Khamis, 18 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


RAIS YATIM!! Ini rumah SIAPA ???

Posted: 18 Oct 2012 06:58 AM PDT


Soalan di atas bukannya ditanya oleh aku.. tapi ditanya oleh sebuah NGO iaitu Jingga 13 kepada YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim..

NGO tersebut bertanya kepada Rais Yatim, kerana Robengah pernah berkerja dengannya di Malaysia suatu masa dulu..

Disamping bertanya rumah siapakah dalam gambar di atas mereka juga mendesak agar Rais menjelaskan dari manakah sumber kemewahan Robengah di Banjanegara, Indonesia hingga beliau mampu hidup senang.

Kerana menurut jurucakap mereka, mana mungkin seorang amah mampu membina rumah bernilai hampir RM100K dengan hanya lima tahun bekerja di Malaysia.

Kesenangan dan kemewahannya terserlah dengan tersergamnya rumah beliau yang dianggarkan bernilai RM100,000.00

Ini dari Saudara Fariz Musa..

MEMORANDUM KEPADA YB DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM ; 

JINGGA 13 mendesak Rais Yatim agar menjelaskan dari manakah sumber kemewahan Robengah di Banjarnegara, Indonesia hingga beliau mempu hidup senang dan punyai rumah yang dianggarkan berharga RM100,000

TARIKH : 19 Oktober 2012

JAM : 2.30 petang (selepas solat Jumaat)


TEMPAT : KEMENTERIAN PENERANGAN , KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN , KOMPLEKS SULTAN ABDUL SAMAD , JALAN RAJA , KUALA LUMPUR

Gambar diatas sumbernya di ( SINI )

Waduuhhh... ada perempuan didepan rumah ini rupanya.. tengoklah di sini ( MiLo SuaM )

Kesian kat Wartawan Utusan ni.. dia tanya Guan Eng tak layan.. tapi...

Posted: 18 Oct 2012 04:03 AM PDT


Kesian kat wartawan Utusan ni.. dia tanya tapi Guan Eng tak layan, sebabnya Guan Eng kata Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan isu pasal Akaun Amanah Perumahan tu..

Soalan yang ditanya wartawan Utusan itu kerana semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM33.36 juta..

Oleh kerana sakit hati Guan Eng tak bagi dia jawapan, maka bila balik kepejabatnya dia pun buatlah berita kononnya Guan Eng cuba berdolak-dalik..

Memang kesian kat dia sebab dia bertanya Guan Eng tak jawab.. tapi Guan Eng hantar kenyataan media kepada seluruh media kecuali Utusan..

Ini adalah kenyataan Medianya...
UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi.

Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik.

Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.

Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.

Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.

Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.

Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik.

Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit!

Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik.

Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata.

Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.

330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984.

Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah.

Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.

Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?

Lim Guan Eng  
*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.*

Kesian kat depa... itulah fitnah banyak sangat.. siapa nak layan..

Anwar buka peluang kepada Pencacai UMNO jana pendapatan Sabtu dan Ahad ini..

Posted: 18 Oct 2012 01:11 AM PDT


Sabtu dan juga Ahad ini pencacai-pencacai UMNO di Johor dan Selangor sekali lagi berpeluang menjana pendapatan sampingan..

Ini berikutan Bas Jelajah Merdeka Rakyat dijadualkan akan mengunjungi Johor dan juga Selangor bagi meneruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri-negeri tersebut.

Pencacai-pencacai UMNO bolehlah mengambil upah membaling cat sekali lagi terhadap bas ini.. perlu diingat upah minima bagi tugas ini seperti yang dikhabarkan oleh seorang pemimpin UMNO di sini ialah bersamaan RM50 untuk satu hari bertugas.

Jika anda dibayar RM30 sahaja itu bermakna Ketua Cawangan anda telah sapu RM20.. RM20 ni depa kata caj perkhidmatan..

Berikut adalah jadual perjalanan bas..

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Johor

20 Oktober 2012 (Sabtu)

1) 4.00 – 6.00 ptg – Sri Merlimau, Batu 4, Kolam Air, Jalan Parit Sulong – Yong Peng

2) 7.00 - 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – PASTI Taman Manis, Kulai

3) 7.30 - 11.00 mlm – Tropical Garden Restaurant, Taman Tropika, Kulai

4) 8.00- 12.00 mlm – Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Skudai Barisan

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Lim Kit Siang
iii. YBhg Mat Sabu
iv. YB Dato' Saifuddin Nasution
v. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
vi. YB Sallehuddin Ayub
vii. YB Nurul Izzah Anwar
viii. YB Liew Chin Tong
ix. YB Xavier Jayakumar

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan MPN

21 Oktober 2012 (Ahad)

1) 10.00 pagi – Desa Ayer Hitam, Pucong

2) 12.00 tghari – Pantai Morib, Kuala Langat

3) 2.00 ptg – Pakir Econsave, Jalan Banting, Pandamaran

4) 3.30 ptg – Padang Awam Taman Kelang Utama (Depan Econsave),

5) 5.30 ptg – Dewan Assam Jawa, Kg Assam Jawa

6) 7.30 mlm – Kawasan Lapang Depan Masjid Batu 8, Ijok

7) 8.30 -12.00 mlm – Pakir Stadium Syah Alam, Seksyen 13, Syah Alam

Barisan Penceramah
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
iii. YBhg Mat Sabu iv. YB Teng Chang Khim
v. YB Zuraida Kamaruddin

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!

Ahli-ahli UMNO mula memenuhi jawatan dalam SPR?

Posted: 17 Oct 2012 09:01 PM PDT


Gambar di atas telah dikirim oleh seorang pembaca dengan ayat "Salam, dapat print screen baru dr member yg menunjukkan org SPR dapat beg lambang BN".

Mungkin ianya bukanlah satu isu jika dikatakan orang SPR menggunakan beg yang berlogo BN..

Tetapi apa yang tersirat sebenarnya ialah dalam kita dari Pakatan Rakyat punya keyakinan yang tinggi untuk mengambil alih pentadbiran Negara dari UMNO/BN selepas PRU13 ini.. UMNO sedang berusaha dengan berbagai cara untuk menghalangnya.

Kita telah menyaksikan pertambahan pengundi yang mendadak dibeberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat..

Selain menyaksikan pertambahan undi itu.. tanpa kita sedari ahli-ahli atau penyokong UMNO mula diisi kedalam semua jawatan yang ada dalam SPR..

Seorang sahabat yang telah menghadiri temuduga untuk satu jawatan dalam SPR telah menyatakan beliau telah ditanya Parti manakah yang beliau sokong dan undi dalam PRU yang lalu..

Oleh kerana jawapannya tidak seperti yang mereka harapkan.. temuduga itu berakhir dengan kegagalan..



Apakah kita boleh mengharapkan Kakitangan SPR bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka sedangkan mereka adalah ahli-ahli Parti yang sedang menghalang kemaraan Pakatan Rakyat?

Sasaran terakhir untuk mengekalkan kuasa UMNO ialah Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat..

Sikit investment dikhabarkan akan dibuat untuk membeli Polling And Counting Agent (PACA)...

Ini lebih murah dari membeli MP atau ADUN...

Zahid Hamidi! Tanah TUDM ni hang sewakan kepada siapa?

Posted: 17 Oct 2012 06:00 PM PDT


Tanah seluas 3.3 hektar di di Bertam, Kepala Batas ini diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.00 dengan tujuan untuk membina rumah Kelamin Anggota TUDM.

Geran tanah telah pun dipindah milik kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

Tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewakan dengan harga RM7,000 sebulan.

 RM7,000 sebulan untuk 3.3 hektar tanah memang satu kadar yang agak murah..

Persoalannya disini kenapakah pihak TUDM menyewakan tanah yang sepatutnya dibina rumah untuk anggotanya dengan kadar yang begitu rendah, sedangkan dalam masa yang sama anggota-anggotanya terbeban dengan kadar sewaan rumah yang tinggi di kawasan itu?

Pihak manakah yang begitu istimewa mendapat kadar sewa tanah yang begitu murah??

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung tanah seluas 3.3 hektar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bertam, Kepala Batas dekat sini, disewakan kepada sebuah syarikat pada kadar hanya RM7,000 sebulan.

Menurut beliau, tanah itu sepatutnya dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984. Beliau difahamkan tanah itu diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.

"Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telah pun dipindah milik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

"Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewa dengan harga RM7,000 sebulan. Tempoh sewaan adalah tiga tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013," katanya dalam kenyataan media.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mempersoalkan faedah yang diterima angkatan tentera dan negara kalau tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin, sebaliknya disewa dengan kadar yang agak murah.

"Apakah keistimewaan syarikat yang dapat sewa dengan harga yang begitu murah ini dan apakah sumbangannya kepada rakyat?

 "Saya harap Zahid bolehlah memastikan kepentingan angkatan tentera, rakyat dan negara kita dipelihara serta dibela dengan membina rumah kelamin seperti yang dijanjikan 28 tahun dahulu," katanya. ~ Sinar Harian

Apa pula rungutan anggota TUDM?

Ianya membebankan warga TUDM yang terpaksa membayar kadar sewaan yang teramat tinggi di kawasan Butterworth kerana ketiadaan kuarters.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal berkenaan namun yang paling penting adalah kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh warga TUDM sendiri.

Desakan kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah bebanan asas perumahan yang terpaksa ditanggung menjadikan warga TUDM semakin terdesak dalam pengurusan kewangan masing-masing.

Bayangkanlah, duit gaji yang diperolehi sepatutnya disalurkan demi kebahagian keluarga terpaksa dikorbankan demi mendapatkan tempat berteduh yang selesa.

Kebajikan warga TUDM perlu dibela mengatasi kepentingan individu yang mementingkan kekayaan diri sendiri sehingga sanggup menghisap darah golongan bawahan. Sungguh busuk dan jijik perilaku berkenaan ~ Gema Bersuara

Inilah antara apa yang dikatakan 'Janji ditepati' oleh DS Najib Tun Razak..

Mungkin kerana UMNO/BN tahu walau apapun yang dilakukan oleh mereka terhadap Anggota Tentera hatta meletakkan tempat tinggal keluarga mereka walau di dalam kontena sekalipun undi pos dari Anggota Tentera tetap kepada UMNO/BN.

Jadi kebajikan mereka tak perlu dijaga.. bak kata orang utara "Mampuih pi kat hang!!"..

Tiada ulasan: