Addin |
- Bung Mokhtar Radin Kena Sound
- Najib Mahu Singkir Muhyiddin?
- Samy Vellu Kantoi!! Sebenarnya MIC Yang Luluskan Projek Kondo Batu Caves
- Setelah Bergelar Bekas Menteri, Samy Vellu Kini Berani Berdemonstrasi
- Dr. Asri Selar Fathul Bari, Beri Bukti Ulama Umno Sudah Hanyut
Posted: 26 Oct 2012 04:00 PM PDT PERKASA semakin hari semakin lantang membodek apa saja tindakan yang dibuat oleh pihak pemerintah terutama tindakan yang dibuat oleh PM Najib. Seolah2 apa sahaja yang dibuat oleh PM Najib tiada cacat cela nya walaupun merugikan melayu.Terbaru, Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan pulak di sanggah oleh PERKASA bila dia mempertikaikan tindakan tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini. Klik sini untuk pencerahan. Malah kebanyakkan peluang bisnes yang di perolehi oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary ni adalah anugerah dari kerajaan persekutuan.Bagaimana perkara ni boleh terjadi? Bagi wa, apa yang dibangkitkan oleh Bung Mokhtar hanyalah soalan biasa. Yang PERKASA boleh tersinggung tu kenapa, entah lah..Mungkin di sebabkan Syed Mokhtar ni mamak yang telah di melayukan, jadi PERKASA terpanggil untuk memepertahankan satu2nya tauke yang kononnya melayu terkaya di Malaysia ni. Wa makin pelik dengan PERKASA dibawah pimpinan Ibrahim Ali ni. Secara terangan MCA menghina Islam, agama yang dianuti oleh orang2 melayu, tetapi tindakan PERKASA lebih mengagung2kan MCA seolah perkara yang telah dilakukan oleh MCA tu sesuatu yang remeh. Sebaliknya DAP pulak dianggap musuh yang harus di perangi dengan bersungguh2. Boleh klik kat sini untuk nilaikan betapa bangsatnya PERKASA ni bila bersekongkol dengan parti yang menghina agama dia sendiri. Masih boleh berkompromi hanya kerana MCA masih bersama Umno dalam gabungan parti yang membentuk Barisan Nasional.Yang wa nampak, PERKASA ni wujud hanya kerana nak menjaga kroni2 Tun Madey jer. Tak lebih dari itu. Biar berjuta2 umat melayu merana, terseksa asalkan seorang tauke melayu/mamak boleh mengaut untung di atas kesengsaraan rakyat.Memang diakui Syed Mokhtar ni tersangat kaya tapi apakah kekayaan yang dia miliki ni boleh di nikmati oleh semua golongan rakyat terutamanya rakyat berketurunan melayu? Jangan mimpi la bhai.. |
Posted: 26 Oct 2012 09:17 AM PDT Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu.Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.Perdana menteri Najib Altantuya dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin dari jawatannya sekarang.Alasannya? Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini.Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis. Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah berbanding cadangan Najib Altantuya yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum. Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil cuti hujung tahun melancong bersama keluarga. Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib Altantuya melalui satu maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak. Najib Altantuya yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin.Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam beberapa bulan lagi. Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu. Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan ditentukan kemudian. Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila berjaya menyingkirkan Najib Altantuya kelak. Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang kecewa dengan prestasi Najib Altantuya. ~jalanpulang |
Samy Vellu Kantoi!! Sebenarnya MIC Yang Luluskan Projek Kondo Batu Caves Posted: 26 Oct 2012 06:54 AM PDT Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC.Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun! Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.Mengapa boleh jadi begitu? Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya. Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan. Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu. Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang. ~jalanpulang |
Setelah Bergelar Bekas Menteri, Samy Vellu Kini Berani Berdemonstrasi Posted: 26 Oct 2012 03:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Okt — Ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondominium yang terletak di sebelah kuil tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit.Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai himpunan tersebut dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pada pagi ini. Dalam ucapannya, Samy (gambar) menjelaskan bahawa kerja-kerja pembinaan kondominium tersebut telah dilakukan tanpa kajian dan tidak merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab sambil berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas Majlis Perbandaran Selayang (MPS)."Pembinaan yang dilakukan ini adalah tidak teliti dan tanpa kajian yang menyeluruh dengan merujuk pihak-pihak yang sepatutnya," kata Samy. "Malahan MPS sendiri tidak pernah menemui jawatankuasa kuil untuk berbincang atau memaklumkan tentang projek tersebut."Presiden jawatankuasa kuil Mahamariamman Batu Caves, Datuk R. Nadarajah, yang mengetuai himpunan tersebut juga bertindak membidas dan menyelar kerajaan negeri Selangor yang lepas tangan dalam membiarkan kelulusan projek tersebut diberikan kepada pemaju menerusi majlis perbandaran yang terlibat dalam memberikan kelulusan merancang. Meskipun kerajaan Selangor mendakwa kelulusan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd telah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2007, bekas ahli majlis MPS A. Kohillan Pillay yang turut hadir dalam perhimpuan mengakui perkara tersebut sememangnya berlaku tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu."Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan "Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622.""Tetapi ia bukan kelulusan untuk 'Rancangan Pembangunan' dengan tujuan membina kondo 29 tingkat," kata pemimpin Gerakan tersebut. Kohillan turut berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seharusnya bertanggungjawab ke atas perkara tersebut memandangkan mereka adalah pihak yang mentadbir sekarang ini serta mendakwa memiliki bidang kuasa untuk memberikan kelulusan serta menarik balik projek kondo tersebut.Ahli exco kerajaan negeri, Ronnie Liu baru-baru ini telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek berkenaan dan mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan BN yang beertanggungjawab memberikan kelulusan awal kepada pemaju Dolomite. "Kami juga mengetahui Jabatan Geo-Sains dan Mineral turut memberikan kelulusan ke atas projek tersebut selepas menjalankan kajian ke atas tanah berhampiran kuil," kata Liu semasa bermesyuarat dengan jawatankuasa kuil, MPS dan pemaju baru-baru ini.Selain itu, seorang lagi ahli exco turut mengeluarkan kenyataan mengenai rancangan pembinaan projek tersebut dan menegaskan kerajaan negeri tidak akan menuruti permintaan jawatankuasa kuil tersebut. Dalam pada itu, presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel telah menggesa menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menghentikan projek kondo 29 tingkat tersebut kerana bimbang ia akan memberikan kesan buruk kepada struktur bukit tersebut serta berisiko tinggi memandangkan kawasan itu adalah terdiri daripada batu kapur. ~tmi |
Dr. Asri Selar Fathul Bari, Beri Bukti Ulama Umno Sudah Hanyut Posted: 25 Oct 2012 11:00 PM PDT SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut."Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online. Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri."Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri."Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas."Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang. Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut.""Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya."Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri. Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu. ~sinar |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan