Addin |
- Gambar Terbaik Perangkap Had Laju.. Saksikanlah!!
- Chua Soi Lek Tergamam, 3,000 Keluar Dewan Bila Beliau Berucap
- Janda, Isteri Rebut Durian Runtuh Felda
- Pemandu Teksi Bakal Buat Himpunan Ala BERSIH Di Dataran Merdeka
- Polis Lari Lintang Pukang Apabila Pencacai Umno Buat Provokasi
- Kadar Jenayah Berkurangan Tapi Rumah N.Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah M'sia Kena Pecah Masuk
- Polis Jadikan Ahli DAP 'Tebusan' Untuk Dapatkan Kamera - Chegu Bard
Gambar Terbaik Perangkap Had Laju.. Saksikanlah!! Posted: 29 Oct 2012 10:21 AM PDT Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering. Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed track' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed track' ni. Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed track'di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j. Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik. Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini). Foto ~cikgu din Iklan |
Chua Soi Lek Tergamam, 3,000 Keluar Dewan Bila Beliau Berucap Posted: 29 Oct 2012 08:36 AM PDT Kira-kira 3,000 orang Cina keluar dewan ketika Presiden MCA aka Pelakon Video, Chua Soi Lek berucap pada Majlis Makan Malam di Kulai, Johor semalam. Pihak penganjur mendakwa bahawa kira-kira 5,000 orang hadir pada program tersebut. Kalau kira-kira 20 peratus orang yang hadir keluar dewan apa maknanya ini. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bingkas bangkit membela bossnya dengan mendakwa bahawa, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Chua Soi Lek berucap bukan petanda pengurangan sokongan. Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam petanda membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar. "Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap. Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA. Iklan |
Janda, Isteri Rebut Durian Runtuh Felda Posted: 29 Oct 2012 02:30 AM PDT SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak. Mereka agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui.Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu.Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu. Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan."Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami," katanya kepada Sinar Harian. "Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang terjadi kepada saya."Lebih 20 tahun saya hidup sebagai isteri peneroka, malah pernah hidup susah ketika mula-mula masuk ke kawasan Felda dahulu, namun ia tidak dihargai," katanya.Noor berkata, dia kini menyewa di rumah saudaranya dan tinggal bersama dua anak yang masih bersekolah."Sudahlah bekas suami tidak pernah memberikan nafkah untuk menyara anak-anak, kini durian runtuh pun saya tidak dapat," katanya. Seorang peneroka, Rashid (bukan nama sebenar) pula mengeluh kerana gagal mendapatkan sebahagian durian runtuh untuk isteri keduanya kerana isteri pertamanya enggan berkongsi wang terbabit.Rashid, 63, berkata, isteri pertamanya yang merupakan penama cek, enggan memberikan sebahagian RM5,000 yang diterima kepada isteri keduanya. "Dia enggan menyerahkannya atas alasan wang itu haknya kerana cek ditulis atas namanya."Disebabkan isteri pertama saya enggan berkongsi durian runtuh fasa kedua, saya akan serahkan durian runtuh fasa ketiga nanti kepada anak bersama isteri kedua," katanya. Dia mencadangkan supaya Felda mengkaji semula cara pengagihan durian runtuh yang disifatkan sekarang kurang tepat. "Pada pandangan saya, lebih baik pengagihan kepada peneroka yang berkahwin dua ini diserahkan kepada pengurus Felda."Pengurus diberi hak untuk menunaikan cek, seterusnya dibahagikan sama rata kepada penerima," katanya. Rashid mencadangkan perkara sama dilakukan kepada anak peneroka yang sudah kematian ibu bapa."Ini kerana sudah ada kejadian anak peneroka yang dipertanggungjawabkan menerima durian runtuh ini tidak mengagihkannya secara sama rata dengan adik-beradik mereka."Baru-baru ini ada yang sampai bergaduh sehingga dimasukkan ke penjara semalaman kerana berebut duit," katanya. Sebelum ini, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din menasihatkan peneroka memilih sendiri siapakah di antara anak mereka yang patut menerima durian runtuh berkenaan. ~sinar |
Pemandu Teksi Bakal Buat Himpunan Ala BERSIH Di Dataran Merdeka Posted: 29 Oct 2012 01:58 AM PDT KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Pengangkutan diberi tempoh tiga minggu untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi pemandu teksi dan jika gagal, satu himpunan di ibu negara akan diadakan sebagai tanda bantahan kepada kerajaan.Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka jika Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas. "Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.Beliau juga meminta masyarakat tidak meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada pemandu teksi yang menjadi mangsa pengurusan industri teksi. Dalam pada itu, pemandu teksi, Manoharan mengecam akhbar The Starkerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya."Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?" soalnya.Pengurusan terburuk di dunia. Amran menyifatkan, 'anugerah' pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia."Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal industri teksi."Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industriteksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah," katanya. Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah."Kami diberi alasan lapuk seperti 'sedang kaji', 'akan dipertimbangkan' atau 'akan diambil tindakan'…Akhirnya masalahberterusan dan nasib kami masih tetap begini," katanya.Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menulis surat untuk mengatur pertemuan antara BBPTB dengan Menteri Pengangkutan. Antara yang turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).Awal bulan lalu, kira-kira 250 pemandu teksi mogok di hadapan kompleks beli belah Pavilion di ibu negara sebagai tanda protes terhadap perkhidmatan bas percuma Go KL yang sedikit sebanyak 'membunuh' mata pencarian mereka. ~kd |
Polis Lari Lintang Pukang Apabila Pencacai Umno Buat Provokasi Posted: 28 Oct 2012 11:11 PM PDT Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam. Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku. Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya.Dalam kenyataan saya juga saya mohon tindakan ke atas pegawai polis bernama Inspektor Chin (jika tidak salah nama penuhnya Chin Mui Fatt) yang jelas telah bercakap melalui telefon lebih dari sekali dan saya ulang jaminan yang turut saya bagi kepada pegawai tinggi polis yang lain yang menghubungi malam itu bahawa saya akan serahkan kamera dengan satu laporan polis berkaitan kejadian.Namun saya terus dihubungi oleh beberapa anggota DAP (penganjur) memujuk saya patah semula dan memulangkan handycam tersebut malam itu juga. Saya pelik, setelah diselidik rupa-rupanya pegawai polis bernama Chin ini telah menahan mereka untuk memujuk saya menyerahkan handycam kepada dia pada masa itu juga. Tindakan ini jelas tidak mengikut prosedur, apakah ada SOP polis bertindak umpama Abu Sayaf menculik orang untuk mendapatkan tebusan (handycam)?Ketika itu jam hampir 4 pagi, saya hubungi Inspektor Chin mengingatkan mengenai jaminan bersama berkenaan penyerahan handycam yang telah dipersetujui dan mempersoalkan apa kuasa dia menahan anggota DAP tersebut.Dia terus mengatakan "Saya tak tahan, cuma panggil tanya-tanya saja.."Dimaklumkan oleh teman-teman di Johor beberapa minit selepas jam 4 pagi kesemua anggota DAP yang ditahan di Balai Seri Alam itu akhirnya dibebaskan. Selepas itu di hadapan ACP Ghaffor saya telah menyerahkan Handycam tersebut dalam keadaan baik dan mendapat salinan borang bongkar.Selepas itu saya diminta oleh Polis untuk dirakam pula percakapan oleh salah seorang polis yang datang dari Johor iaitu Inspektor Mohd Shahril. Soalan lebih tertumpu kepada siapa yang mula ambil dan serah kamera dan seumpamanya. Rupanya ada 3 laporan polis ke atas saya kerana peristiwa di Masai malam itu dan jelas laporan tersebut ada berbeza dengan kejadian sebenar yang berlaku yang disaksikan oleh beratus hadirin. Semua sesi 1 laporan polis dan dua rakaman kenyataan tamat dalam masa 3 jam dan pihak polis kelihatan amat profesional dan mesra dalam mengambil laporan polis dan rakaman percakapan saya.Isunya cuba dialih pasal handycam. Handycam hanya wujud dan mungkin menjadikan perkara ini isu sedikit besar, tetapi isu sebenarnya ialah: 1.Penganjur PR sudah dapat kebenaran polis tetapi mengapa polis diam ketika Umno buat kacau dengan pasang speaker besar mainkan rakaman ceramah dan menjerit terlolong? Kalau program Umno dan ada PR yang buat begitu bagaimana tindakan polis ? 2.Polis ada tetapi terpaksa diam dan menyorok ketika kekecohan tersebut. Ada beberapa kemungkinan pertama polis tidak berkuasa apabila berdepan Umno atau sememangnya kejadian tersebut disusun sebegitu untuk mengundang pergaduhan kerana jika bergaduh media akan main isu ini secukupnya. 3.Umno - Bn jangan bacul tampil berdebat secara matang. Ketua Pembangkang cabar PM berdebat, takut tetapi Umno hantar kaset ganggu program PR. 4.Kami tuntut asas demokrasi dalam perkara ini untuk sedikit ruang berkempen tanpa diganggu, sepertimana Umno yang berkempen 24jam setiap hari melalui media perdana tanpa diganggu. Ini amat jarang berlaku di Johor, diyakini ini berlaku dan ia akan menjadi trend kerana dengan perkembangan mutakahir ini menunjukkan Johor bukan lagi kubu Umno bn seperti dulu. SAMM memberi masa dua minggu untuk PDRM mengambil tindakan kepada pihak yang membuat provokasi juga anggota yang mendiamkan diri melihat provokasi jahat Umno jika tidak kami akan ke bahagian tatatertib Bukit Aman mengadu hal ini dan pengaduan kepada SUHAKAM juga akan difailkan.4 November 2012, 9 malam di lokasi berhampiran iaitu di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai akan diadakan Ceramah Umum 'le tour de Scorpene Scandal' yang menampilkan peguam Scorpene bersama penceramah PR. Kami amat berharap agar program boleh berjalan lancar tanpa gangguan.Saya tidak menyalahkan pihak polis 100% dalam perkara ini, dengan rasa penuh simpati dan memahami bagaimana campur tangan politik mengekang dari polis kebanyakanya bertindak berdasarkan ruang undang-undang sebenar dan inilah janji PR jika ditakdir ke Putrajaya maka institusi polis ini perlu dibebaskan.Baca laporan lengkap Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM di ( SINI ) ~asd |
Kadar Jenayah Berkurangan Tapi Rumah N.Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah M'sia Kena Pecah Masuk Posted: 28 Oct 2012 06:18 PM PDT KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye memuji kepantasan polis menahan penjenayah yang cuba memecah masuk rumahnya di Taman Maluri, Cheras di sini hari ini."Saya difahamkan oleh unit peronda polis bahawa ada penjenayah cuba memecah masuk rumah saya. Ketika itu saya ada di rumah bersama isteri dan pembantu rumah saya."Namun setiap sudut rumah saya berkunci dan tiada barang berharga yang hilang," katanya yang juga aktivis sosial dan bekas ahli Parlimen Bukit Bintang kepada Bernama. Polis kemudiannya menahan empat lelaki dalam kes itu yang berlaku kira-kira 5 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, polis yang membuat rondaan di kawasan itu pada mulanya telah terserempak dengan dua lelaki yang cuba memasuki kawasan rumah Lee dengan memanjat tembok rumah. "Apabila menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek meluru masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes Benz yang menunggu dan memecut meninggalkan tempat itu."Polis mengejar suspek yang kemudiannya merempuh palang pos pengawal di Kondominium Pertiwi yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah Lee serta cuba melanggar anggota polis yang mengejar mereka," katanya kepada pemberita. Beliau berkata polis melepaskan tujuh das tembakan bagi mengelak daripada dirempuh oleh kereta berkenaan sebelum berjaya menahan empat lelaki tempatan berumur antara 30 hingga 40 tahun di dalamnya.Mohan berkata seorang daripada suspek cedera di kepala akibat terkena serpihan cermin kereta mereka dan polis menjumpai beberapa peralatan samun, pecah rumah dan curi kenderaan di dalam kereta yang digunakan mereka. "Antara peralatan yang dijumpai ialah dua alat gerudi, tiga mata gerudi, satu set kunci L, empat pemutar skru, sembilan playar dan dua tukul kuku kambing," katanya.Turut ditemui ialah barangan yang dipercayai dicuri seperti seutas jam tangan, lima anak kunci kereta dan beberapa telefon bimbit.Kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga Rabu. ~bernama |
Polis Jadikan Ahli DAP 'Tebusan' Untuk Dapatkan Kamera - Chegu Bard Posted: 28 Oct 2012 06:08 PM PDT Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah."Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya."Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi. Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua."Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya. Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan."Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi. Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi."4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan