dengan cara meragut wang dari poket rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau berpendapat kerajaan perlu mengadakan rundingan sebelum pelaksanaan AES dilaksanakan. "Rakyat tidak berpuashati dengan pelaksanaan ini, mereka menyifatkan ia bukannya untuk mengurangkan kemalangan tetapi lebih kepada mencari keuntungan," sambung beliau lagi Untuk makluman, AES adalah satu sistem yang dinaiktaraf dan beroperasi selama 24 jam sehari untuk merakam kesalahan hadlaju dan juga di persimpangan lampu isyarat. HD |
'Laporan audit padam kerugian berbilion ringgit' Posted: 16 Oct 2012 07:06 AM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011. "Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja. "Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya. Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini. Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013. Kelewatan itu sekali lagi menerima kritikan keras daripada pemimpin Pakatan memandangkan tindakan sama dilakukan tahun lalu. Sedangkan, laporan berkenaan dibentangkan bersama dengan belanjawan seperti amalan sebelum ini. MK |
Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau! Posted: 16 Oct 2012 12:00 AM PDT Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO. Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini? Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO. Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan. Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman. Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya. Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali. Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina. Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO. Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau Cina. Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan negara! Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk. Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima. Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk. Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu. Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan diatas dominasi gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan. Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don't answer to UMNO. We don't answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us. Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh. Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli? Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak. Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini? Palanivel kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. he is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands. By: sakmongkol AK47 atsixty-zakriali KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
NAJIB KANTOI DENGAN SOALAN NAJIS Posted: 15 Oct 2012 09:00 PM PDT NAJIB KANTOI TIDAK BOLEH JAWAB SOALAN MURID TENTANG NAJIS MUGHALLAZAH? Teliti video ini. Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing. Ikuti video pada minit 1:46. Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling kepada Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi. Najib akhirnya angguk dengan cadangan itu. MOHON ASAN ALI SIASAT KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Hasil Selangor Meningkat 114.3%: Tiada Sebab Untuk Rakyat Tukar Kerajaan Posted: 15 Oct 2012 05:56 PM PDT Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010. Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus. Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM308.50 juta. Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong. Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010. Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta. KGB KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan