Anak Sungai Derhaka |
- #TanyaNajib Bajet 2013 .. Soalan-soalan yang Najib pasti tak akan jawab
- Kerana pertahan Rapid di Pengerang, Azalina ditolak rakyat - Bekas S/U UMNO Pengerang
- Perkara yang akan berlaku di US, tapi tak akan berlaku di Malaysia antara Najib dan Anwar..
- Rebat Smartphone satu langkah bodoh oleh Najib kata Rafizi
#TanyaNajib Bajet 2013 .. Soalan-soalan yang Najib pasti tak akan jawab Posted: 02 Oct 2012 05:31 AM PDT Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib sekali lagi meniru.. Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan. Anwar tidak menggunakan hashtag ( # ) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu. Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib. Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah: @farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah Seorang lagi pengguna menempelak Najib Altantuya kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu. @iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib Altanuya dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar! @tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang! @mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib! @ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib @PMHJGROUP Kenapa najib takut untuk hadir ke parlimen smlm??TAKUT? #TanyaNajib @_miera_ Banyak-banyak rambut2,rambut siapa paling kembang #tanyanajib :D @_miera_ Banyak2 orang,siapa yg paling serupa dgn singa?? Haa jwb2. #TanyaNajib Kalau nak tengok lagi.. sila lihat di #TanyaNajib atau ( SINI ) Diolah semula dari artikel asal yang disiar oleh Jalan Pulang di ( SINI ) |
Kerana pertahan Rapid di Pengerang, Azalina ditolak rakyat - Bekas S/U UMNO Pengerang Posted: 02 Oct 2012 01:05 AM PDT Sebahagian rakyat Pengerang mahu calon lain menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahan kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum ke 13. Perkara ini diberitahu oleh bekas Setiausaha Umno bahagian, Sairy Raasiban yang dihubungi hari ini. "Rakyat tidak puas hati dengan Azalina termasuk menangani isu petroleum di Pengerang. Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak puas hati soal pampasan. "Orang politik (Azalina) kena selesaikan isu supaya mereka mendapat pampasan setimpal," katanya. Azalina bekas ketua Puteri Umno dan bekas menteri kabinet sudah dua penggal menjadi ahli Parlimen Pengerang iaitu pada 2004 dan 2008. Beliau menang tanpa bertanding dalam kedua-dua pilihan raya itu. "Orang Pengerang ada calon lain…mereka mahu orang tempatan. "Azalina bukan orang sini (tempatan)," tambah Sairy ~ Free Malaysia Today Beberapa hari lalu The Malaysian Insider telah melaporkan Azalina telah mencabar Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai isu pampasan tanah penduduk Pengerang yang dakwa Salahuddin terlalu murah. "Itu semua dakwaan rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan utama, sedangkan kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah tersebut. "Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan adalah RM8 sekaki persegi," tegas Azalina ketika sidang media di Parlimen hari ini. "Di mana keikhlasan pembangkang? Himpunan ini berbaur politik dan tidak ikhlas. Apa guna buat himpunan kalau ia banyak orang luar, dan pengundi saya belum tentu hadir." "Saya cabar Salahuddin Ayub berdebat pasal isu ini di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, sebelum pilihan raya ini," tegasnya ~ The Malaysian Insider Azalina sepatutnya tidak mencabar Salahuddin untuk berdebat.. tetapi sebagai Ahli Parlimen Pengerang beliau sepatutnya menyambut cabaran debat oleh penduduk Pengerang yang diketuai oleh Taufik bin Tahir pada 8 Februari 2012 yang lalu mengenai isu di Pengerang... Azalina Othman Tolak Pinangan Penduduk Pengerang |
Perkara yang akan berlaku di US, tapi tak akan berlaku di Malaysia antara Najib dan Anwar.. Posted: 01 Oct 2012 09:11 PM PDT Gambar Najib dan Anwar sedang minum teh di atas bukanlah satu perkara yang baru buat pelayar-pelayar internet. Ianya adalah gambar asal dan bukan dihasilkan secara 'photoshop' oleh media yang menyiarkannya. Walaupun ramai rakyat Malaysia menerima dengan baik persepsi positif yang cuba ditimbulkan oleh penerbitan berkenaan, sebenarnya ianya bukanlah apa yang diharapkan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Aku yakin ramai rakyat Malaysia mengharapkan apa yang bakal terjadi di US ini akan juga berlaku di Malaysia... Meskipun.. Melalui media tunggangan UMNO/BN, Najib digambarkan gagah dalam menyerang Anwar dimana beliau telah berkata bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung. Malah Najib juga menyerang 'Buku Jingga'semasa majlis anjuran parti Gerakan dan dengan berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun. Ketidakhadiran Najib dalam Parlimen semalam bagi mempertahankan Belanjawan yang telah dibentangnya jumaat lalu.. membuktikan Najib tidak berkeupayaan untuk menangkis hujah Anwar.. Dan perkara yang bakal terjadi di US itu iaitu debat antara dua pemimpin utama parti politik pasti tidak akan terjadi di Malaysia... |
Rebat Smartphone satu langkah bodoh oleh Najib kata Rafizi Posted: 01 Oct 2012 05:44 PM PDT Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. "Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik. "Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1,000". "Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800". "Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi. Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet. "Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi. "Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi. "RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap." Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. ~ Free Malaysia Today Terjemahan oleh Reformis Anak Muda |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan