Isnin, 29 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ceh!! Fathul Bari sokong Chua Soi Lek rupanya.. (Video Inside)

Posted: 29 Oct 2012 09:01 AM PDT


Jika pada 21.10.2012 di dalam satu forum yang bertajuk 'Bicara Orang Muda' Ust. Fathul Bari Mat Jahya dari Ulama Muda UMNO telah membidas semua individu bukan Islam dari beberapa parti politik yang galak berbicara tentang hudud dan Islam.

Malah dalam rakaman video tersebut yang boleh dilihat di ( SINI ) bukan saja Presiden MCA yang dibidasnya tetapi Karpal Singh, Ketua Wanita MCA serta Ketua Pemuda Gerakan Kedah juga dibelasahnya..

Berbeza pula dengan kenyataannya pada 24 Oktober 2012.. beliau kelihatan bersungguh-sungguh pula untuk menutup kebiadapan Presiden MCA yang telah menghina Hudud..

  

Kenapa agaknya dalam masa yang singkat pendiriannya berubah?? Telur dah kena picit ke?

“Indonesia maids now on SALE”? .. siapa buat iklan bodoh nie?

Posted: 29 Oct 2012 05:34 AM PDT


Iklan "Indonesia maids now on SALE" (gambar) tidak menghormati maruah seorang manusia ini telah ditampalkan di merata tempat disekitar Lembah Kelang oleh Smart Labour Services Sdn Bhd.

Ianya adalah satu bentuk penghinaan dan merendahkan taraf warga Indonesia kerana ianya telah mempromosikan Amah dari Indonesia sebagai komoditi dagangan bukannya manusia.

Dan ianya telah menimbulkan kemarahan warga Indonesia.. memang bodoh siapa yang buat kerja macam ni..

Ini laporan dari Aktual.co portal berita on-line dari Indonesia.

Jakarta, Aktual.co — Anggota Komisi IX DPR RI, Rieke Diah Pitaloka mengecam keras iklan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.

Oleh karena itu, ia melayangkan surat terbuka kepada Kedutaan Besar Malaysia untuk merespon selebaran yang bertuliskan Indonesia Maids Now On SALE. "Surat ini saya layangkan sebagai respon terhadap selebaran "Indonesia Maids Now on SALE".

Menurut jaringan saya di Kuala Lumpur, selebaran tersebut ditempel di sejumlah tempat dan ruang publik di Kuala Lumpur.

Bunyi petikan iklan tersebut " Indonesian Maids now on SALE. Fast and Easy Application!! Now your housework and cooking come easy. You can rest and relax, Deposit only RM 3,500! Price RM 7,500 nett!"," kata Rieke di Jakarta, Senin (29/10).

Menurut dia, iklan yang ditempelkan di kota Kuala Lumpur itu sebagai sebuah bentuk penghinaan dan merendahkan Indonesia. Juga memposisikan pekerja migran Indonesia, khususnya pekerja domestik sebagai komoditi dagang, tidak sebagai manusia ~ Aktual.co

Ini pula laporan dari Kompas.com juga portal berita dari Indonesia..

JAKARTA, KOMPAS.com - Aktivis tenaga kerja Indonesia di Malaysia gerah dengan kemunculan iklan diskon penempatan tenaga kerja wanita di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam iklan tersebut, disebutkan adanya diskon penempatan tenaga kerja hingga 40 persen. Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah, Minggu (28/10/2012) di Kuala Lumpur mengatakan, iklan berupa selebaran itu ditempelkan di pohon atau di tempat-tempat lain pada ruang publik di Kuala Lumpur.

Dalam iklan tersebut dinyatakan bahwa para TKW dari Indonesia "now on sale". "Indonesian maids now on SALE. Fast and Easy Application!! Now your housework and cooking come easy. You can rest and relax, Deposit only RM 3,500! Price RM 7,500 nett," bunyi petikan iklan tersebut.

Anis menuturkan, selama ini seorang majikan diwajibkan membayar biaya penempatan TKW sebesar 12.000 ringgit atau sekitar Rp 36 juta kepada agen tenaga kerja. Adapun iklan di atas hanya menawarkan biaya penempatan sebesar 7.500 ringgit atau hampir Rp 27 juta.

"Begitu kami melihat itu, makanya kami naik darah. Ini bentuk pelecehan," kata Anis saat dihubungi Kompas.com dari Jakarta, Minggu malam. Melalui akun @anishidayah di Twitter, Anis menyampaikan kekesalannya atas kemunculan iklan yang ia temukan di kawasan Chow Kit tersebut ~ Kompas.com 

Hubungan Malaysia dengan Indonesia pada suatu ketika pernah tegang kerana sikap kerajaan Malaysia yang lepas tangan dan cuai terutamanya dalam kes melibatkan penderaan oleh majikan.

Jadi Agensi kerajaan yang berkaitan perlu meneliti kaedah pengiklanan ini dan memantau perkara seperti ini bagi mengelakkan ia menjadi isu yang lebih besar..

Chua Soi Lek menghina Hudud.. Apa kata Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang?

Posted: 29 Oct 2012 03:51 AM PDT


Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya.

Disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO.

Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.

Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.

Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.

Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.

Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.

HUDUD

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir.

Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain.

Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu.

Allah berfirman yang maksudnya : "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)

Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya.

Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.

Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.

Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.

Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud.

Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.

Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.

PAS DAN DAP

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.

Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.

Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam. PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.

Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.

Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi.

Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.

Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.

Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya. PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.

Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.

Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.

Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Hadirin keluar beramai-ramai ketika Chua Soi Lek berucap..

Posted: 29 Oct 2012 02:03 AM PDT


Dalam jamuan makan malam mega yang telah mengutip RM500,000 dengan kehadiran mencecah 15,000 orang telah dilaporkan kira-kira 20% dari hadirin telah keluar Stadium ketika Presiden MCA berucap..

Bagaimanapun ini masih boleh dibanggakan oleh MCA kerana jika dibandingkan dengan apa yang Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri alami dimana ketika beliau berucap hanya tinggal penjilatnya sahaja yang berada dalam Stadium.. (lihat videonya di SINI ).

Ini apa yang Malaysiakini laporkan..
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.

"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap. Penganjur program bertajuk

"Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya. Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.

Betulke 15,000 yang hadir tu.. takkanlah MCA nak jual satu meja dengan harga RM333 saja kot?? murah sangat tu...

Ketua Menteri Sarawak ditendang isterinya dikhalayak ramai?

Posted: 28 Oct 2012 09:34 PM PDT


Sarawak Report melaporkan pada awal bulan ini iaitu pada hari Jumaat 12 Oktober yang lalu orang ramai yang berada di Wisma Bapa Malaysia telah menyaksikan satu kejadian yang memalukan buat seorang pemimpin.

Kejadian tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga isteri mudanya Ragad.

Dimana dalam kejadian Ragad dikatakan tiba-tiba muncul di bangunan tersebut untuk menemui suaminya Taib Mahmud.

Dan beliau terus menunggu sehingga Ketua Menteri Sarawak itu turun menemuinya.

Seorang saksi berkata: "Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"

Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.

Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan.

Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.

Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.


Laporan penuh sila baca di sini ( Sarawak Report )

Nasib hanglah Taib Mahmud...

Polis lari bila Pencacai UMNO mulakan provokasi?

Posted: 28 Oct 2012 06:04 PM PDT


Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.

Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.

Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.

Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.

Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya.

Dalam kenyataan saya juga saya mohon tindakan ke atas pegawai polis bernama Inspektor Chin (jika tidak salah nama penuhnya Chin Mui Fatt) yang jelas telah bercakap melalui telefon lebih dari sekali dan saya ulang jaminan yang turut saya bagi kepada pegawai tinggi polis yang lain yang menghubungi malam itu bahawa saya akan serahkan kamera dengan satu laporan polis berkaitan kejadian.

Namun saya terus dihubungi oleh beberapa anggota DAP (penganjur) memujuk saya patah semula dan memulangkan handycam tersebut malam itu juga.

Saya pelik, setelah diselidik rupa-rupanya pegawai polis bernama Chin ini telah menahan mereka untuk memujuk saya menyerahkan handycam kepada dia pada masa itu juga. Tindakan ini jelas tidak mengikut prosedur, apakah ada SOP polis bertindak umpama Abu Sayaf menculik orang untuk mendapatkan tebusan (handycam)?

Ketika itu jam hampir 4 pagi, saya hubungi Inspektor Chin mengingatkan mengenai jaminan bersama berkenaan penyerahan handycam yang telah dipersetujui dan mempersoalkan apa kuasa dia menahan anggota DAP tersebut.

Dia terus mengatakan "Saya tak tahan, cuma panggil tanya-tanya saja.."

Dimaklumkan oleh teman-teman di Johor beberapa minit selepas jam 4 pagi kesemua anggota DAP yang ditahan di Balai Seri Alam itu akhirnya dibebaskan.

Selepas itu di hadapan ACP Ghaffor saya telah menyerahkan Handycam tersebut dalam keadaan baik dan mendapat salinan borang bongkar.

Selepas itu saya diminta oleh Polis untuk dirakam pula percakapan oleh salah seorang polis yang datang dari Johor iaitu Inspektor Mohd Shahril.

Soalan lebih tertumpu kepada siapa yang mula ambil dan serah kamera dan seumpamanya.

Rupanya ada 3 laporan polis ke atas saya kerana peristiwa di Masai malam itu dan jelas laporan tersebut ada berbeza dengan kejadian sebenar yang berlaku yang disaksikan oleh beratus hadirin.

Semua sesi 1 laporan polis dan dua rakaman kenyataan tamat dalam masa 3 jam dan pihak polis kelihatan amat profesional dan mesra dalam mengambil laporan polis dan rakaman percakapan saya.

Isunya cuba dialih pasal handycam. Handycam hanya wujud dan mungkin menjadikan perkara ini isu sedikit besar, tetapi isu sebenarnya ialah:-

1.Penganjur PR sudah dapat kebenaran polis tetapi mengapa polis diam ketika Umno buat kacau dengan pasang speaker besar mainkan rakaman ceramah dan menjerit terlolong? Kalau program Umno dan ada PR yang buat begitu bagaimana tindakan polis ?

2.Polis ada tetapi terpaksa diam dan menyorok ketika kekecohan tersebut. Ada beberapa kemungkinan pertama polis tidak berkuasa apabila berdepan Umno atau sememangnya kejadian tersebut disusun sebegitu untuk mengundang pergaduhan kerana jika bergaduh media akan main isu ini secukupnya.

3.Umno - Bn jangan bacul tampil berdebat secara matang. Ketua Pembangkang cabar PM berdebat, takut tetapi Umno hantar kaset ganggu program PR.

4.Kami tuntut asas demokrasi dalam perkara ini untuk sedikit ruang berkempen tanpa diganggu, sepertimana Umno yang berkempen 24jam setiap hari melalui media perdana tanpa diganggu. Ini amat jarang berlaku di Johor, diyakini ini berlaku dan ia akan menjadi trend kerana dengan perkembangan mutakahir ini menunjukkan Johor bukan lagi kubu Umno bn seperti dulu.

SAMM memberi masa dua minggu untuk PDRM mengambil tindakan kepada pihak yang membuat provokasi juga anggota yang mendiamkan diri melihat provokasi jahat Umno jika tidak kami akan ke bahagian tatatertib Bukit Aman mengadu hal ini dan pengaduan kepada SUHAKAM juga akan difailkan.

4 November 2012, 9 malam di lokasi berhampiran iaitu di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai akan diadakan Ceramah Umum 'le tour de Scorpene Scandal' yang menampilkan peguam Scorpene bersama penceramah PR. Kami amat berharap agar program boleh berjalan lancar tanpa gangguan.

Saya tidak menyalahkan pihak polis 100% dalam perkara ini, dengan rasa penuh simpati dan memahami bagaimana campur tangan politik mengekang dari polis kebanyakanya bertindak berdasarkan ruang undang-undang sebenar dan inilah janji PR jika ditakdir ke Putrajaya maka institusi polis ini perlu dibebaskan.


Baca laporan lengkap Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM di ( SINI )

Tiada ulasan: