Rabu, 31 Oktober 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


KAKITANGAN DAJJAL

Posted: 30 Oct 2012 11:27 PM PDT

Menteri Dalam negeri kata Malaysia ada pengganas... Cuma tidak jadikan Malaysia sebagai sasaran. Pendedahan tersebut mungkin hasil tertangkapnya 2 rakyat Malaysia di Lubnan. Sebelum ni kata tak de pengganas.

 Kenyataan Hisyam ni nampaknya macam ada agenda sendiri. Samada nak ajak rakyat kepada isu lain...pengganas di sekeliling kita... atau memang Hisyam jenis tunduk pada desakan sekutu Israel- Amerika.

Istilah pengganas ditujukan kepada umat Islam. Setakat ini belum ada pihak lain selain Islam yang dituduh pengganas. Siapa sahaja yang dikaitkan dengan perjuangan Jihad Islam adalah pengganas. Cop tersebut datangnya dari penjajah di bumi umat Islam yang direstui oleh Amerika dan Israel. Ruginya umat Islam apabila ada Menteri yang sepatutnya membela umat Islam sebaliknya menjadi kaki tangan kepada Dajjal antarabangsa. Kenyataan ini secara tidak langsung adalah isyarat berlepas tanggungjawab terhadap dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan.

Ia satu peringatan tidak langsung kepada rakyat Malaysia terutama yang Islam bahawa... Kami tidak akan bela anda jika disabitkan dengan tuduhan pengganas.... kerana di Malaysia memang ada pengganas... Wajarkah menteri sebegini dibiarkan menjaga nasib umat Islam???

DAH MULA TAK NGAKU

Posted: 30 Oct 2012 03:57 PM PDT

Bahang AES sudah mula dirasa oleh menteri. Gelombang penentangan AES sedang bermula. Ramai yang masih belum merasa kesan AES kerana saman belum sampai kat tangan lagi . Negeri Pakatan Rakyat nampaknya telah merasa denyut kemarahan rakyat. Tindakan bijak ialah dengan menangguhkan perlaksanaan di negeri pemerintahan Pakatan. Jawapan mudah dan palin cepat untuk membatalkan AES ialah serah kuasa kepada Pakatan Rakyat.

AES ni dilihat sebagai satu cara paling cepat kerajaaan nak peras ugut rakyat di samping mengayakan kroni. Itu yang di rasai. Alasan kerajan untuk mengatasi kadar kematian dari kemalangan maut sangat sukar di terima.

Pertama, kebanyakan kemalangan maut melibatkan motorsikal. Kemalangan maut lain turut melibatkan masalah jalan. Bengkang bengkok dengan selekoh merbahaya, beralun macam ombak laut, berlubang sana sini dan macam macam lagi. Alasan laju sebagai punca kemalangan adalah sangat terpencil dan kecil

Kemalangan akibat kelajuan sebenarnya turut dipengaruhi oleh sikap memandu secara merbahaya. Merbahaya bukan hanya laju.... perlahan juga termasuk di dalam merbahaya. Pengaruh alkohol dan mengantuk sebahagian dari faktor yang mempengaruhi. Sebenarnya pemandu yang memandu secara laju kebanyakannya lebih berhati hati berbanding perlahan yang dikuasai mengantuk, sambil lewa dan sebagainya.

Ong Tee Keat antara menteri yang telah merasai bahang itu. Kenyataan beliau bahawa AES diluluskan sebelum beliau terlibat dengan kabinet menteri Pengangkutan menunjukkan keresahan beliau. Nampaknya beliau antara bekas menteri yang awal menyuarakan keadaan ini. Kata orang...dah mula tak ngaku.... Ramai lagi yang duduk dalam umNO yang tak selesa tetapi terpaksa "menelan jadam" kerana takut terpelanting.

Rakyat sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk mempastikan AES tidak digunakan untuk mengaut keuntungan dengan meletakkan kesalahn kepada rakyat.... memang betul...rakyat didahulukan... sebagai mangsa...

Tiada ulasan: