Ahad, 7 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa perempuan cun yang peluk Zahid Hamidi nie?

Posted: 07 Oct 2012 05:20 AM PDT

Keratan akhbar Cina di bawah, dikutip dari facebook... Saya kata, "itu anak dia kot. biaq pi lah dia peluk cium sebab itu anak dia. Jangan 'haruan makan anak' udah laaaa"

Kawan saya kata, "Tok Zahid nie tak ada pun anak macam itu. Bini dia pun tak ada yang macam itu."

"Takkan perempuan simpanan kot...dia ini Islam Hadhari dan Wasatiyyah. Orang agama kalau nak peluk pun, dia mungkin peluk bini muda saja yang free hair ala wathatiyyah saja...." kata kawan saya seorang lagi.

Ada sesiapa tahu siapa perempuan yang Zahid Hamidi peluk ni?



Sumber : Faqar

Malaysia Pakar Perangi Rasuah?.. Betul ke ni?

Posted: 07 Oct 2012 12:12 AM PDT


Bagi rakyat Malaysia yang sumber beritanya hanyalah Utusan Malaysia dan juga TV3 mereka pasti percaya dengan apa yang disiarkan oleh Berita Harian dalam gambar di atas..

Tetapi bagi yang tidak bergantung maklumat dari kedua-dua media tunggangan UMNO itu, pasti akan mempertikaikannya..

Bagaimana sebuah negara telah menurun tiga tahun berturut-turut dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) boleh dianggap sebagai pakar?
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara ~ Malaysiakini

Ini adalah cartanya..


Berikut pula adalah laporan dari Berita Harian On Line..
Malaysia bakal menjadi pusat kecemerlangan anti rasuah antarabangsa menerusi program peringkat Sarjana yang ditawarkan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini mulai 9 Disember depan.

Program selama dua tahun itu bukan saja ditawarkan kepada golongan profesional anti rasuah dan pihak berkuasa tempatan malah terbuka kepada peserta dari luar negara termasuk pengamal undang-undang seperti hakim.

Bagi memastikan program dilaksana dan dirancang secara teliti, akademi melantik enam pakar dalam pelbagai bidang khususnya yang berpengalaman dalam usaha memerangi rasuah peringkat global untuk memberi nasihat kepada akademi itu.

Ia dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Malaysia dipilih IAACA

Lima lagi ahli yang dilantik, Ketua Cawangan Ekonomi dan Jenayah, Bahagian Perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC), Dimitri Vlassis.

Setiausaha Agung Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA), Dr Ye Feng; Pengerusi Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA), Martin Kreutner; bekas Timbalan Pesuruhjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong, Daniel Li dan perunding antarabangsa, Dr Chris Saville.

Sehubungan itu, Abu Kassim mewakili SPRM memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan IACA diwakili Kreutner.

Abu Kassim berkata, Malaysia satu-satunya negara yang dipilih IACA untuk mengendalikan satu daripada tujuh modul yang diperkenalkan selain Vienna, Austria.

Terdahulu, Abu Kassim mewakili SPRM menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) bagi mewujud kerjasama dalam mencegah dan membanteras rasuah yang diwakili Pesuruhjaya Profesor Pakdee Pothisiri.

Mungkin ada benarnya laporan dari Berita Harian ini.. kerana untuk mendapat title 'Pakar' ianya bukanlah satu perkara yang mudah..

Pakar biasanya sangat berpengalaman dalam bidangnya, untuk mendapatkan pengalaman, praktikal perlu dilakukan.. lebih banyak praktikal maka lebih luas pengalaman..

Oleh kerana banyaknya rasuah dilakukan dalam negara ini.. maka pihak yang menguruskan masaalah ini wajarlah dianggap sebagai pakar..

Pakar dalam memerangai rasuah yang bersekala kecil.. dan pakar juga dalam melindungi rasuah berskala besar yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO.. pakar lah tu...

Bodohnya Propaganda Pemimpin Agong UMNO nie...

Posted: 06 Oct 2012 09:43 PM PDT


Sambil menipu Mahathir sekali lagi cuba menakut-nakutkan orang Melayu.. katanya Undi kepada Pakatan Rakyat berkemungkinan adalah undi untuk George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula..

Propaganda ini telah dilabelkan oleh Zaid Ibrahim sebagai satu propaganda bodoh oleh Mahathir.

Ini kerana menurut Zaid Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Twitter miliknya @zaidibrahim.. beliau menulis "Malays must be really stupid to believe the Jewish conspiracy to install puppet PM"..

Atau dalam Bahasa Malaysia "Melayu mesti benar-benar bodoh untuk percaya akan Konspirasi Yahudi untuk melantik seorang Perdana Menteri boneka".. ~ sila lihat di ( SINI )

Hakikatnya memang akan ada Melayu yang akan mempercayai kata-kata Mahathir itu ini disebabkan mereka telah menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO.. dan kebanyakkannya mereka adalah pencacai-pencacai UMNO.. he..he..

Undi kepada Pakatan seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama 'masyarakat sivil' serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.

"Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.

"Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.

"Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing," kata Dr Mahathir dalam akhbar yang dikawal Umno tersebut. PM negara yang paling lama menguasai negara tersebut juga mendakwa Soros dikenali sebagai penyumbang dana kepada Open Society Georgia Foundation yang secara langsung mendorong perlantikan sembilan menteri yang disokong oleh spekulator tersebut untuk menjadi ahli dalam kerajaan Georgia ketika ini.

"Jadi mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah NGO di Malaysia.

"Jelas sekali, ia bagi mencapai perubahan rejim, untuk meletakkan calon-calon beliau sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia," katanya.

Dr Mahathir menambah bahawa Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya.

"Pandangan saya adalah Soros masih seorang spekulator mata wang yang kejam dan menggunakan kejahatan ini dengan wang untuk meletak calon pilihannya memerintah negara yang disasarkan olehnya.

"Dan Malaysia adalah salah satu sasarannya," kata Dr Mahathir kepada New Sunday Times.

Kebelakangan ini, NGO Malaysia yang dilihat kritikal kepada kerajaan telah diserang menerusi laporan media yang mengatakan mendapat pembiayaan dana asing dari Soros, termasuk Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Sementara itu, NGO lain yang menerima dana daripada spekulator mata wang tersebut ialah Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang ketika ini masih tidak terjejas akibat tuduhan tersebut.

Bulan lepas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa penerimaan dana asing bukan satu perkara yang menjadi isu ~ The Malaysian Insider

Apa yang Mahathir tipu?.. dia kata Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya tapi cuba korang baca di ( SINI )

Tiada ulasan: