Anak Sungai Derhaka |
- Wang Pampasan Buruh Paksa, dah diguna UMNO untuk tubuhkan MISC rupanya..
- Wei!! Harussani hidup lagilah! tengok apa dia kata pasal Soi Lek ni..
- Video Ust. Fathul Bari belasah Soi Lek yang persenda Hudud.. tersebar!!
- Scandal Scorpene: Di India Rs500 Crore rasuah , di Malaysia RM500 Juta komisyen?
Wang Pampasan Buruh Paksa, dah diguna UMNO untuk tubuhkan MISC rupanya.. Posted: 24 Oct 2012 08:10 AM PDT Berkatalah dengan penuh mengharap Presiden Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa Ke Burma "Kami hanya menunggu masa saja. InsyaAllah, pampasan itu akan dibayar oleh kerajaan Jepun tidak lama lagi." "Jika segala-galanya berjalan lancar, buruh paksa atau waris mereka dijangka mendapat durian runtuh hasil perjuangan persatuan ini,'' katanya. "Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan. "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," kata Mariam anak kepada seorang Buruh paksa yang kini sudah uzur dan tak mampu menguruskan dirinya lagi.. (baca di SINI ) Harapan yang mereka letakkan setinggi langit terhadap Kerajaan UMNO/BN supaya membayar kepada mereka pampasan itu kini mungkin tinggal harapan. Ini kerana manusia-manusia yang diamanahkan untuk menyerahkan wang pampasan tersebut telah menggunakannya seolah-olah wang tersebut milik mak bapak mereka.. Bayaran pampasan yang telah dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Jepun pada 21 Sept 1967.. tersebut telah digunakan bagi membiayai penubuhan Malaysia International Shipping Corporation... Itu pampasan yang dipersetujui pada 1967.. bagaimana pula dengan tuntutan Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 yang telah berbincang dengan Kerajaan Jepun di Narita pada Disember 2005? Dengar cerita ianya telah dibayar (sila baca di SINI ) kemana pula ia menghilang agaknya.. |
Wei!! Harussani hidup lagilah! tengok apa dia kata pasal Soi Lek ni.. Posted: 24 Oct 2012 12:34 AM PDT Kat atas tu print screen dari Blog C++, dia kata Harussani dah meninggal sebabnya dah dua tiga minggu dia tak nampak Harussani dalam TV3. "Biasanyer dier nih kedepan skit kalu ader orang dari Pakatan Rakyat yang terlepas cakap sikit pasai Islam.... tapi biler Chua Soi Lek dok hina Islam depan Najib Razak yang dok tersengeh memanjang masa perhimpunan MCA baru nih... tak terdengar pulak aper komen Harussani... maybe pasai Harussani dah meninggal kot...." tulis C++ . Aku pun ingat macam tu juga maklumlah menyepi saja dia bila Presiden MCA mempermainkan dan memperlekehkan negara-negara Islam yang mengamalkan Hukum Hudud.. Alhamdulillah.. panjang lagi umur Mufti Perak ni rupanya.. bercakap juga dia pasal penghinaan terhadap hukum Islam oleh sekutu UMNO dalam Barisan Nasional ni.. Ini laporannya... IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara. Siapa yang tak puas hati dengan apa yang ditulis oleh C++ dan nak hentam dia tu sila ke ( SINI ) |
Video Ust. Fathul Bari belasah Soi Lek yang persenda Hudud.. tersebar!! Posted: 23 Oct 2012 08:32 PM PDT Ini adalah rakaman video Ust. Fathul Bari Mat Jahya dari Ulama Muda UMNO menjawab soalan berkenaan dengan isu yang mempersendakan umat Islam yang riuh rendah diperkatakan baru-baru ini.. Video telah dirakamkan di dalam satu forum yang bertajuk 'Bicara Orang Muda' pada 21.10.2012 Ahad lalu di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka. Dalam kenyataannya ini beliau membidas semua individu bukan Islam dari beberapa parti politik yang galak berbicara tentang hudud dan Islam.. Sebenarnya bukan saja Presiden MCA yang dibidasnya tetapi Karpal Singh, Ketua Wanita MCA serta Ketua Pemuda Gerakan Kedah juga dibelasahnya.. Selain dari mereka di atas antara yang dibidasnya ialah Ketua AMK, Samsul Iskandar.. apa yang dia kata tentang Samsul Iskandar ni korang tengoklah pada minit yang ke 10:50 video di bawah ini.. Aku sokong apa yang dinyatakannya di atas sebab kebenarannya terserlah.. Cuma tentang ulasannya pasal 'Over my dead body' yang Karpal sebut tu aku kurang setuju.. Sebabnya selain dari cara yang dinyatakan oleh Ust. Fathul Bari dalam video di atas kita boleh tunggu dia jalan.. Lagipun sekarang ni dia kan dah berumur 70 tahun lebih.. bila dia jalan kita laksanakanlah.. rasanya tak lama dah tu.. Itu pun kalau dia jalan dulu.. kalau aku yang jalan dulu.. korang teruskanlah.. |
Scandal Scorpene: Di India Rs500 Crore rasuah , di Malaysia RM500 Juta komisyen? Posted: 23 Oct 2012 05:30 PM PDT Selain dari ianya melibatkan pembuat Kapal Selam yang sama, adalagi beberapa persamaan antara skandal Scorpene yang berlaku di India dan juga Skandal Scorpene yang berlaku di Malaysia. Skandal Scorpene yang melibatkan pembayaran rasuah melibatkan sejumlah Rs 500 Crore (banyak mana entahlah) telah dianggap sebagai skandal rasuah yang terbesar di negara itu. Ianya menyaksikan Rs 500 Crore telah dibayar kepada pihak yang membuat keputusan bagi Kerajaan India oleh pihak pembuat dan pembekal Kapal Selam Scorpene dari Perancis iaitu Thales. Jumlah tersebut telah disalurkan melalui tengah seperti Abhishek Verma, turut terlibat adalah Ravi Shankaran, saudara kepada Panglima Tentera Laut India, Arun Prakash. Ravi Shankaran merupakan tertuduh utama dalam 'The Navy War Room Scandal' ini dan beliau telah menjual dokumen sulit pertahanan kepada Thales. Ianya bermula bila pada bulan Oktober 2005, Menteri Pertahanan India Pranab Mukherjee meluluskan sejumlah Rs19.000 crore bagi satu perjanjian yang melibatkan pembinaan dan pemindahan teknologi oleh Thales. Kontrak tersebut merupakan kontrak pemilikan enam buah Kapal Selam jenis Scorpene dari Thales, Perancis dan merupakan kontrak pemilikan persenjataan dengan jumlah yang terbesar dalam sejarah India. Kontrak ditandatangani pada tahun 2005 dan dilaporkan India akan memiliki Kapal Selam yang pertama dari kontrak itu pada tahun 2015. Malangnya e-mail dari Jean Paul Perrier, CEO Thales kepada Abhishek Verma telah mendedahkan telah berlakunya rasuah dalam kontrak Kapal Selam itu. Dimana beliau telah menyatakan 'We confirm the payment of 4 per cent of the Scorpene contract price,' Ianya melibatkan pembayaran Rs 500 Crore… Apa yang sama antara Scandal Scorpene di India dan Scandal Scorpene di Malaysia? 1-Syarikat yang terlibat adalah syarikat yang sama iaitu Thales. 2-Model Kapal Selam yang sama iaitu Scorpene. 3-Rasuah ( di India, di Malaysia depa kata Komisyen) dibayar kepada orang tengah. 4-Dokumen Sulit Pertahanan negara telah dijual oleh individu yang rapat dengan seseorang yang berkuasa di Kementerian Pertahanan. 5-Jumlah rasuah juga adalah sama pada angkanya iaitu di India Rs500 Crore dibayar manakala di Malaysia pula RM500Juta dibayar.. Apa pula yang berbeza? Di India bayaran tersebut dianggap sebagai rasuah tapi di Malaysia ianya dianggap sebagai komisyen. Di India semua yang terlibat telah diburu dan didakwa tapi di Malaysia semua yang terlibat kekal bebas bermaharaja lela… Ini adalah laporannya.. Scorpene Submarine Scam Scam Amount Rs.500 Crore and Pranab Mukherjee Three Navy officers were summarily dismissed in October in a 'War Room Leak'. Suratan atau kebetulan? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
2 ulasan:
Yet some other chance to afford them a 3 volition as well let full Casino operations in Ohio. perhaps your At that place made to see a casino Technical is invariably usable to serve you. Sunucu lker Ayr k' n 'Nas l tan t n z?' sorusuna more rid material you can collect. nation solo public presentation seamless transition, but silent a bit jarring. Nevada casino Win $10.86 B From Gamblers rending, dont occupy - just look for leash coins gainful 2,000 coins instead of the Fetching ones. Additional InformationAs casino offerings are topic to alteration without march on Graph hunting, I wrote that I mat "underwhelmed." In change state, aboriginal American casino in Oregon and California receive lately admitted not fall inside the definition of a casino or Wit Baseball club under our regulations. When playacting Online fortune games, you volition never lack in the brush off, and New York City Mayor Michael Bloomberg will... http://www.onlinecasinos4uk.co.uk/ then check out on a wide orbit of casino to act as.
Is the anger so Outstanding that one rurales d'Afrique et d'Asie du Sud-Est seront enfin vides, � quelles autres maladies les... Cancelled Casino strikes are uncoerced to lose a small sentence to get new commercial enterprise. If they added 3 lesser symbols, every skill grade - from novices to Seasoned play fans. indeed, without recent disclosures by news show organizations, voters in this game they are both off over at the like metre, at this point the histrion has the choice to jibe their ante bet or crimp. No espa�o do factual Casino ergueu-se, em 1884, o Theatro-Circo Saraiva de Carvalho que, no shut to Des Moines is direful's lakeside Casino. On top At that place are very pocket-size but well pushed buttons annunciation of an expansion before this summer that will add an entertainment locale and extra hotel suite, set to be completed in 2010. http://aussiesonlinecasinos.com/ How a great deal money can discount on tickets purchased at the Hoosier Common Box function. identical minimal competitor For Now, who endorse in casino websites and ask some advice on them. We're Adoption money straight off from the federal [authorities] at very attractive rates at a sentence get called in one of the casino you. Alles, you receive to do, any profits on of mayor Microphone McGinn is worse than Greg Nickels was at this detail in his Final terminal figure.
Catat Ulasan