Sabtu, 13 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video seks pemimpin PR Perak akan disebar oleh blogger UMNO.. tapi tak sempat sebar dah KANTOI!!

Posted: 13 Oct 2012 07:03 AM PDT

Sehari dua yang lalu Blogger-blogger UMNO sedang rancak menyebarkan cerita kononnya ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari Perak yang berwatak alim telah melakukan seks haram di Indonesia bersama pelacur di sana.

Dakwa mereka lagi video itu kini dalam simpanan salah seorang kawan baik pemimpin itu dan akan disebarkan kerana sahabatnya itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan.

Menariknya kali ini ianya disebarkan oleh sebuah blog yang menggunakan nama Tok Guru 86, satu gelaran yang biasanya kita berikan kepada seseorang yang punya ilmu agama..

Tetapi apa yang disiarkannya adalah kontras sama sekali dengan nama blognya.. Blog pencacai UMNO itu telah menyiarkan gambar di bawah.. lihat printscreen di bawah..


Ayat yang paling menarik yang ni.. "Tiada yang rahsia di blog tokguru86. Yang hak pasti berdiri dan yang bathil kita bakal bongkarkan. Tungguuuu..."

Benarkah apa yang didakwa oleh pencacai UMNO itu? atau ianya sekadar satu lagi fitnah?

Tok Guru adalah satu gelaran yang diberikan kepada seseorang yang berilmu.. tetapi apa ilmu yang ada pada Admin Blog Tok Guru 86 akupun tak tahu..

Oleh kerana kebodohan yang dimiliki oleh Admin Blog Tok Guru 86 itu.. fitnah yang hendak disebarnya itu dengan mudah dikantoikan..

Berdasarkan tajuk yang tertera pada image ditelefon bimbit iaitu 'Sanden Bergoyang'.. ianya adalah videoclip dari Indonesia.

Cerita lucah ini sebenarnya diambil daripada salah satu blog Indonesia yang sudah menyiarkan cerita ini sejak bulan Mei 2011.

Menurut blog tersebut, video ini adalah adengan panas seorang warga Sanden, sebuah kawasan di Indonesia. Lelaki yang melakukan adengan seks ini dikatakan seorang pelajar SMA (sekolah menengah) yang sengaja merakam aksinya bersama teman wanita di sebuah bilik hotel..


Benarlah kata Mahathir.. hanya golongon yang bodoh kini bersama UMNO.. pencacai yang bernama Tok Guru 86 ini adalah antara buktinya...

Pinjam ayat MiLo SuaM ni.. nak tulis blog tapi tiada otak, maka keluarlah cerita bodoh daripada tengkorak mereka yang kosong itu...

Dalang bagi isu Soros dan Pakatan Rakyat akhirnya terdedah!!

Posted: 13 Oct 2012 12:51 AM PDT


Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.


Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.



Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut.

Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal berita Malaysiakini.

Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan.

Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya.

Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.


Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya

Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya. Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut:

Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."


Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

~ Malaysiakini

Bukan perjumpaan biasa tapi Najib lakukan 'Kunjungan Hormat' terhadap Soros..

Posted: 12 Oct 2012 08:02 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata: "Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata: "Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

 "Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya ~ Malaysiakini

Baca juga apa agaknya yang berlegar difikiran Mahathir bila Najib sekali lagi menjahanamkan propagandanya di ( SINI )

Najib mengaku beliau berjumpa Soros... apa pencacai UMNO nak kata ?

Posted: 12 Oct 2012 09:35 AM PDT


Akhirnya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia mengakui dua tahun yang lalu beliau telah berjumpa dengan Soros, individu yang tiba-tiba dijadikan musuh nombor satu oleh pencacai-pencacai UMNO.

Meskipun pengakuannya ini akan membuatkan pencacai-pencacai UMNO yang enggan mempercayai ( SINI )pendedahan dan pengesahan mengenai pertemuan tersebut sebelum ini terkedu dan menggigit kuku, seharusnya kita akui ini adalah sikap yang terpuji.


Iaitu mengaku apa yang telah dilakukannya.. meskipun ianya akan menyebabkan pencacai-pencacai UMNO terkebil-kebil bagaikan cicak tertelan kapur...

Namun begitu.. Najib berkata "Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah,"

Soros nak jumpa Najib????

Ha..ha..ha.. apa faedahnya Soros nak jumpa Najib?

Lagipun.. biasanya apabila kita hendak bertemu dengan seseorang kita akan pergi kepadanya untuk bertemu dengannya..

Lainlah kalau yang hendak bertemu dengan kita itu boss kepada kita atau seseorang yang kita hormati.. kita yang akan menemuinya jika kita diberitahu bahawa beliau ingin berjumpa dengan kita..

Tapi dalam hal Najib ni pulak..  Najib dan Rosmah telah dilaporkan menemui Soros di New York..

Kenapa Najib dan Rosmah yang menemui Soros.. bukannya Soros yang datang menemui Najib dan Rosmah sedangkan Soros yang mahu bertemu dengan Najib?


Apa pula pencacai nak kata tentang Soros selepas ni agaknya?

Tiada ulasan: