Isnin, 22 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Wanita ancam selak baju jika Penguatkuasa bertindak tersebar!

Posted: 22 Oct 2012 08:45 AM PDT


Wanita ini mungkin telah terperngaruh dengan Ketua Wanita UMNO yang dilaporkan telah menyingsing lengan dan mahu menyelak kain untuk menyerang Rafizi dalam Perhimpunan UMNO sikit masa dulu..

Tetapi apa yang dilakukannya adalah lebih extreem iaitu mengancam mahu menyelak bajunyajika pihak penguatkuasa meneruskan tindakan penguatkuasan mereka terhadapnya..

Berang dengan tindakan Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mahu merampas beberapa barang yang digunakan olehnya untuk menjalankan urut refleksoligi di Padang Kota Lama pemiliknya mengancam untuk menyelak bajunya..

Pelumba Negara, Zulfahmi terjun dari podium lari dari arak.. ( Video inside)

Posted: 22 Oct 2012 04:27 AM PDT


Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam .

Ini adalah satu kejayaan yang amat menbanggakan buat negara Malaysia.

Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak].

[Lihat Video] bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan menyembur air arak terhadap satu sama lain.


Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupakan satu riadah yang digalakan oleh agama dan bukan menyusahkan umatnya ~ Mimpi Senja

Pelumba negara lari dari arak.. tapi anak pemimpin negara pula beli kilang arak...

Najib!! RM207 Billion ni dah hilang kemana?

Posted: 21 Oct 2012 08:17 PM PDT

Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

"Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain".

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat ~ Harakahdaily

Dokumen berkaitan sila lihat di ( SINI )

Aku Sokong PERKASA!!

Posted: 21 Oct 2012 05:30 PM PDT


Jika PERKASA menunjukkan sikap begini dari mula awal penubuhannya, aku yakin ramai yang akan menyokong perjuangan mereka..

Bagaimanapun dalam hal ini aku sokong apa yang dinyatakan oleh  ketua Wira Perkasa ini.. hal yang melibatkan Agama Islam.. dalam hal lain terutama yang melibatkan bangsa.. sorrylah ya..

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini memberi amaran kepada MCA kerana menghina umat Islam dengan membangkitkan isu hudud.

"Isu hudud biar orang Islam tentukan. Jika mahu undi bukan ini caranya sehingga menghina dan mempertikaikan agama orang lain. Apakah ini sifat–sifat seorang presiden parti politik?

"Jangan sampai kami gunakan kuasa (mengundi) yang ada pada kami bila tiba pilihan raya," kata ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi dalam satu kenyataan media.

Tiga hari yang lalu presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berkata pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.

Hukuman hudud merupakan salah satu hasrat yang ingin dilaksanakan oleh PAS sekiranya memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, PAS menjadi parti dominan," kata beliau.

"Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat," kata Dr Chua.

Irwan turut mengingatkan Dr Chua agar berusaha mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina yang telah hilang semasa pilihan raya umum ke 12 pada 2008.

"Sepatutnya MCA bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan kaum mereka, bukan dengan menghina orang lain. Kaum mereka menolak mereka secara terang pada tahun 2008," kata Irwan ~ Free Malaysia Today

Aku juga sokong PERKASA bila Setiausaha agungnya mengeluarkan kenyataan ini..

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan.

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. 

Tapi bila bila terbaca pula kenyataan Ibrahim Ali ni... terus tak jadi nak sokong PERKASA..

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.

"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. - Bernama 

PERKASA ni satu kapal ada berapa nakhoda agaknya??.. tapi antara tiga kenyataan diatas, kenyataan yang terakhir memperlihatkan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh PERKASA..

Atau apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dalam PERKASA ini.. Agama dan Bangsa ataupun KUASA??

Ada tak Najib umumkan perkara ni dalam Budget 2013?

Posted: 21 Oct 2012 11:49 AM PDT


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

-Rangkaian DUNHILL RM10.20
-Rangkaian KENT RM10.20
-Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
-Rangkaian PALL MALL RM8.70 PALL MALL Biasa RM10.60
-BENSON & HEDGES RM10.20
-LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
-ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

Tiada ulasan: