Ahad, 14 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pimpinan PAS Perak perlu bertindak telus dan adil

Posted: 13 Oct 2012 11:29 PM PDT


Bahawa semua orang PAS tahu hadis Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Muslim dan Abu Daud  yang maksudnya : 

Bukan dari kalangan kami barangsiapa yang menyeru kepada asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami barangsiapa yg berjuang atas dasar asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami barangsiapa yang  mati diatas dasar asobiyyah.

Para sahabat bertanya, apa itu assobiyah ya Rasulullah  ? Rasulullah SAW menjawab : Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.

Sadar ataupun tidak, kita sering berbuat zalim. Padahal kezaliman bukanlah perkara remeh. Hukumnya haram dalam syariat Allah. Bahkan Allah mengharamkannya bagi diri-Nya. Dia Yang Maha Suci berfirman dalam hadits qudsi:

"Wahai hamba-hamba-Ku sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian maka janganlah kalian saling menzalimi…" (HR. Muslim)

Kezaliman itu apa? Ah! Masakan aku pula macam nak ngajar itik berenang... Walau apa pun ingat-ingatlah amaran Allah SW,  "…Ketahuilah bahawa laknat Allah ke atas org2 zalim." Hud 18.

Sebagaimana yang kita semua maklum, menegakkan keadilan serta mengharamkan kezaliman merupakan tujuan dan matlamat Islam yang terpenting. PAS adalah parti yang mendokong prinsip tersebut.

PAS menentang Umno/BN selama ini adalah kerana mahu menentang kezaliman yang Umno/BN amali selama ini.

Adalah amat malang sekiranya PAS yang mahu menggantikan Umno seolah-olah mahu mewarisi pusaka yang menyebabkan Umno semakin terkulai layu kini...

Kenapa aku kata macam ini? Korang bacalah pendedahan di sini. Kalau pendedahan ini tidak benar, tolong segera nafikan. Jangan buat-buat macam tidak ada apa-apa pun.

Aku sekadar  nak ingatkan ayat Allah yang maksudnya :

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim nanti kamu disentuh Api Neraka…" Surah Hud ayat 113.

Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri. Haram duduk bersama orang-orang  zalim dan para pengampu, kecuali utk tazkirah iaitu menyampai nasihat peringatan.

Tiada ulasan: