ALHUSSEYN |
Khalid dan Salahudin takutkan Nasha? Posted: 10 Oct 2012 02:04 AM PDT Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini berkata kenyataan bekas timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan PAS. Baca di sini Korang boleh terimakah kenyataan Khalid dan Salahuddin itu? Aku tak boleh terima.Itu cara mudah dan paling penakut untuk berhadapan dengan realiti. Nasha bukan macam Hasan Ali yang telah dipecat keanggotaannya dari PAS. Kalau Hasan Ali kata apa pun, Khalid dan Salahuddin tidak perlu nak kata apa-apa pun kerana semua orang tahu Hasan Ali bukan mewakili PAS lagi. Lantaklah apa saja yang Hasan Ali nak mengarutkan. Orang tidak akan libatkan karut malut Hasan Ali dengan PAS. Tetapi bila Nasha bersuara, kenyataan itu akan dilihat ada kaitannya dengan PAS. Sebab Nasha adalah bekas Timbalan Presiden PAS dan masih menganggotai majlis Syura. Maka sebab itulah, Khalid dan Salahudin cepat-cepat nak cover sebelum rakan dalam PR batuk-batuk kosong.... Apakah kenyataan Khalid Samad dan Salahuddin Ayub ini sudah cukup untuk mewakili pendirian PAS yang sebenarnya? Kita belum lagi dengar apa kata tokoh-tokoh lain seperti Harun Taib, Dr Harun Din atau Dr Mahfodz ... Kalau ikut kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Harun Taib , Nasha masih lagi relevan .... Mana Badan Disiplin PAS? Inilah masalahnya, bila membiarkan cacing naik kemata.Nasharuddin semakin memperkotak katekan PAS apabila kelakuannya yang merugikan parti dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Memecat Nasha dari keahlian parti dilihat agak drastik , namun memberi amaran atau bahasa halusnya 'nasihat' dan memecat (menggugurkan) Nasha dari menjadi Majlis Syura sudah cukup lunak. Takan hanya sekadar beri komen kenyataan Nasha tidak ada kena mengena dengan PAS...? |
Korang sanggup tak jadi kerusi kereta ker? Posted: 09 Oct 2012 11:57 PM PDT Satu usaha yang agak pelik telah dilakukan untuk cuba menyelinap ke dalam bandar Sepanyol Melilla dari Maghribi. Dua orang dari Magribi di dalam sebuah kereta - pemandu dan seorang temannya sedang diperiksa oleh pengawal sempadan Sepanyol. Pegawal tersebut entah macam mana terperasan ada pergerakan di dalam kerusi kereta sebelah pemandu itu. Apabila pemeriksaan lanjut dibuat, Jeng..jeng..jeng.... Dia berpura-pura menjadi tempat duduk kereta! Ketiga-tiga lelaki di dalam kenderaan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa, menurut News Track India. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan