Isnin, 15 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Laporan-laporan Audit yang mendedahkan betapa hebatnya Najib mentadbir negara..

Posted: 15 Oct 2012 07:39 AM PDT


Ada pihak yang berkata apa yang tersiar dalam laporan Audit 2011 ini membuktikan akan telusnya pentadbiran Najib.. perlu kita terima hakikat itu..

Tetapi dalam masa yang sama ianya juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam mentadbir negara jadi beliau perlu digantikan..

Laporan Audit 1

Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'

Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.

Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.

Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut.

Laporan Audit 2

Indah Water rugi hampir RM1 bilion – Audit

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini.

"Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion.

"Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya," tulis laporan tersebut.

Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai 'kurang memuaskan' dalam laporan tersebut.

"Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya.

"Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan," jelas laporan berkenaan.

Laporan Audit 3

Audit tegur kerugian Rapid KL RM300 juta

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.

"Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.

"Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50 peratus daripada keseluruhan bas sebenar," jelas laporan itu.

LKAN 2011 turut menegur kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang kurang memuaskan, manakala peratusan bas boleh beroperasi tidak mencapai 100 peratus.

RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100 peratus.

RapidKL juga adalah pengendali sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian di Lembah Klang.

Laporan Audit 4

Projek jalan raya di Sarawak bermasalah, kata Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai "projek sakit" dan perlu diberikan perhatian.

"Sebanyak 101 projek bernilai RM437.57 juta yang disiapkan adalah tidak memuaskan, manakala 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.

Sebanyak 13 projek sakit (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek kerana kelewatan menepati jadual patut siap sebanyak 20%," tulis laporan tersebut.

Lebih memeranjatkan, laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh.

"Kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang.

"Di samping itu, lawatan oleh pihak audit juga mendapati tiga projek (satu di Miri, dua di Samarahan) pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan sedia ada bernilai RM 28.75 juta tidak memasukkan keperluan membina culvert dan jambatan yang sesuai dalam skop kerja kontrak.

"Selain itu, semakan pihak audit terhadap 25 sampel projek telah mengenalpasti tiga projek bernilai RM22.54 juta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti ketebalan road base aggregate dan premix," tulis laporan tersebut.

Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah diluluskan peruntukan untuk melaksanakan 175 projek dengan nilai asal kontrak berjumlah RM1.727 bilion.

Daripada 175 projek ini, sebanyak 146 projek bernilai RM1.104 bilion dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) manakala sebanyak 29 projek lagi bernilai RM622.84 juta dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPSS).

Bagi menangani dan mengelak daripada mengulangi masalah sama, pihak audit telah mengesyorkan kepada KKLW supaya lebih teliti dan menyeluruh dalam setiap projek pembinaan jalan baru atau naik taraf supaya projek berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Pihak audit juga menegur JKRS selaku agensi pelaksanaan projek ini perlu merancang secara holistik supaya objektifnya tercapai dan memberi nilai wang serta hasilnya kepada pengguna, memastikan setiap projek menepati spesifikasi, standard dan kualiti yang ditetapkan dan seterusnya boleh memberi keselesaan kepada pengguna dan memantau pelaksanaan projek dengan memastikan kawalan kualiti dilakukan sepanjang proses pembinaan sehingga Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan.

Laporan Audit 5

Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian

Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.

Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM, demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.

"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.

"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.

Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.

"Oleh itu semua 15 pensyarah sementara ini telah berkhidmat selama dua hingga lapan tahun tetapi tidak dapat diserap ke jawatan tetap.

"Pada pendapat Audit, UiTM hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi Universiti berkaitan bagi memastikan 15 pensyarah sementara tersebut telah tamat pengajian dengan jayanya," kata laporan tersebut.

Selain itu, tambahnya, UiTM perlu memastikan semua penerima biasiswa TPM mengemukakan bukti tamat pengajian dengan jayanya semasa melaporkan diri.

"UiTM memaklumkan pemegang biasiswa bertanggungjawab memberitahu UiTM jika ada perubahan status Ijazah sepertimana perkara 10 (d) dalam Memorandum Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa.

"Selain itu, Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) pada 27/02/2012 telah membuat keputusan pemegang biasiswa TPM yang melaporkan diri selepas tamat tempoh pengajian tanpa mengemukakan salinan surat Senat bagi pengesahan tamat pengajian, tidak akan dilantik ke jawatan pensyarah," kata laporan itu lagi.

Menurut laporan itu, semakan Audit mendapati JPSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia) dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap untuk pengurusan biasiswa TPM.

"Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur. Selain itu, Pejabat PUU tidak mempunyai prosedur kerja terperinci berkenaan tempoh masa dan kekerapan bagi pengeluaran notis serta surat peringatan," tambahnya.

Sementara itu, tambahnya, semakan lanjut terhadap 48 fail pemegang biasiswa TPM yang pecah kontrak di Pejabat PUU mendapati ia tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini, kata laporan itu lagi.

Menurutnya, proses kerja yang tidak lengkap menyebabkan tindakan undang-undang dan susulan sukar diambil kerana didapati lima fail tiada dokumen asal perjanjian dan surat tawaran. 30 fail tiada dokumen asal perjanjian dan kesemua 48 fail itu tiada kertas minit dan senarai semak kandungan.

Sementara itu, dalam jawapannya, UiTM memaklumkan mengenai penambahbaikan terhadap memorandum baru biasiswa dengan memasukkan klausa tambahan iaitu pegawai hendaklah mengemukakan surat Senat/surat pengesahan universiti tempat pengajian semasa atau selepas melaporkan diri sebagai bukti tamat pengajian.

UiTM juga telah memberi maklumbalas pada 25 Jun 2012 berdasarkan surat daripada Jabatan Audit Negara bertarikh 14 Jun 2012 mengenai Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2011.

Dalam surat tersebut, UiTM memohon para 10.4.4.1 -"JPSM dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap dengan pengurusan biasiswa TPM. Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur" digugurkan kerana JPSM tidak terlibat dengan pengurusan biasiswa TPM, hanya melibatkan urusan pelantikan TPM sebagai pensyarah.

JPbSM pula, jelas UiTM, mempunyai prosedur kerja yang lengkap dan terperinci melibatkan pengurusan biasiswa sepertimana yang telah dilampirkan selepas mesyuarat 'exit conference' pada 27 April 2012.

"PUU dalam proses merangka prosedur kerja yang lengkap melibatkan urusan mengambil tindakan undang-undang ke atas tindakan pecah kontrak.

"Bagi proses tindakan undang-undang, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia hanya mengemukakan salinan dokumen berkaitan untuk tindakan pihak PUU," jelas UiTM

Kompilasi oleh Greenboc

UMNO laksana projek 'Tanah Perkuburan Mega' RM31 Juta di Johor.. nak kuburkan siapa agaknya?

Posted: 15 Oct 2012 02:21 AM PDT


Projek tanah Perkuburan Mega yang menelan belanja RM31 Juta dan mempunyai keluasan tanah perkuburan seluas 80 ekar ini turut dipertikaikan oleh AJK UMNO Bahagian Pengerang.

Menurutnya tiada keperluan untuk Petronas membiayai projek tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong.

"Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan." katanya..

Satu projek perkuburan mega membabitkan kawasan seluas lebih 80 ekar dengan kos RM31 juta sedang dilaksanakan di Kampung Pungai, Pengerang di Johor.

Bagaimanapun, penduduk kampung membantah dan tidak gembira dengan projek perkuburan mega yang didakwa dibiayai Petronas itu.

"Kerja-kerja menambak tanah sudah bermula sejak sebulan lalu tetapi projek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung ini.

"Apa perlunya sebesar ini? Mengapa dibuat di tanah lapang? Kenapa tidak dibuat di atas tanah bukit di kawasan berhampiran,?" tanya ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang.

"Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan." katanya dengan nada kecewa.

Menurut Isa tidak ada keperluan untuk Petronas membina tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong.

"Sejak seratus tahun, masih banyak kawasan kosong di atas tanah perkuburan ini," kata beliau lagi. Kampung Pungai tidak terbabit dengan projek petrokimia dan hanya mempunyai kira-kira 200 buah rumah.

Isa yang tidak gembira dengan projek berukuran mega itu berkata, sepatutnya tanah perkuburan itu digunakan untuk projek perumahan untuk pemindahan projek RAPID.

"Lebih baik tanah kubur dibuat di kawasan bukit di kampung ini juga," katanya lagi ~ Free Malaysia Today

Betul kata dia tu.. untuk apa sebenarnya tanah Perkuburan Mega ini?.. takkan lah nak dikuburkan UMNO ditanah perkuburan tu kot.. luas sangat tu..

Apa yang tersirat sebenarnya ialah biarpun projek itu dikatakan tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat yang penting ada pihak mengaut untung dari komisyen..

Mamat AJK UMNO tu bising pun sebab dia tak masyuklah tu..

PANAS!! Pemimpin UMNO Negeri Sembilan sokong MCA tolak Hudud..

Posted: 14 Oct 2012 09:46 PM PDT


Gambar di atas adalah gambar seorang pemimpin UMNO iaitu Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Baru-baru ini MB Negeri Sembilan ini telah dilaporkan hendak menumbuk seorang lelaki yang menganggu lawatannya.. sila baca di ( SINI )

Beliau telah hadir ke majlis Makan Malam Mega yang dianjurkan oleh parti MCA Pusat dan Badan Perhubungan MCA Negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 9 Oktober lalu untuk merasmikan majlis.


Majlis makan malam bertajuk 'Stability Above Chaos' bertemakan UBAH – Say no to Hudud PAS, anggaran kehadiran adalah seramai 10,000 orang menurut media MCA.


Antara propaganda yang dimainkan oleh MB Negeri Sembilan pada malam tersebut ialah beliau "Orang Melayu negeri ini tidak akan mengundi DAP, malah mungkin tidak akan mengundi PAS. Apabila mengundi PAS, sama seperti kita mengundi DAP yang tidak menghormati agama Islam.

"Malah PAS boleh mengkafirkan UMNO, apa lagi kepada bangsa yang tidak menyokong mereka. Dengan slogan UBAH – say no to Hudud PAS, mengambarkan bangsa Cina juga memahami apa yang terselindung di sebalik agenda mereka."

Berbalik kepada gambar di atas untuk paparan lebih jelas apa yang tertera di belakang 'T'Shirt pencacai MCA itu sila lihat di bawah..


Apa yang disampaikan oleh MB Negeri Sembilan itu sebenarnya hanyalah satu kesinambungan dari propaganda Mahathir tentang hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS.

Dimana beliau yang kebelakangan ini sering kantoi dengan kebanyakkan isu untuk menyerang Pakatan Rakyat telah mengatakan hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu adalah 'Hudud PAS'.

Sedangkan apa yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu adalah hukum yang sememangnya terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.

Oleh itu tindakan merasmikan majlis 'Say no to Hudud PAS' anjuran MCA itu secara tidak langsung membuktikan kerana terdesak untuk mengekalkan kuasa pemimpin UMNO akan melakukan apa saja hatta bersekongkol dengan bukan Islam untuk menolak hukum Allah..

Ini kata Mursyidul Am PAS tentang perlaksanaan hukum hudud.. an mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Soal hukum Islam (Hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima.

Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.

Katanya, sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya.

"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan," kata Nik Aziz.

Pendalaman Sabah.. dulu KUBU kini KUBUR buat BN..

Posted: 14 Oct 2012 05:30 PM PDT


'Rakyat Menguasai'..begitulah hebat kata-kata Datuk Dr. Richard Gunting dan diiringi dengan sorakan gemuruh ribuan penyokong APS yang hadir. Sesungguhnya rakyat di Pensiangan kini sudah berubah dan sedar betapa mereka telah ditipu selama 49 tahun di bawah kuasa pembohongan dan penindasan Barisan Nasional.

Kehadiran mereka dari seluruh pelusuk Parlimen Pensiangan merangkumi Sook dan Nabawan sangat mengujakan kepada siapa yang hadir, terutamanya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato ' Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan beliau bahawa sambutan rakyat pada kali ini adalah yang teramai sekali pernah diadakan di Pedalaman membuktikan penyatuan KDM di bawah naungan APS membuatkan Barisan Nasional tidak keruan lagi.

Beliau telah menekankan peranan APS di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred M Bumburing sangat penting dalam misi menumbangkan BN dan UMNO pada pilihanraya kali ini.

Beliau juga mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada penyelaras APS Pensiangan yang mana telah menganjurkan satu perhimpunan yang sangat berjaya serta telah menyedarkan rakyat Pensiangan bahawa tiada lagi yang mereka harus tunggu daripada BN.


Sebelum itu, dalam ucaptama Datuk Dr. Richard Gunting di hadapan lebih kurang 3,000 orang, selepas beliau melakukan analisis menyeluruh ke atas masalah utama rakyat di Pensiangan, selain daripada masalah asas keperluan hidup seperti bekalan air, tempat tinggal dan makanan,terdapat 2 masalah yang sangat membimbangkan.

Pertama, rakyat di pensiangan berdepan dengan masalah persempadanan semula hutan simpan. Kebanyakkan kawasan tempat tinggal rakyat Pensiangan yang majoritinya berbangsa Murut dan masih ramai malah hampir kesemua mereka masih bergantung kepada tanah-tanih untuk bercucuk tanam.

Masalah timbul apabila tanah yang sudah diduduki oleh generasi mereka terdahulu tiba-tiba digazetkan sebagai hutan simpan dan ini menggambarkan masa depan yang gelap bagi mereka.

Rayuan dan rintihan mereka selama ini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan. Malah ada yang dihalau keluar daripada tempat asal mereka.

Terdapat banyak kes penduduk asal terpaksa mencari tempat di kawasan lain hanya kerana ada syarikat-syarikat tertentu yang memperolehi tanah secara segera dengan keluasan beribu-ribu hektar.

Sesungguhnya penyelesaian oleh kerajaan BN melalui geran komunal merupakan satu lagi penganiayaan terhadap rakyat asal Pensiangan.

Mereka tidak diberikan hak sepenuhnya kepada tanah yang sepatutnya mereka duduki sebaliknya tanah tersebut boleh ditarik pada bila-bila masa mengikut kehendak kerajaan BN.

Masalah kedua ialah, kehadiran semakin ramai pendatang tanpa izin di sekitar kampung-kampung lantaran daripada pembukaan ladang kelapa sawit.

Yang menghairankan, terdapat ramai daripada mereka ini sudah mempunyai kad pengenalan dan mereka suatu hari nanti akan merampas hak tanah adat penduduk di situ.

Majlis perjumpaan tersebut berakhir lebih kurang jam 5.00 petang dan DSAI terpaksa bergegas ke Dewan Perlancongan Keningau untuk menghadiri siri jelajah yang sama.

Dan di Keningau pula...


Sambutan bersama rakyat anjuran APS dan PR keningau tidak kurang hebatnya. Kehadiran lebih kurang 2,500 penyokong sekitar Tambunan dan Liawan menggamatkan suasana.

Buat pertama kalinya dewan Perlancongan Keningau tersebut penuh sehingga ke luar dewan membuktikan betapa KDM di Keningau mahukan perubahan di PRU13 ini.

Program tersebut telah dipengerusikan oleh Stephen Sandor selaku ketua cabang PKR Keningau dengan kerjasama DAP dan PAS.

Penyatuan KDM di bawah APS dan diketuai oleh Datuk Seri Panglima Wilfred M Bumburing akan menghancurkan kubu kuat BN di Pedalaman Sabah.


Sebaik sahaja ketibaan DSAI, sorakan keramat REFORMASI! dan TUKAR! berkumandang menggegarkan dewan.

Dengan prestasi yang sangat baik ini, DSAI amat yakin bahawa pada PRU13 BN Sabah akan tumbang seiring dengan tumbangnya UMNO di Putrajaya.

Dalam majlis yang gilang gemilang tersebut, kejutan pengistiharan Timbalan Ketua PBS Bahagian Liawan memastikan sekali lagi bahawa PBS di Keningau akan mengalami kekalahan.

Saudara Philip Sintan bersama 150 orang penyokong telah mengistiharkan keluar PBS dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat disaksikan oleh DSAI dan DSP Wilfred M Bumburing.

Pengerusi APS telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesedaran Pemimpin PBS tersebut. Mereka telah meninggalkan PBS kerana sudah puas berjuang namun tidak diendahkan.

Antara ketidakpuasan hati mereka ialah cara rakyat tempatan dilayan oleh UMNO di DUN Liawan.

Pendatang Tanpa Izin yang mempunyai kad pengenalan semakin hari semakin ramai.

Fenomena ini jelas menggambarkan kerisauan penduduk asal dengan kehadiran PTI. Jumlah mereka yang ramai ini sudah tentu akan menindas dan merebut hak kuasa penentu rakyat asal.

Dan kini mereka juga telah sedar bahawa selagi mereka dalam PBS, selagi itulah mereka merasakan bahawa mereka seakan akan bekerjasama dengan UMNO dalam perihal berkaitan kad pengenalan PTI di Keningau.

Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk menerima kenyataan ini.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini ( Angkatan Perubahan Sabah )

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

That is a good tip especially to those fresh to the blogosphere.
Brief but very accurate information… Appreciate your sharing this one.
A must read article!

Visit my homepage: barcode scanner rental

Tanpa Nama berkata...

Thank you for the auspicious writeup. It actually was once a entertainment account it.
Look complex to more delivered agreeable from you!
By the way, how could we communicate?

Stop by my blog ... MC9090