Selasa, 16 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! RM207 Billion pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun pun UMNO sapu??

Posted: 16 Oct 2012 08:41 AM PDT


Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu.

Ianya hanya berkisar tentang keadaan Abdullah Said,yang kini mencecah 84 tahun bapa kepada lapan anak itu sangat uzur dan sudah tidak mampu menguruskan diri. Malah, ada ketikanya dia sudah tidak mengenali sesiapa lagi.

Kira-kira enam tahun yang lalu, Abdullah Said ataupun Pok Embong menceritakan kepada media pengalamannya dibawa oleh tentera Jepun dari Terengganu menuju ke Burma.. baca di ( SINI )

Antara apa yang disiarkan oleh Utusan ialah..
Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia.

"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.

"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," katanya di akhir perbualan kami. 
Apa yang dimaksudkan oleh Mariam tentang "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi,"?

Kerana ianya melibatkan kepentingan atau mungkin juga penyelewengan oleh UMNO maka Utusan tidak membongkar lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'..

Ini apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'...

Semasa pemerintahan Jepun dulu, sekitar 72,000 rakyat negara ini telah dikerah untuk membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayaty. Dari sejumlah itu, hanya kira-kira 30,000 orang berjaya kembali kenegara ini manakala selebihnya mati atau hilang.

Selain daripada rakyat Malaya pada masa itu, buruh-buruh paksa juga dibawa dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Sejak tahun 1990an, beberapa usaha telah dibuat dinegara-negara ini untuk mendapat pampasan dari Kerajaan Jepun. Terdapat juga usaha dari Malaysia untuk mendapatkan pampasan tersebut tetapi tidak jelas siapakah yang melakukan inisiatif tersebut.

Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun.

Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?

Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.


Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.


Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.

Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun?

Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?

 Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.

Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno?

(Boleh dengar ucapan Hj. Nizar semasa perbahasan Bajet 2013 disini yang menyentuh isu ini)

Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion.

Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?


Sumber maklumat dari Mat Saman Kati (MSK)..

Kalau yang masih hiduppun ditipu UMNO.. yang sudah meninggalpun tentu UMNO kak kisah untuk mentekedarah duit mereka..

RM2 Juta dah habis.. Dia kata TG Nik Aziz nyanyuk pula..

Posted: 16 Oct 2012 04:53 AM PDT


Dulu.. seminggu setelah Fatwa Demi UMNO yang dikeluarkan oleh Pengasas Pondok Getting disiarkan Utusan.. beliau menerima sumbangan RM2 Juta..

Kalau korang dah lupa antara fatwa yang dikeluarkan olehnya ialah Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Selain itu tambahnya lagi umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP - fatwa gila sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Samada RM2 Juta sumbangan yang diterimanya itu sudah habis digunakan atau untuk meningkatkan simpanan maka berkatalah ia.. TG Nik Aziz seperti seorang yang nyanyuk pula..


Berapa pula sumbangan yang akan diterimanya kali ini agaknya??

Siling Lapangan Terbang runtuh.. Kroni siapa punya kerja nie?

Posted: 16 Oct 2012 12:36 AM PDT


Sekitar Mac lalu, Transformasi yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuktikan mencapai kejayaan.

Ini berikutan setelah habis dibelanjakan RM250 Juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, lapangan terbang tersebut bukan saja boleh digunakan untuk pendaratan Kapal Terbang malah ianya juga boleh digunakan sebagai jeti untuk perahu nelayan.

Dalam lain ayat ianya mampu bertukar (transform) menjadi jeti bila hujan lebat kerana air membanjiri Lapangan Terbang itu ~ lihat gambar dan artikel tersebut di ( SINI )

Kali ini pula bila hujan lebat.. air tidak bertakung tetapi siling pula yang runtuh...



Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera, Isnin, BERNAMA dipetik.

Pengurus Kanan PIA Mohd Arif Jaafar berkata ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.

"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi, Isnin. Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat.


Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam laman sosial fbnya mengecam Menteri Pengangkutan dan memintanya memberikan Pulau Pinang sebuah lapangan terbang yang boleh dibanggakan bukan yang boleh memalukan.

Beliau berkata dengan kos RM250 juta, wang tersebut hanyut ke longkang jika ia tidak di belanjakan dengan betul.

Lim menyuarakan kesalnya dengan kejadian kebocoran yang besar di lapangan terbang pagi semalam.

Beliau mahu ibupejabat Malaysian Airport Berhad mengambil perhatian dan mendesak para pengarahnya datang ke Pulau Pinang memandangkan kejadian yang berlaku adalah serius.

Lim menegur Menteri Pengangkutan supaya tidak hanya mengambil berat mengenai hal-hal nombor plat kereta dan kamera saman automatik, tetapi perlu melaksanakan kerjanya seorang menteri pengangkutan.

"Anda boleh lihat sendiri betapa seriusnya situasi ini," bentak Lim dengan menunjukkan beberapa keping gambar terhadap insiden tersebut.

Video Najib dimalukan oleh budak Sekolah tersebar!! Saksikanlah!!

Posted: 15 Oct 2012 07:30 PM PDT


Pada minit 2:00 anda akan melihat Perdana Menteri Malaysia disoal oleh salah seorang pelajar dari SekolahKebangsaan Kiaramas yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot.

Soalan yang ditanya oleh salah seorang pelajar tersebut setelah menjelaskan tentang najis Mughallazah dan memberikan contoh yang pertama "Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis Mughallazah?"

Najib gagal memberikan jawapan dan berpaling kepada Muhyiddin mengharapkan bantuan tapi Muhyiddin pun sama seperti Najib gagal memberikan jawapan hingga akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi…


Ini pemimpin Islam yang pencacai UMNO banggakan sangat tu?

Bukti Tan Sri Khalid gagal mentadbir Selangor didedahkan!!

Posted: 15 Oct 2012 05:00 PM PDT


Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.


Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta ~ Selangorku

Hmmm.. gagal ke Tan Sri Khalid dalam mentadbir Selangor?

Bagi pemimpin dan pencacai UMNO ianya mungkin boleh ditafsirkan sebagai gagal.. kerana yang semakin kaya ialah Kerajaan bukannya kroni.. 

Tiada ulasan: