Anak Sungai Derhaka |
- Video Anwar Ibrahim membahaskan Belanjawan Najib
- Laaa... Pengecut rupanya Najib ni..
- Terdesak nak kekal berkuasa, UMNO/BN jual MyKad, RM1000 sekeping?
- Gambar Najib dipijak lagi dengan selambanya oleh Pelajar Malaysia di UK pula..
Video Anwar Ibrahim membahaskan Belanjawan Najib Posted: 01 Oct 2012 08:11 AM PDT Sesi membahaskan Belanjawan 2013 ini sepatutnya berlangsung dengan kehadiran pihak yang telah membentangkan belanjawan itu sendiri iaitu Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO iaitu Najib. Malangnya Najib ianya berlangsung tanpa kehadiran Najib.. selain dari takut berhadapan dengan Anwar, Najib dipercayai tidak punya pengetahuan dalam hal mentadbir kewangan negara dan pembentangan yang dilakukan olehnya jumaat lepas hanyalah sekadar membaca sahaja apa yang dibekalkan kepadanya.. Kebolehan Najib dalam mentadbir kewangan negara terbukti cemerlang bilamana sumber dari Bank Negara mendedahkan hutang negara di bawah pentadbiran Najib terus meningkat.. ~ Pada tahun 2007 hutang negara : RM247 bilion ~ Pada tahun 2011 hutang negara : RM421 bilion ~ Pada tahun 2012 hutang negara: RM456.1 Bilion. ~ Pada Jun 2012 : RM470.76 Bilion ~ Dan terkini September 2012 : RM476.68 bilion. Semakin cemerlang hutang Negara sejak Najib ni jadi Menteri Kewangan nampaknya.. Jika beliau benar-benar faham apa yang dibentangkannya Jumaat lalu, Anwar pasti akan kecundang ditangan Najib... tapi apakan daya.. disebabkan tidak faham apa yang dibentangnya minggu lalu Najib takut untuk menghadapi Anwar Ibrahim... SAKSIKAN!! Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan belanjawan Najib.. Part 1 Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan belanjawan Najib.. Part 2 Part 3 xdpt upload sebab internet terlalu perlahan kata wakil dari TVSelangor... |
Laaa... Pengecut rupanya Najib ni.. Posted: 30 Sep 2012 11:49 PM PDT Minggu lepas ketika membentangkan Budget 2013 bukan main lagi dia menyindir Anwar Ibrahim.. tapi hari ini bila tiba masa Budget itu hendak dibahaskan batang hidung pun tak nampak... Dari jam11.30 pagi Anwar tunggu dia tapi tak muncul-muncul... Inilah sifat sebenar pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu itu.. bukan saja takut untuk berbahas dengan Anwar di luar Dewan.. malah dalam dewan pun takut.. apa kejadah ni? Mungkin bukan pengecut tapi cuma mahu menyembunyikan kebodohan yang ada dalam dirinya... kalau berdebat nanti terserlah pula kebodohannya itu.. Kalau tidak kerana bodoh.. mana mungkin dia takut untuk berhujjah dengan Anwar Ibrahim? Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi. Kalau nak dikatakan Najib ni Jaguh Kampung.. biasanya jaguh kampung dalam gelanggang sendiri dia berani tunjuk hebat.. tapi Najib ni.. dalam gelanggang sendiripun dia takut.. Apa kejadahnya dia ni?? |
Terdesak nak kekal berkuasa, UMNO/BN jual MyKad, RM1000 sekeping? Posted: 30 Sep 2012 08:48 PM PDT Dari laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di atas, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku? Kad pengenalan ini juga didapati mempunyai rekod di JPN dengan status 'telah diambil'. Ini bermakna Kad Pengenalan palsu ini telah diluluskan di JPN. Siapa pegawai yang meluluskannya? Siapakah kerani kaunter yang melepaskan kad pengenalan palsu ini untuk diambil? Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen? Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa? Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara. * Kenyataan Media oleh Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)* Kenyataan Media sepenuhnya sila baca di ( Edyesdotcom ) |
Gambar Najib dipijak lagi dengan selambanya oleh Pelajar Malaysia di UK pula.. Posted: 30 Sep 2012 05:30 PM PDT Berkatalah Rais Yatim berikutan insiden gambar Najib dipijak oleh peserta 'Janji Bersih' pada malam sambutan kemerdekaan Malaysia pada 30 Ogos yang lalu, yang kesimpulannya boleh lah disimpulkan sebagai 'Undilah Barisan Nasional kerana gambar Najib telah dipijak".. "Macam mana benci pun seseorang itu, kita tidak boleh menggunakan perasaan kasar, tapi kita mesti gunakan pendidikan yang telah kita terima. Ini rahsia kehidupan dan adalah ilmu kehidupan yang tidak boleh kita ketepikan," "Kita mesti menentang dan menidakkan mereka yang tidak teguh kepada janji. "Kita mesti katakan bagaimana janji ditepati, begitulah kita berjuang di bawah BN," kata Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu. Lantaran itu beliau turut meminta rakyat agar tidak melupakan budi kerajaan BN yang memberi banyak bantuan dan membangunkan negara ini ~ sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Kini sekali lagi gambar Najib telah dipijak.. bukan oleh peserta 'Janji Bersih' tapi oleh seorang lelaki rakyat Malaysia yang tak mahu Malaysia menjadikan Perdana Menteri sebagai insan suci hinggakan memijak gambarnya dianggap haram... Ini apa yang ditulis oleh Shaun Tan.. You know something's wrong when even the simplest gestures become risky. Last week many of us were made acutely aware of this. Kenapa agaknya dalam masa hanya beberapa tahun ini Najib menjadi Perdana Menteri.. gambarnya sering menjadi mangsa? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan