Biaqpila |
- Pemegang konsesi AES bakal untung RM700 juta setahun
- Siaran Langsung CERAMAH MEGA Jelajah Merdeka DS Anwar Ibrahim Di Tapak Ekspo Pertanian, Seberang Jaya, Penang
- DASAR & JANJI MENJAHANAMKAN EKONOMI
- LAWAK AHAD: TERBAKAR
Pemegang konsesi AES bakal untung RM700 juta setahun Posted: 14 Oct 2012 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Okt — DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta. "Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini. Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama, untuk setiap lima juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta. Bagi peringkat kedua pembayaran, sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus, iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama. Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya, dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan. Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlakunya kemalangan. "Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera. "Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi. Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka. "Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi. "DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi. TMI nizar-coretanku KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Oct 2012 08:06 AM PDT |
DASAR & JANJI MENJAHANAMKAN EKONOMI Posted: 13 Oct 2012 09:34 PM PDT Pada mulanya, saya memang tidak bercadang mengulas mengenai Belanjawan 2013 kerana, secara ikhlas, saya kurang yakin kemampuan saya memahaminya.Ini mungkin kerana kefahaman dan pengetahuan saya mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau kerana dokumen itu canggih dan kompleks. Manakala saya mengalu-alukan langkah mengurangkan defisit belanjawan (daripada 4.5 peratus kepada 4 peratus) dan menjanjikan pembahagian sumber yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan rumah murah. Namun saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan ini. Saya tergerak untuk menulis mengenai belanjawan secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang bekas menteri kanan yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor Perdana Menteri, Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Seorang bercakap secara terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. "Macam keluar dari hidung," kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional. Seorang lagi bercakap di belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam. Malangnya, dalam usaha mencari populariti jangka pendek menjelang pilihan raya umum itu, kedua-dua belah pihak — kerajaan dan pembangkang — nampaknya mengabaikan apa yang dalam dunia kewangan disebut sebagai "financial prudence". Kerajaan memberikan berbagai macam pemberian tunai dan peruntukan luar belanjawan. Pembangkang pula, antara lain, memberikan air percuma dan menjanjikan kereta murah dan memiliknegarakan semula bekalan air. Orang ramai keliru Masalahnya, orang ramai yang kurang arif atau jahil mengenai perjalanan ekonomi dan pengurusan kewangan mungkin ternakan janji-janji itu dan membuat pilihan yang akhirnya memufliskan negara. Saya tidak menentang usaha mana-mana pihak membahagikan kekayaan dan sumber ekonomi negara secara meluas dan saksama. Itulah pun landasan Dasar Ekonomi Baru yang menggabungkan pertumbuhan ekonomi dengan pembahagian kekayaan. Walaupun DEB tidak berjaya seratus peratus, tetapi ia berjaya mengurangkan kemiskinan, memperbesarkan bilangan anggota kelas menengah dan sedikit sebanyak menyusun semula masyarakat. Tetapi, yang perlu atau wajib dielakkan ialah memberi subsidi untuk kepenggunaan iaitu memberi wang kepada orang ramai untuk berbelanja. Ada ungkapan mengatakan, lebih baik memberi alat menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada memberikannya ikan. Beri ikan, dia makan. Esok kena bagi sekali lagi. Tetapi kalau kita berikan alat menangkap ikan dan mengajarnya menangkap ikan, insya-Allah dia boleh mencari makan sendiri. Utamakan subsidi pengeluaran Kita beri bantuan dan subsidi untuk tujuan menambah dan menaikkan produktiviti dan bukan untuk kepenggunaan. Jadi, saya sokong cadangan mengurangkan subsidi gula yang memudaratkan dan tidak adil. Mudarat di segi kesihatan kerana gula murah menyebabkan merebaknya penyakit kencing manis dan tidak adil kerana syarikat raksasa yang mengeluarkan minuman dan makanan pun dapat gula subsidi. Harga mungkin naik, tetapi kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna cekap, tahap kenaikan boleh dikawal dan bekalan dijamin. Penjimatan subsidi itu boleh disalurkan kepada kegiatan yang produktif seperti menaikkan taraf sistem pengairan dan perparitan di kawasan-kawasan tanaman padi, memulihkan sawah yang keracunan dan melatih petani amalan pertanian terkini. Tidak guna kereta murah seperti yang dijanjikan oleh pembangkang kalau jalan raya makin sesak dan tidak diselia dengan baik kerana pembangkang juga bercadang menghapuskan tol. Saya pun tidak tahu daripada mana kerajaan dan pembangkang — kalau ia menang — hendak mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan negara kerana pada masa yang sama mereka berjanji mengurangkan cukai itu dan ini. Yang kita dengar, Petronas pun secara terbuka sudah berkata ia tidak akan membayar dividen yang tinggi lagi kepada kerajaan kerana ia perlu membuat pelaburan baru yang banyak. Sementara itu, syarikat swasta, termasuk yang berkait dengan kerajaan (GLC) pula sedang ditekan oleh krisis ekonomi dunia. Serentak dengan itu, harga minyak kelapa sawit dan getah juga semakin menurun. Daripada 100 buah syarikat terbesar di Bursa Malaysia mengikut nilai pasaran, 10 mengalami kerugian dan 34 menderita kemerosotan keuntungan pada tahun kewangan semasa berbanding tahun sebelumnya. Yang rugi tidak akan bayar cukai dan yang kurang keuntungan akan bayar cukai yang lebih rendah. Jangan sedap cakap saja Saya rasa, kerajaan dan pembangkang hendaklah realistik dan berterus terang dengan rakyat jelata, khasnya pengundi. Realitinya, dunia sedang melalui krisis ekonomi paling getir selepas Perang Dunia Kedua. Ekonomi Amerika runtuh pada tahun 2008. Kini giliran Eropah pula. Greece sudah muflis dan Sepanyol bernyawa ikan. Pertumbuhan ekonomi China dan India mula menurun dan Jepun terumbang-ambing. Sebagai negara perdagangan, naik-turun ekonomi dunia memberi kesan langsung kepada kita. Pakar-pakar ekonomi meramalkan yang kemelesetan tahun 2008 itu akan mengambil masa 10 tahun untuk diatasi dan pakar-pakar antarabangsa meramalkan sehingga 100 juta penduduk dunia akan mati kebuluran menjelang 2030. Saya mula membuat laporan ekonomi pada tahun 1972 dan terbabit sedikit sebanyak dengan perniagaan. Saya melalui kemelesetan ekonomi tahun 1973/74, 1985/86 dan 1997/98. Orang yang berniaga, bekerja dengan sektor swasta atau bekerja sendiri tahulah pahit getirnya. Banyak yang muflis atau kena buang kerja. Orang yang makan gaji dengan kerajaan mungkin tidak tahu atau tidak peduli. Melihatkan keadaan hari ini, saya sangat bimbang. Dan dua orang bekas menteri yang memberikan pandangan mengenai Belanjawan 2013 dan cara Najib berbelanja adalah dua pakar ekonomi terulung di Malaysia dan di dunia. Kalau cakap mereka tidak boleh dipakai, saya tidak tahu cakap siapa lagi saya boleh dipercayai. Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com kl-today KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
Posted: 13 Oct 2012 06:00 PM PDT Sebuah rumah sedang terbakar..... suasana cemas sekali. Di jendela tingkat 2 kelihatan seorang ibu sedang mendukung anak kecilnya yang baru berusia 3 bulan sambil menjerit minta tolong.... api makin marak, bomba masih belum kelihatan.... orang ramai hanya sekadar menjadi penonton.... Tiba-tiba seroang pemuda tampil dengan machonya lalu berteriak "Puan, campakkan anak puan itu ke bawah.... saya akan menyambutnya!!" Ibu itu sangsi dan serba salah sekali.... campak atau tidak?? Melihat keraguan itu pemuda tersebut berkata" Puan tak kenal ke saya?? Saya adalah penjaga gol bolasepak kebangsaan... pintu gol saya belum pernah dibolosi! saya boleh menyambut apa saja objek dengan sebarang kelajuan!" Tanpa berfikir lagi, ibu itu terus mencampakkan anaknya ke bawah... dan dengan penuh bergaya pemuda itu menyambutnya... anak itu selamat... Orang ramai bersorak dan bertepuk tangan.... Dan dengan rasa penuh teruja, pemuda itu melambungkan anak itu 2 meter ke udara dan menyepaknya 60 meter ke depan... KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan