Jumaat, 26 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ini kamera AES untuk Jet yang Anwar naik ke?

Posted: 26 Oct 2012 05:49 AM PDT


Kalau dua atau tiga hari lepas Sebuah kamera AES (Automated Enforcement System) dilaporkan tumbang setelah dilanggar seorang pemandu yang terkejut akan silauan flash kamera tersebut.. ini pula mengenai sebuah lagi AES.

Menariknya hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba saja kamera yang ditempatkan di salah satu lokasi di sepanjang lebuhraya menghala ke Utara Semenanjung dirakamkan dalam keadaan hampir rebah.

Gambar di atas berjaya dirakamkan oleh salah seorang rakan Pulakdah yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Pulakdah yang melapukan di (SINI ) ada kemungkinan ia dilanggar ataupun dijatuhkan oleh pengguna jalan raya yang tidak puas hati setelah gambar mereka melakukan kesalahan diambil.

Tapi bagi aku.. ini adalah lumrah bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Kroni-kroni UMNO samada ianya retak, tumbang atau runtuh ia adalah perkara biasa..

UMNO Kangar label Shahrizat sebagai Lembu?

Posted: 26 Oct 2012 02:30 AM PDT


   


Kurang pasti pulak aku samada ianya satu kesilapan atau sememangnya ia disengajakan, jika ianya dibaca secara sekali lalu kita akan terbaca 'Datuk Seri Shahrizat Lembu'..

Sedangkan tujuan sebenar banner dinaikkan ialah untuk memberitahu kepada umum Shahrizat menyumbangkan 20 ekor lembu untuk dijadikan korban pada hari raya ke 2.

Tetapi apabila nama Shahrizat diletakkan sebaris dengan Lembu dan tulisannya pula sama besar sekali baca Shahrizat seolah-olah dilabelkan sebagai Lembu oleh UMNO Bahagian Kangar.

Kurang pasti pulak aku samada perkara ini disengajakan atau tidak kerana selama ini kita tahu bahawa UMNO Bahagian Kangar ni sering menongkah arus..

Tiada ulasan: