Anak Sungai Derhaka |
- Selangor jual aset PKNS? Mudahnya Ketua Puteri UMNO ni diperbodohkan oleh Noh Omar..
- Van Skuad Sayang Wanita UMNO diconteng perkataan SIAL dan BABI..
- Dei Samy!! Sendiri Lulus.. sendiri bantah ka?
Selangor jual aset PKNS? Mudahnya Ketua Puteri UMNO ni diperbodohkan oleh Noh Omar.. Posted: 27 Oct 2012 07:18 AM PDT "Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" tanya Ketua Puteri UMNO. Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India. "Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah Ketua Puteri UMNO. Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh Ketua Puteri UMNO ini hanyalah kesinambungan dari apa yang Noh Omar persoalkan beberapa hari lalu. Ketua Puteri UMNO itu mempersoalkan kerana beliau telah terpedaya dengan cerita yang Noh Omar bawa iaitu Lembaga Pengarah PKNS telah memutuskan untuk menjual 5 aset komersil miliknya. Tindakan Noh itu jelas merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin malah bersikap penipu. Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC). Namun sebaliknya, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak pernah dijual kepada pihak luar. Bagi pemain industri dibahagian korporat melihat indakan Noh Omar ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dalam hal-hal ekonomi dan perniagaan. Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Kesemua ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Oleh itu dalam hal ini apa yang jelas ialah Ketua Puteri UMNO ini telah menjadi mangsa pembodohan oleh Noh Omar.. Kerana telah diperbodohkan oleh Noh Omar tanpa usul periksa beliau pula terus mencabar Tan Sri Khalid memberikan jawapan.. * Jawapan bagi persoalan oleh Ketua Puteri UMNO ini telah dibekalkan oleh KLDaily.. lagi info berkenaan sila lihat di sini ( KLDaily ) * |
Van Skuad Sayang Wanita UMNO diconteng perkataan SIAL dan BABI.. Posted: 27 Oct 2012 05:26 AM PDT Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak melahirkan kekecewaannya berikutan dengan insiden Van Skuad Sayang milik mereka diconteng dengan perkataan SIAL dan BABI. Walaupun begitu beliau tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atau lebih tepat lagi beliau tidak menuding jari kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagus tu.. mungkin beliau sendiri sedar penyokong Pakatan Rakyat tak ada yang sudi nak buat kerja-kerja tak bertamaddun tu... malah nak menghampiripun aku rasa ramai yang tak hingin! KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Biasanya perkara macam ni terjadi disebabkan rasa tak puas hati sesama ahli UMNO.. mungkin apa yang dijanjikan tak ditunaikan kot.. Terima kasih buat yang sudi mengirimkan gambar.. |
Dei Samy!! Sendiri Lulus.. sendiri bantah ka? Posted: 26 Oct 2012 06:30 PM PDT Mantan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dilaporkan oleh The Malaysian Insider telah mengetuai satu demonstrasi dihadapan Kuil Batu Caves bagi membantah projek pembinaan Kondominium 29 tingkat di situ. Ianya dikatakan sebagai memberikan tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya telah meluluskan projek tersebut melalui Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu. Bagaimanapun demonstrasi yang mensasarkan 100,000 peserta itu hanya menyaksikan 300 orang yang hadir meskipun hebahan telah dilakukan melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti MIC. Kenapa agaknya demonstrasi itu gagal menarik ramai kaum India untuk menyertainya? Sebabnya ialah rata-rata kaum India setempat sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan ianya dipersetujui oleh empat pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika itu. Oleh itu hanya mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar turut bersama Samy Vellu dalam demonstrasi itu.. Sama saja perangai pemimpin Barisan Nasional ni.. hipokrit!! Demi menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka amat bertanggungjawab terhadap rakyat, mereka sanggup memperbodohkan rakyat kononnya mereka membantah projek tersebut, padahal merekalah yang meluluskannya dulu.. BATU CAVES: Falling way below the organiser's grand 100,000 target, only some 300 people flocked to the Batu Caves temple to protest against a proposed high-rise development project. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan