ALHUSSEYN |
- Adakah Hamidah calon winable?
- Susah nak percaya kisah yang menakjubkan ini!
- Cara sembelihan yang binatang gemari....
Posted: 19 Oct 2012 12:48 PM PDT Orang-orang seperti Shahrizat Jalil yang masih lagi samar-samar keadaannya. Begitu juga dengan Hamidah Osman Adun 43 Sungai Rapat yang khabarnya masih dalam siasatan SPRM dot, dot dot . Adakah mereka ini masih tergolong sebagai calon 'winable' Najib? Kalau dua orang ini tetap dipilih dan menjadi calon PRU13 ni nanti, maka sia-sialah - ngabihkan duit menganjurkan Persidangan Tahunan Antarabangsa IAACA itu. Sebagai sebuah negara yang baru sahaja lepas menganjurkan Persidangan Tahunan Antarabangsa IAACA (International Association of Anti-Corruption Authorities) dan sebagai mahu membuktikan kesungguhannya dalam membenteras rasuah, sudah tentu Najib kena pastikan bahawa seseorang itu tidak ada masalah dengan SPRM sebelum diterima menjadi calon dalam PRU13 nanti. Adakah Najib punyai keberanian untuk menolak seseorang sebagai calon sekiranya calon itu ketandusan ciri-ciri sebagai 'winable'? Membazir sahaja dengan derma RM1juta kepada Akademi Anti Rasuah Antarabangsa di Vienna dan sia-sia sahaja bajet 2012 dengan peruntukan RM276 juta kepada SPRM sumber . Najib perlu buktikan kebenciannya terhadap rasuah dan pengamal rasuah.Pastikan mereka ini benar-benar bersih rasuah. Penentuan calon adalah ditangan Najib.Dia sudah ingatkan ahli-ahli Umno ketika PAU tahun lalu supaya tidak sabotaj parti sekiranya ada yang tidak terpilih sebagai calon pada PRU13 nanti lantaran tidak berpuas hati. Bagi mempastikannya Najib punyai kata penentu, satu Jawatankuasa khas pemantau dan bertindak ke atas ahli yang mengkhianati parti dalam pilihan raya umum akan datang baru sahaja ditubuhkan. (Ini adalah pertanda pilihanraya sudah hampir sangat dan Najib akan mengumumkan nama-nama calon Umno/BN tidak lama lagi.) Kalau Najib masih lagi takut nak tolak calon yang seperti contoh atas tu, entahlah; tak tahu nak cakap. |
Susah nak percaya kisah yang menakjubkan ini! Posted: 19 Oct 2012 06:58 AM PDT Wira Perang Dunia ke-2 meninggal dunia berumur 94 tahun – Rahsia selama 68 tahun ditemui oleh keluarganya - timbunan serpihan logam di kakinya .Ronald Brown selama hidupnya membuat keluarganya mempercayai bahawa denyutan di pahanya adalah disebabkan oleh serpihan peluru. Berikutan pembakaran mayat beliau , veteran Perang Dunia Ke-2 itu, abunya telah diserahkan dalam satu beg berisi skru, logam berpintal dan serpihan lain yang seberat hampir satu paun. Medik Tentera telah memutuskan ia selamat untuk meninggalkan semua itu di kakinya selepas dia merangkak sejauh dua kilometer dari 'booby trap' yang dipijaknya semasa pembebasan Perancis pada 1944. Jane, 55, anaknya , yang terkejut berkata: "Dia tidak pernah mengadu tentang kesakitan - dan saya tidak fikir dia pernah menyedari semua itu berada di situ." Cucunya, Holly berkata, datuknya itu (gambar kiri) seringkali menyebabkan pengesan logam dilapangan terbang berbunyi. "Tiada siapa yang boleh percaya apabila melihat serpihan tersebut. Kami fikir ianya hanya satu peluru kecil. "Ia adalah menakjubkan. Dia berjalan biasa sahaja - dan adalah seorang lelaki yang aktif juga. " Dari catatan diarinya, veterang perang itu memberitahu bagaimana hanya 29 daripada 900 asalnya dalam rejimennya pulang selamat ke rumah. Holly berkata: "Kita semua begitu berbangga dengan beliau. Serpihan logam yang ada dalamnya itu menunjukkan bagaimana dahsyatnya perang tersebut. "Ibu saya sebenarnya yang menimbang serpihan tersebut - dan ia adalah hampir satu paun. " Sumber |
Cara sembelihan yang binatang gemari.... Posted: 18 Oct 2012 11:51 PM PDT Sebagai panduan dan sokongan kepada mereka yang terlibat dengan kerja-kerja penyembelihan binatang korban yang tidak berapa lama lagi akan menjelang, elok sangatlah jika meneliti cara-cara penyembelihan yang dilakukan oleh Sam Kouka, seorang pengurus Member of Mercy Slaughter LLC. Caranya agak berlainan dari apa yang biasa orang kita buat selama ini.Kesian kat binatang-binatang korban tu...lembu menjerit-jerit meronta-ronta ... ada yang menitiskan air mata dan terberak-berak... Cer tengok bagaimana proses penyembelihan yang agak sopan dan berbelas kesian : Korang dah tengok sendiri bagaimana binatang merelakan dirinya sendiri untuk dikorbankan dengan nama Allah. Maha suci Allah! Teringat bagaimana Nabi Allah Ismail sendiri merelakan dirinya untuk disembelih oleh ayahandanya sendiri, Nabi Ibrahim.... Maka tidak mustahil, binatang sembelihan pun boleh patuh dan merelakan menjadi korban atas nama Allah, penciptanya. Maka insaflah kita semua, betapa terlalu kecilnya pengorbanan kita selama ini yang mengaku berjuang atas nama Allah. Terlalu jauh sekali, kalau mahu dibandingkan dengan binatang yang menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan atas nama Allah. Jangankan nyawa, nak infaq wang ringgit pun dah takut sangat seola-olah nak jatuh bangkrap! Menurut Sam Kouka lagi, para anbia - Adam,Noh, Ibrahim, Musa , Isa , dan Mohamad SAW, apabila melakukan penyembelihan binatang, mereka lakukan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa pun. Falsafahnya di sini ialah, sebilah pisau, seorang penyembelih dan seekor binatang. Penyembelihan dilakukan seolah-olah dengan kerelaan binatang itu sendiri tanpa paksaan. Binatang itu diberikan pilihan dan hanya bila binatang itu merelakan dirinya terhadap ayat-ayat Allah, barulah penyembelihan itu dilakukan. Sekiranya binatang tersebut tidak rela, maka binatang tersebut tidak disembelih dan dilepaskan semula ke dalam kandangnya . Peraturan Sembelihan Belas Kesian 1. Binatang sembelihan dibawa ke tempat penyembelihan dengan cara baik dan secara berasingan. 2. Diberikan minum air sebelum disembelih. 3. Semua binatang itu disembelih satu persatu dan terselindung dari pandangan binatang yang lain. 4. Binatang itu tidak diperlihatkan pisau sembelihan sewaktu atau semasa penyembelihan dilakukan. 5. Binatang yang meronta-ronta atau panik akan dilepaskan semula – tidak disembelih. 6. Penting sekali, pisau mestilah tajam . 7.Binatang dibaringkan disebelah kanan bahunya. Penyembelih dan binatang sembelihan mengadap kiblat. 8. Penyembelih membaca kuat : Bismillah, Allahu akbar. 9. Sembelihan biasanya selesai dengan laluan kali kedua pisau tersebut. 10. Kerja-kerja menyiat kulit dan pemotongan daging hanya dilakukan setelah binatang sembelihan itu dipastikan sudah mati. Bolehkah korang cuba buat macam Sam Kouka buat ni? Apa salahnya mencuba dengan seekor ayam dahulu..... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan