Khamis, 25 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bukti anak Jamaluddin Jarjis kuasai Malindo Airways terdedah!!

Posted: 24 Oct 2012 08:49 PM PDT

Dalam diam dan tanpa kita sedari, selain dari projek MRT yang dianugerahkan kepada kroninya oleh Najib, ada lagi projek yang dianugerahkannya kepada kroninya yang lain.

Ini pula berkenaan projek yang dianugerahkan kepada penasihat utamanya Jamaluddin Jarjis melalui anak-anaknya..

Ianya melibatkan penguasaan 3,000,000 Juta saham dalam DZJJ Sdn. Bhd. (Rantai Wawasan) yang turut bergabung bagi membentuk syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways.

Pemegang saham majoriti, National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), terdiri daripada empat syarikat atau pihak.


Kementerian Kewangan menguasai 13,016,394 saham, PJB Industries 177,962,541 saham, PAB Nominee 12,034,831 saham dan DZJJ Sdn. Bhd. pula 23,885,190 saham.

DJZZ mempunyai kepentingan 10.5 peratus di Nadi, yang dikawal oleh ahli perniagaan Ahmad Johan, yang juga menguasai Airod Sdn Bhd, Syarikat baik pulih pesawat  yang beroperasi di Lapangan Terbang Subang.



Perlu diketahui bahawa nama Syarikat DZJJ Sdn. Bhd. telah ditukarkan kepada Rantai Wawasan Sdn. Bhd. pada 19 April 2004.





Nur Anis memegang 2,100,000 saham dalam Nadi manakala Ikhwan pula memegang genap 900,000 saham dalam syarikat yang sama...

Kedua-dua mereka adalah anak Jamaluddin Jarjis.. untung mereka ya.. muda-muda lagi dah kaya...

Pencacai-pencacai UMNO yang bermati matian mempertahankan pemimpin mereka ini sudah tentulah lebih kaya agaknya..

Jadi persoalannya di sini ialah adakah Malindo telah diberi lesen untuk terbang disebabkan kepakaran atau kerana Jamaluddin Jarjis yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat mempunyai hubungan rapat dengan Najib ?


Sebelum ini, Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua pernah mendedahkan bahawa salah satu rakan kongsi Malindo Airways iaitu PT Lion Group dari Indonesia, yang juga mengendalikan Mentari Air, telah diharamkan di Eropah selepas ia didapati melanggar peraturan-peraturan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sila baca di ( SINI ).

Yang peliknya Syarikat yang diharamkan di Eropah itu dibenarkan terlibat.. mengapa agaknya??

Kalau nak baca kisah Jamaluddin Jarjis raba punggung pelayan pula sila baca di ( SINI )

Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh lagi

Posted: 24 Oct 2012 07:18 PM PDT


Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan.

Hazman tidak membalas SMS Malaysiakini mengenai sebab pendengaran kes rayuan tersebut ditangguhkan.

Apabila pendengaran kes rayuan tersebut yang dijadualkan pada 27 Ogos ditangguhkan pada bulan Julai, peguambela berpendapat ia disebabkan oleh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada April 2009, Azilah dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan dihukum mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Penghakiman bertulis hanya dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini. Penangguhan secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu lepas peguam Sirul,

Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Hasnal juga memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

Pada masa itu, Malaysiakini juga meminta pengesahan daripada seorang timbalan pendakwaraya kanan yang terlibat mengendalikan kes tersebut, dan beliau berkata ia akan berjalan seperti yang dijadualkan, sambil berkata Pejabat Peguam Negara sedang sibuk membuat persediaan ~Malaysiakini

Tiada ulasan: