Addin |
- Hassan Ali, Apa Yang Kau Merepek Ni?
- Ini Punca Sebenar Kenapa Kedudukan Petronas Semakin Buruk
- Rupanya Sebab Ni Khir Toyo Mintak Maaf Kepada Ronnie Liu
- Video Fathul Bari Hentam Chua Soi Lek Kerana Hina Islam Tersebar..
- Awang Adek Demam Di Asak Oleh MP Pakatan Rakyat
- 'Ulamak' Umno Mengakui Umno Sudah Rosak
- Umno Menggelepar Kena Belasah Dengan Dr. Asri..
- PAS Jangan Jadi Macam Ayatullah Jika Ke Putrajaya - Dr. Asri
- 'Kerabat' Kedah Di Tahan Polis
Hassan Ali, Apa Yang Kau Merepek Ni? Posted: 24 Oct 2012 10:24 AM PDT SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa MCA dan DAP mempunyai "agenda besar" di sebalik pendirian kedua-dua parti itu dalam soal hukum hudud. Secara tidak langsung kata beliau, ia mampu menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan pandangan dan kritikan yang dilontarkan pimpinan mereka selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat berketurunan Cina. Hasan melahirkan pandangan ini ketika banyak pihak mempersoalkan Soi Lek dan juga Umno berhubung kenyataan Presiden MCA itu."Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke-13. "Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu 'grand design' merentasi fahaman dan aliran politik," kata beliau yang juga bekas Exco Selangor dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook lewat malam ini. Hasan selepas dipecat oleh Pas awal Januari lalu menubuhkan pertubuhan yang diberi nama Jati.Sambil menyifatkan inti "agenda besar" DAP itu bukan satu rahsia lagi, jelas Hasan, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menetang pelaksanaan Islam dan hudud di Malaysia baru-baru ini mencerminkan dua parti yang punyai fahaman dan aliran politik yang berbeza secara luaran hanya sekadar "pementasan lakonan politik" semata-mata. "Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini."Ia dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina," katanya. ~sinar |
Ini Punca Sebenar Kenapa Kedudukan Petronas Semakin Buruk Posted: 24 Oct 2012 09:04 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Oktober: Campur tangan kerajaan dalam Petronas menyebabkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Ratings pada September lalu menurunkan penilaian prospek masa depan syarikat petroleum itu kepada negatif, kata Rafizi Ramli.Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, akibat dari penurunan tersebut, penarafan Petronas yang sebelum ini antara yang terbaik di dunia juga dijangka diturunkan dalam masa terdekat."Ia menyebabkan Petronas terpaksa bayar faedah lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Menurut Rafizi, ketika mengumumkan penurunan itu, Fitch Ratings menyuarakan kebimbangan tentang terlalu banyak campur tangan kerajaan yang menyekat kebebasan Petronas."Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas apabila syarikat penarafan antarabangsa suarakan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur."Campur tangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keputusan libatkan Petronas beri kesan buruk kepada Petronas," katanya. Bekas Pengurus Kanan Petronas Carigali itu berkata, Petronas dari dulu lagi tidak bersetuju kerajaan Umno BN memberikan subsidi gas kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)."(Selain itu) Ketika Najib mula jadi Perdana Menteri, beliau tukar strategi Petronas (yang beroperasi selama) 20 tahun untuk dapatkan sumber di luar negara."Pada masa syarikat minyak seluruh dunia cuba dapatkan sumber luar negara untuk kegunaan masa depan, Petronas diarah untuk fokus kepada sumber dalam negara yang akan habis satu hari nanti," kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.Dzulkefly berkata, Petronas tidak harus berada sepenuhnya di bawah kuasa Perdana Menteri, sebaliknya perlu dikembalikan kepada Parlimen."Ini ternyata perkembangan yang sangat mengecewakan. Justeru Petronas harus dikembalikan di bawah Parlimen, seperti yang kita cadangkan dalam Buku Jingga," jelasnya.Gagal ambil alih syarikat Kanada. Dalam pada itu, Dzulkefly menuntut Najib, individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Petronas menjelaskan kegagalan beliau sehingga usaha syarikat itu membina rizab luar negara terbantut.Minggu lalu, kerajaan Kanada menyekat usaha Petronas untuk mengambil alih Progress Energy Resoures (PER) yang memiliki rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan rizab tanah 1.25 juta ekar di seluruh Kanada. Kementerian Industri Kanada pada Jumaat lalu memberi tempoh 30 hari kepada Petronas untuk membuat penerangan tambahan dan serahkan jaminan selanjutnya."Petronas berada sepenuhnya di bawah PM…maka kegagalan Petronas adalah kegagalan PM…Justeru beliau (Najib) sekurang-kurangnya perlu keluarkan kenyataan untuk menjelaskan kegagalan ini."(Malah) kegagalan ini turut sahkan pandangan reputasi Petronas di peringkat antarabangsa yang telah terjejas," kataDzulkefly lagi. ~kd |
Rupanya Sebab Ni Khir Toyo Mintak Maaf Kepada Ronnie Liu Posted: 24 Oct 2012 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Oktober: Yakin kalah perbicaraan mendorong bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam."Beliau tahu kalau diteruskan (perbicaraan), beliau pastinya akan kalah. Jadi sebelum apa-apa berlaku, beliau harus bertindak cepat."Itulah modal Umno, suka buat fitnah. Apabila tidak yakin menang kerana sudah tiada kuasa, terpaksa mohon maaf," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari kepada Keadilan Daily. Permohonan itu dibuat berhubung kenyataan fitnah Khir mengatakan Ronnie menghalang Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Melayu. Khir berkata, beliau meminta maaf kepada Adun Pandamaran itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran' yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.Selain itu, Khir mengakui dakwaannya terhadap Ronnie terlibat dalam kegiatan seumpama itu adalah tidak benar sama sekali. Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, permohonan maaf Khir itu membuktikan tuduhan yang dilemparkan pemimpin Umno kepada pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) sememangnya fitnah."Ini bukti bahawa tuduhan Umno kepada kita (Pakatan) adalah fitnah, tapi disebabkan mereka dilindungi kuasa, jadi mereka pastinya selamat walaupun dibuktikan bersalah."Apa yang berlaku kepada Khir ini membuktikan beliau sudah tiada kuasa atau pengaruh dalam Umno. Jadi untuk selamatkan diri, lebih baik beliau memohon maaf sahaja," katanya. ~kd |
Video Fathul Bari Hentam Chua Soi Lek Kerana Hina Islam Tersebar.. Posted: 23 Oct 2012 10:31 PM PDT Ini adalah rakaman video Ust. Fathul Bari Mat Jahya dari Ulama Muda UMNO menjawab soalan berkenaan dengan isu yang mempersendakan umat Islam yang riuh rendah diperkatakan baru-baru ini.. Video telah dirakamkan di dalam satu forum yang bertajuk 'Bicara Orang Muda' pada 21.10.2012 Ahad lalu di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka. Dalam kenyataannya ini beliau membidas semua individu bukan Islam dari beberapa parti politik yang galak berbicara tentang hudud dan Islam.. Sebenarnya bukan saja Presiden MCA yang dibidasnya tetapi Karpal Singh, Ketua Wanita MCA serta Ketua Pemuda Gerakan Kedah juga dibelasahnya.. Selain dari mereka di atas antara yang dibidasnya ialah Ketua AMK, Samsul Iskandar.. apa yang dia kata tentang Samsul Iskandar ni korang tengoklah pada minit yang ke 10:50 video di bawah ini.. Aku sokong apa yang dinyatakannya di atas sebab kebenarannya terserlah.. Cuma tentang ulasannya pasal 'Over my dead body' yang Karpal sebut tu aku kurang setuju.. Sebabnya selain dari cara yang dinyatakan oleh Ust. Fathul Bari dalam video di atas kita boleh tunggu dia jalan.. Lagipun sekarang ni dia kan dah berumur 70 tahun lebih.. bila dia jalan kita laksanakanlah.. rasanya tak lama dah tu.. Itu pun kalau dia jalan dulu.. kalau aku yang jalan dulu.. korang teruskanlah.. ~asd Lihat video di sini. |
Awang Adek Demam Di Asak Oleh MP Pakatan Rakyat Posted: 23 Oct 2012 08:26 PM PDT Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan. Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang. Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis. Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah. Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap. Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit. Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik. Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu? Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis? Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum. Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya. Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!". Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati. Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan. Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya. Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil. Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan. Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai. "Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya. Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya. 'Saya kurang sihat' Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu. Chong Eng: Aiya, apa ini! Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu. Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran Awang: Saya demam... Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini. ~mkini |
'Ulamak' Umno Mengakui Umno Sudah Rosak Posted: 23 Oct 2012 07:42 PM PDT Apa jenis ulamak macam ni? Menghalalkan benda yang terang-terang haram di sisi agama. Rasuah memang di perangi secara total dalam Islam kerana ia meruntuhkan institusi agama dan masyarakat. Bagaimana pulak ulamak dalam Umno boleh menghalalkannya. Ternyata apa yang di ungkapkan oleh Dr. Asri memang benar, jikalau ulamak duduk didalam Umno pasti akan hanyut.. Namun, kita berterima kasih kepada beliau kerana jujur mengakui Umno sudah rosak.. Jesteru itu Umno amat sesuai berundur pada masa sekarang.
|
Umno Menggelepar Kena Belasah Dengan Dr. Asri.. Posted: 23 Oct 2012 07:01 PM PDT SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang. Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno. Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut." "Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian. Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik. "Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri. Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur. "Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat. "Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin. "Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur," jelas beliau lagi. ~sinar |
PAS Jangan Jadi Macam Ayatullah Jika Ke Putrajaya - Dr. Asri Posted: 23 Oct 2012 06:17 PM PDT SHAH ALAM - Pas digesa tidak menjadi seperti pemerintahan Ayatullah Khamenin di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang. "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. "Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur. Menurut Asri, keadaan itu perlu dihapuskan sejak dari awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik. Sementara itu, beliau turut mendakwa ada budaya mengampu dengan wang yang dibawa Umno masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut. "Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah 'hulur' ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit. "Sebab itu orang banyak duit jadi pemimpin, ini yang saya lihat. Saya tidak nafi perkara itu kerana saya kenal ramai di antara mereka. Tetapi perkara ini semakin hari semakin disuburkan, dan inilah peranan ulama untuk memperbetulkan keadaan itu," katanya. Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat. ~sinar Addin : Kepada golongan ulamak dalam PAS, mohon beri pencerahan berkenaan isu ni. Bagi Addin pendapat Dr. Asri tidak tepat dan maklumatnya mungkin tak berapa tepat. |
'Kerabat' Kedah Di Tahan Polis Posted: 23 Oct 2012 06:07 PM PDT GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang awam yang mencurigai kehadiran kumpulan kerabat diraja itu ke satu majlis yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini kira-kira jam 3 petang, semalam. Menurutnya, lelaki bukan Bumiputera itu turut menggunakan logo yang tidak sepatutnya pada kenderaannya dan hasil siasatan polis mengesahkan tiada kerabat diraja kedah di dalam majlis berkenaan. "Majlis itu dihadiri kira-kira 120 orang dan ia dianjurkan oleh sebuah NGO Islam. Kita mencurigai apakah tujuan mereka untuk berjumpa dengan kumpulan bukan Melayu yang fokus kepada pusat hiburan. "Dalam serbuan itu, kita turut menahan 12 lelaki untuk membantu siasatan dan kesemuanya berusia antara 38 hingga 61 tahun," katanya ketika ditemui media di sini semalam. Abdul Rahim berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah milik lelaki berkenaan, selempang dan beberapa dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan. Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 413 Kanun Keseksaan kerana penyamaran dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. ~sinar |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan