Anak Sungai Derhaka |
- Apa dah jadi dengan Anwar di Sabah nie?? (Video Inside)
- Pencacai UMNO Penang ni dah kehabisan 'Cat Merah' ke?
- Wah!! Macam Samseng lah Datuk Bandar nie...
- Video Wajib Tonton.. Protes terbuka terhadap UMNO/BN yang sangat berani oleh seorang Perempuan..
Apa dah jadi dengan Anwar di Sabah nie?? (Video Inside) Posted: 12 Oct 2012 06:26 AM PDT Rakaman video berikut memaparkan apa yang telah terjadi kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim ketika program beliau di Pensiangan, Sabah petang tadi.. Jangan panik... tiada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.. hanya kejadian yang diingini telah berlaku.. Tak ada provokasi dari pencacai UMNO dilaporkan.. hanya ribuan hadir mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim.. Meskipun ribuan yang hadir mendengar ceramah tersebut berasal dari pendalaman Sabah, namun mereka jauh lebih bertamaddun dari pencacai-pencacai UMNO yang ada di Semenanjung.. Tidak ada insiden baling batu mahupun insiden baling cat merah ataupun cat hitam.. pasal baling cat hitam tu sila baca di ( SINI ) | ||
Pencacai UMNO Penang ni dah kehabisan 'Cat Merah' ke? Posted: 12 Oct 2012 02:31 AM PDT Sebelum ini cat merah sering digunakan oleh pencacai-pencacai UMNO untuk melakukan vandalisma terhadap apa saja yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat baik ianya bas mahupun bangunan, kini cat hitam pula digunakan mereka. Samada mereka sudah menukar strategi atau sudah kehabisan stok cat merah ataupun mungkin juga bekalan cat merah tersebut disimpan untuk digunakan terhadap Bas Jelajah Merdeka Rakyat, Ahad ini hanya mereka yang tahu.. Untuk makluman Ahad ini 14 Oktober, Bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim akan berada di Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal dari jam 12.00 hingga 1.45 Tengahari. Terbaru di Pulau Pinang di kawasan Parlimen Nibong Tebal 'billboard' penerangan mengenai beberapa isu oleh Pakatan Rakyat menjadi mangsa vandalisma pencacai UMNO.. Menurut Ketua AMK Nibong Tebal, Saudara Arof Yahya 4 'billboard' besar ini telah dinaikkan disekitar N.Tebal malangnya dua 'billboard' telah dirosakkan dan ada yang hilang dicuri.
Umno Pulau Pinang Baling Batu Sembunyi Tangan. | ||
Wah!! Macam Samseng lah Datuk Bandar nie... Posted: 11 Oct 2012 11:30 PM PDT Dalam drama Melayu dialog biasa yang sering kita dengar bila adanya babak samseng mengugut mangsa ialah antaranya "Nak serahkan duit atau nyawa". Ada juga dialog yang berbunyi "Serahkan semua barang-barang berharga atau nyawa anda melayang..." Baru-baru ini pula tersebar sebuah dialog yang baru, tetapi ianya bukanlah dari sebuah drama tetapi kisah nyata iaitu "Diam!.. Aku tumbuk kau kang!" ( baca di SINI ). Ianya telah dihamburkan oleh seorang pemimpin tertinggi UMNO di sebuah negeri terhadap seorang rakyat. Ini pula kisah mengenai budaya samseng yang menular dalam dalam organisasi kerajaan.. Menurut seorang Peguam yang mewakili penduduk Jalan Sultan, Datu Bandar Kuala Lumpur telah berkata kepadanya dalam satu pertemuan..'Tandatangan atau tanah dirampas'. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying. Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.Mungkin dia terpengaruh dengan adengan-adengan samseng dalam drama Melayu kot.. tapi mungkin juga dia terikut-ikut budaya samseng yang UMNO amalkan sekarang ini... | ||
Video Wajib Tonton.. Protes terbuka terhadap UMNO/BN yang sangat berani oleh seorang Perempuan.. Posted: 11 Oct 2012 06:12 PM PDT Mungkin ada antara kita pernah melihat gambar-gambar sebuah kereta Honda Accord yang dilekatkan dengan berbagai-bagai sticker yang memberitahu apa masaalah kereta yang baru diterima oleh pemiliknya itu. Ianya dilakukan oleh pemilik kereta itu setelah rungutannya kepada wakil penjual kenderaan tersebut tidak dilayan dengan sebaiknya.. Gambar-gambar kereta itu aku cari tapi tak jumpa... Ini pula juga tentang protes tetapi ianya bukan protes terhadap kenderaan baru yang bermasaalah tetapi protes terhadap Kerajaan UMNO/BN.. Dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina. Wanita ini telah kelihatan di Mahkamah yang menjalankan perbicaraan kes Sharzat saman Rafizi dua hari yang lalu. "BN memupuk samseng + mafianism!! Msia Musnah!" itu yang dilekatkan pada belakang bajunya sebagai protes terhadap BN.. Dan di sebelah hadapannya pula tertera "Corrupted UMNO attacked Sultan's power in 80s - 90s. Who is traitor of Malays?" Betullah apa yang dia lekatkan di bajunya itu.. dah memang itu hakikatnya.. Bagamanapun wanita ini yang kemudiannya bersiar-siar di PWTC telah diusir keluar dari bangunan itu oleh petugas-petugas yang dipercayai sebagai pencacai UMNO. Malah anggota RELA juga mengheret wanita ini keluar dari bangunan itu, tindakan anggota RELA itu menimbulkan satu persoalan... tengok video di bawah ni.. dengar betul-betul.. Sejak bila Pegawai Penguatkuasa dari jantina lelaki dibenarkan memegangang disyaki atau yang dituduh dari jantina perempuan? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan