Addin |
- Ali Rustam Saran Tinggalkan Parti Tidak Memperjuangkan Islam.. Umno Lah Tu!!
- Selangor Umum Ambil Alih Syarikat Tol Minggu Depan, Tol Percuma Bermula Januari?
- Memalukan!! Najib Buang Sistem Rating Pada Video #TanyaNajib Di YouTube Ekoran Undian Dislikes Terlampau Banyak
- Rupanya Ini Helah Pencacai Umno Kata Tiada Perbicaraan Kes Scorpene
- Bangkai Ikan Terdampar Di Pantai Pengerang
- Bekas Pengasas Bersama Hindraf Sertai PKR
- Pencacai Umno Kata Tiada Perbicaraan Kes Scorpene Di Perancis Tapi.. Ini Bukti Sebaliknya
- M.Nasir Isytihar Sertai PKR?
- Bekas Menteri Umno, Zainuddin Maidin Dedah Skandal Bernama TV
Ali Rustam Saran Tinggalkan Parti Tidak Memperjuangkan Islam.. Umno Lah Tu!! Posted: 09 Oct 2012 10:25 AM PDT Addin tak nak ulas tentang kenyataan Dato' Shahnon Ahmad kerana ianya datang dari media pencacai Umno. Sifirnya mudah.. jikalau gambar Najib di sambutan Aidilfitri dan perhimpunan Umno bahagian Pekan baru-baru pun dia orang boleh edit. Bagaimana pulak ketulenan kenyataan dari Dato' Shahnon Ahmad? Susah nak mempercayai media pencacai nih. Saranan Ali Rustam supaya penyokong PAS tinggalkan parti kerana tidak memperjuangkan Islam adalah tidak tepat sama sekali. Sebenarnya Umno terlebih dahulu tidak memperjuangkan Islam kerana.. Umno sudah perintah negara ini selama 55 tahun semenjak merdeka. Selaku parti yang memerintah, apa usaha Umno untuk memartabatkan Islam di negara ini? Disebabkan Umno anak didik penjajah Inggeris, segala sistem kenegaraan ini adalah daripada acuan Inggeris. Semasa Umno memerintah, Islam di ratah dari segenap sudut. Pimpinan parti komponen BN berani menghina Islam seperti Chua Soi Lek tetapi pemimpin Umno masih berdiam diri. Malah pemimpin Umno sendiri yang mengaku Islam sanggup mempersendakan Islam seperti kenyataan Mahathir berkenaan janggut Rasulullah S.A.W. Jikalau nak di huraikan terlalu banyak dosa Umno terhadap Islam, mungkin tidak tertulis di sini. Buat Ali Rustam dan pimpinan Umno, sebenarnya yang paling layak meninggalkan parti adalah orang Umno kerana dari dulu,kini dan selamanya agenda memperjuangkan Islam tiada dalam kamus Umno. Umno hanya sebuah parti memperjuangkan assobiyyah.. Jadi.. sepatutnya Ali Rustam ajak penyokong Umno keluar parti beramai-ramai bukannya penyokong PAS kerana kapal Umno bakal karam sedikit masa lagi.
Iklan |
Selangor Umum Ambil Alih Syarikat Tol Minggu Depan, Tol Percuma Bermula Januari? Posted: 09 Oct 2012 08:22 AM PDT Ini berita yang dterima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan. Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa pengambilalihan ini akan membuka satu jalan kepada perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit, bermula pada Januari 2013. Sama seperti orang lain, maklumat ini agak mengejutkan dan nampak tidak masuk akal pada mulanya. Tapi dengan mengambil kira pegangan kerajaan negeri dalam beberapa syarikat konsesi pengendali lebuhraya sekarang, tidak nampak kenapa kita perlu menolak kesahihan maklumat ini. Untuk makluman, setakat yang dimaklumkan, kerajaan negeri mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS), Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor - KPS) dan SPRINT (KPS). Ditambah dengan syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Mei lalu, agar semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause, keyakinan ini bertambah. Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi. Sumber boleh dirujuk disini. Tanpa dapat disangkal sesiapa, berita ini mampu melonjakkan semula sokongan penduduk Selangor terhadap Pakatan Rakyat. Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang diketahui sangat membebankan rakyat bandar, Tidak kira peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja. Semua inilah yang meningkatkan kos kehidupan rakyat dan Pakatan Rakyat kelihatannya sangat faham dengan keadaan tersebut. Cuma yang sedikit menimbulkan persoalan ialah kenapa sekarang, kenapa tidak 3 atau 4 tahun dahulu? Bukankah kalau dilaksanakan lebih awal, ia akan memudahkan lagi kehidupan rakyat dan seterusnya mengesahkan peluang untuk berkuasa semula, bukan sahaja di Selangor tapi silap-silap menawan Putrajaya. Tak perlulah kita berceramah hampir di setiap ceruk tempat meyakinkan rakyat untuk menerima dasar dan polisi baru Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari BN sekarang. Bagaimanapun, yang penting ia dapat dilakukan, bak kata peribasa Mat Salleh, better late than never. ~pemudacheh Iklan |
Posted: 09 Oct 2012 05:02 AM PDT Di percayai kerana malu apabila video #TanyaNajib melalui Google Hangouts sebelum ini menerima puluhan ribu undian dislikes (tidak suka) oleh wargamaya rujuk sini [Tanya Najib], sistem rating pada video yang dimuatnaik semula di YouTube telah dibuang. Maka wargamaya tidak dibenarkan lagi untuk memberikan undian likes atau dislikes kepada video #TanyaNajib yang dimuatnaik semula melalui akaun YouTube milik najibrazak itu. Tinjauan ReJaM© sebentar tadi mendapati ketika menekan button dislikes, video tersebut memaparkan pemberitahuan (notification) "Rating have been disabled for this video" Bukan itu sahaja, malah ReJaM© dapati ruangan komentar juga telah ditapis dan hanya akan menyiarkan komentar-komentar yang membodek Perdana Menteri Malaysia yang lemah dan tidak disukai oleh majoriti pengguna internet itu. Nampaknya satu lagi ketakutan bakal menghantui Najib, jika sebelum ini beliau takut dengan cabaran debat daripada Anwar Ibrahim, kali ini beliau bakal dijangkiti phobia baru pula terhadap "YouTube Rating" kah kah kah... ~milosuam Addin : Anwar guna Google Hangouts, Najib pun nak guna tapi.. yang telah di tapis.. Mamak!! Roti Najib Satu!! Iklan |
Rupanya Ini Helah Pencacai Umno Kata Tiada Perbicaraan Kes Scorpene Posted: 09 Oct 2012 03:49 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Oktober: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin percaya, dakwaan mengatakan tiada perbicaraan di Perancis bertujuan untuk menutup penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene. "Kalau betul dakwaan pendakwa Perancis itu, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April lalu didakwa melibatkan skandal Scorpene. "Atas kapasiti apa beliau ke sana, sedangkan kerajaan ada kumpulan peguam sendiri. Ini yang menambahkan kemusykilan," katanya ketika dihubungi. Pendakwa Perancis, Yves Charpenel mendakwa tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis seperti dihebohkan media, tetapi memberitahu semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia. Shamsul menyifatkan kenyataan itu mengelirukan, malah gagal meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat dalam skandal itu. "Kes yang dikendalikan peguam Suaram di Perancis menuntut penjelasan berhubung penglibatan Najib, kalau beliau tidak terlibat kenapa William Bourdon dihantar pulang, sedangkan kedatangan beliau hanya untuk memberi taklimat. "Kenapa Najib takut sangat? Najib patut beri peluang kepada Bourdan sekurang-kurangnya untuk buktikan beliau tidak terlibat," ujar Pengerusi KEADILAN Melaka itu. April lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen, surat yang didakwa ditulis oleh Shafee yang mendakwa bahawa dia telah dihantar oleh Najib dan Rosmah untuk "tugasan undang-undang yang sensitif" di luar negara dan "mesti dilengkapkan sebelum pilihan raya umum". Menurut Saifuddin, surat itu juga menyatakan bahawa "tugasan" tersebut memerlukan Shafee pergi ke beberapa bandar raya di luar negara termasuk New York, London, Dubai, Paris dan Basel. Membidas laporan itu sekeras-kerasnya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, kenyataan itu bercanggah sedangkan siasatan kes sedang berjalan di mahkamah Perancis. "Untuk pengetahuan, pendakwa semasa dalam pertuduhan kes tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel. "Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene," kata Suaram dalam kenyataan. ~kd Iklan |
Bangkai Ikan Terdampar Di Pantai Pengerang Posted: 09 Oct 2012 01:00 AM PDT PETALING JAYA: Para nelayan di Pengerang, Johor mengalami fenomena ganjil apabila menyaksikan bangkai-bangkai ikan dalam jumlah yang agak banyak terdampar dan bertaburan di persisiran pantai. Ahli Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang, Hong Thian Hwa berkata, fenomena sebegini amat ganjil kerana kejadian ini tidak pernah berlaku. Menurutnya, beliau telah menerima panggilan daripada penduduk Sungai Buntu. Pada petang keesokan hari, beliau membuat pemerhatian di persisiran Sungai Buntu dan Sungai Kapal dan mendapati bangkai ikan yang terapung sebelumnya telah dihanyut ke persisiran pantai. Hong juga menjumpai bangkai seekor anjing di pantai Sungai Kapal dan penduduk di situ memberitahunya anjing tersebut masih bekeliaran di tepi pantai pada sebelah pagi semalam. Penduduk mensyaki anjing tersebut mati selepas termakan bangkai ikan. Menurut beliau, pada tahun 2010 pernah berlaku sekumpulan ikan mati disebabkan oleh tumpahan minyak di lautan berdekatan tetapi jika dibandingkan dengan kejadian ini ianya jauh lebih serius. Semalam katanya, pegawai dari Jabatan Perikanan telah membuat pemeriksaan di tempat kejadian. Beliau berharap Jabatan Perikanan boleh mengemukakan hasil siasatan atas sebab kematian sekumpulan ikan itu dan supaya langkah- langkah pencegahan dapat diambil. ~fmt Iklan |
Bekas Pengasas Bersama Hindraf Sertai PKR Posted: 08 Oct 2012 11:15 PM PDT Bekas pemimpin dan pengasas bersama Parti Hak Asasi Manusia (Hindraf), S Jayathas mengumumkan keputusannnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi. Sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti tersebut di Merchant Square, Petaling Jaya itu menyebut penyertaan Jayathas akan memperkukuhkan lagi KEADILAN terutama dalam usaha menarik sokongan seberapa ramai kaum India menyertai parti itu. Sambil menyifatkan penyertaannya sebagai signifikan dengan perjuangan parti yang mempunyai pelbagai kaum, Jayathas yang pernah ditahan 16 kali bersama pejuang hak asasi manusia dan ketika bersama Hindraf menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat yang diyakini mampu membawa perubahan kepada Malaysia setelah 55 tahun ditindas rejim Umno dan Barisan Nasional (BN). Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, N Surenderan menyebut kemasukan Jayathas akan memperkukuhkan KEADILAN kerana pengalamannya menjadi pejuang rakyat dan reformis tulen tidak boleh disangkal hinggakan Umno tidak berani melakukan perkara yang tidak diingini ke atasnya. Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Sivarasa Rasiah dan beberapa pegawai kanan parti. Jawatan terakhir Jayathas dalam Hindraf adalah sebagai Ketua Penerangan dan perbalahannya dengan ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berhubung perselisihan faham terhadap pemimpin tertinggi Hindraf, P Uthayakumar, Julai lalu dijangka selesai dalam tempoh terdekat. ~mpr Iklan |
Pencacai Umno Kata Tiada Perbicaraan Kes Scorpene Di Perancis Tapi.. Ini Bukti Sebaliknya Posted: 08 Oct 2012 09:20 PM PDT Semalam pencacai Umno mengatakan tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis. Ianya berikutan laporan Bernama yang memetik Charpenel mengatakan bahawa beliau menafikan laporan-laporan media yang tersebar berhubung berlaku perbicaraan kes Scorpene di Perancis. Ianya mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang dimohon Suaram. Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam, Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam pada Mac lalu di Paris. Berikut adalah laporan Bernama :-
Cuba anda lihat kedua-dua tulisan yang berwarna merah di atas. Kenapa Bernama sengaja menulis dua kenyataan yang jelas bertentangan dan mengelirukan? Percanggahan ketara tersebut jelas membuktikan bahawa laporan Bernama sudah tidak boleh dipercayai lagi kesahihannya dan krediliti sudah tercalar. Sebagai contoh beberapa siri pembohongan membabitkan gambar Najib yang digambarkan menerima "sambutan hebat" majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian mesyuarat Umno Pekan baru-baru ini. Dibawah ini pula kenyataan media oleh peguaam SUARAM..
8hb Oktober 2012 Terkantoi lagi pencacai Umno.. Iklan |
Posted: 08 Oct 2012 07:47 PM PDT Sekian lama kita tidak mendengar kisah selebriti menyertai parti politik. Terbaru ini kisah sifu industri muzik Malaysia,Datuk M. Nasir yang kini dikatakan semakin aktif dalam aktiviti berpolitik bersama-sama barisan parti pembangkang. Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi akaun Youtube Azmin Ali telah memuatnaik sebuah video bagi lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir. Walaupun tidak dinyatakan pada penerangan video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir serta lagu tersebut dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan kepada pencipta bagi lagu Awan Nano. Kita sendiri tidak mengetahui tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung bersama Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini hanya sekadar projek seni beliau yang lainnya. ~forblogger Lihat video di sini. Iklan |
Bekas Menteri Umno, Zainuddin Maidin Dedah Skandal Bernama TV Posted: 08 Oct 2012 04:47 PM PDT Di dalam posting blognya www.zamkata.blogspot.com yang terbaru Zainudin Maidin, mantan Menteri Penerangan telah mendedahkan bahawa Bernama TV ditubuhkan tanpa berunding dengan beliau selaku Menteri Penerangan ketika itu. "Malangnya Bernama TV yang dicetuskan berikutnya tanpa perundingan dengan saya, ketika saya menjadi menteri penerangan oleh seorang yang diberikan kepercayaan kerana kepetahan bercakap, pandai merancang, melobi dan membuat orang rasa "kembang" telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh Bernama hingga sekarang dan masih dalam usaha penyelesaian. Mulanya Bernama TV ini hanyalah sebagai pembekal berita kepada Astro, tetapi tercetus idea " fantastic" yang tidak berasaskan kepada realiti untuk mewujudkan Channel Berita TV Bernama menerusi penswastaan, tetapi oleh kerana pencetus idea ini tidak berpengalaman sebagai wartawan, sebaliknya pandai ber"gendang kosong" maka ianya tidak praktikal dan berjuta wang rakyat menjadi korban kecuali memberi faedah kepada diri sendiri. Mungkin kalau sekiranya bekas-bekas wartawan seperti Abdul Rahman Sulaiman, Rejal Arbi, Jalaluddin Bahauddin atau Syed Jamil menjadi Pengerusi Bernama masa itu, maka besar kemungkinan bencana ini tidak berlaku kerana kesedaran terhadap penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat selalu menjadi bahan kritikan dan penulisan mereka.". Mengikut pendedahan yang telah dibuat oleh Blogger Kuda Ranggi Anuar Zaini Perlu Tanggung Jawab ) individu yang dimaksudkan Zam ialah Tan Seri Anuar Zaini rakan karib Pak Lah yang cukup berpengaruh ketika itu. Anuar Zaini telah dilantik sebagai Pengerusi Bernama walaupun beliau bukan berlatarbelakangkan media. Bernama TV yang berhutang kurang lebih RM10juta kepada Bernama menghadapi kerugian besar sehingga terpaksa dibailout oleh Kerajaan demi menutup kudis pentadbiran terdahulu. Begitulah selalunya apabila terdapat mereka-mereka yang rapat dengan PM konon the inner circle yang boleh berbisik dan melangkah kepala-kepala pentadbir dan menteri yang dilantik. Kecurangan hanya akan terbungkang apabila sesuatu perniagaan atau projek Kerajaan itu gagal dan menanggung kerugian yang besar. Pada masa dan ketika itu terceliklah segala panau dan kurap di badan. Siapa yang meluluskan dan saluran mana yang digunakan. Badan bernasib baik jika panau dan kurap dapat diubati. Apa akan jadi jikalau panau dan kurap merebak menjadi kayap dan kanser sehingga keseluruh badan?. Pada masa itu mereka ini akan lari konon 'lie low'bergentayangan di bungalow mewah mereka di luar negara (Australia yang terdekat) hasil wang rakyat. Bernama TV adalah contoh typical kelemahan pentadbiran Kerajaan Pak Lah dan tidak siapa dapat mengatakan tidak, bahawa pentadbiran Najib juga ada tokoh-tokoh oportunis sebegini yang sedang berkeliting (bahasa Kedah yang bermaksud berlegar-legar disekeliling mencari peluang) di sekeliling keluarga Najib untuk 'hijack' dan menukar kulit mana-mana cadangan perniagaan dari usahawan tulin. Iktibarnya, kejatuhan mana-mana pemimpin bukan kerana pembangkang tetapi sedikit sebanyak berpunca dari 'The All President's Men' yang bersembunyi di belakangnya mengatasi segala pentadbir yang diberi amanah. ~kedahkini Iklan |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan