Addin |
- Bukti Baru Kes Pembunuhan Altantuya Bakal Di Dedahkan?
- Najib Tidak Akan Di Penjara Tapi Di Lantik Jadi Duta Mongolia - Anwar
- Chua Soi Lek Hina Islam Lagi.. Tapi Kali Ni Depan Batang Hidung Najib
- Perwakilan MCA Sindir Najib Tanpa Di Sedari
- Chua Soi Lek Hina Islam Secara Melampau.. Ini Bala Yang Di Terimanya
- Panas!! Ahli Umno Bakal Sabotaj Parti Secara Besar-Besaran Pada PRU13
Bukti Baru Kes Pembunuhan Altantuya Bakal Di Dedahkan? Posted: 21 Oct 2012 09:27 AM PDT SHAH ALAM, 21 Okt — Tan Sri Musa Hassan terperanjat dengan dakwaan beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok, Thailand esok mengenai isu pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 seperti yang tertera di laman sesawang Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT)."Saya terperanjat apabila mendengar berita ini. Saya tahu tentang ini pun apabila ada wartawan menghubungi saya semalam. "Mana ada, saya masih di sini (Malaysia)," kata bekas ketua polis negara (KPN) itu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.Tinjauan The Malaysian Insider di laman sesawang FCCT menyaksikan notis tentang sidang media Musa di Bangkok masih tertera di laman berkenaan dan boleh diakses di sini http://fccthai.com/items/966.html."Saya tak faham mengapa semenjak dua menjak ni saya sering menjadi sasaran pelbagai spekulasi,""Saya harap pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berhenti menganggu saya," katanya lagi. Notis itu menyebut, sidang media bekas KPN itu akan diadakan pada 22 Oktober jam 11 pagi waktu Thailand .Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" oleh bekas KPN Malaysia dan menyatakan notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.Notis tersebut juga menulis, enam tahun lalu, seorang jurubahasa muda dari Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu, telah dibunuh di Malaysia oleh dua pegawai polis dari Cawangan Khas dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan. Selepas kematian beliau, terdedah bahawa dia telah dikaitkan dengan penjualan dua kapal selam buatan Perancis ke Malaysia dengan harga 1.3 bilion dolar Amerika Syarikat — perjanjian yang disyaki mengandungi rasuah peringkat tinggi.PM semasa Malaysia, (Datuk Seri) Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan dan (Tan Sri) Musa Hassan adalah ketua polis negara. Pendedahan ini dijangka akan mengubah landskap politik Malaysia.Musa Hassan, yang telah berhenti sebagai ketua polis, mempunyai pendedahan terbaru terhadap kes berprofil tinggi ini. Beliau akan berbuat demikian pada sidang akhbar di FCCT.Altantuya dibunuh secara kejam apabila mayatnya diletupkan menggunakan bom di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006. Beliau adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene.Abdul Razak Baginda rapat dengan Najib yang pada ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan Malaysia.Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan pengiring kepada Najib, Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.Hakim dalam kes perbicaraan itu walaubagaimanapun tidak memutuskan motif pembunuhan Altantuya./~tmi |
Najib Tidak Akan Di Penjara Tapi Di Lantik Jadi Duta Mongolia - Anwar Posted: 21 Oct 2012 07:53 AM PDT JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di Mongolia'. "Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting. "Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia," katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam. Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN."Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat. Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan 'edan', iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila," katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain ~kd |
Chua Soi Lek Hina Islam Lagi.. Tapi Kali Ni Depan Batang Hidung Najib Posted: 21 Oct 2012 05:26 AM PDT Presiden MCA, Chua Soi Lek terus menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat. "DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.Najib Altantuya yang turut mendengar ucapan berapi Soi Lek berkenaan isu hudud kemudiannya memuji pendekatan yang dikatakan sambil menambah ia menaikkan semangat ahli BN menghadapi pilihanraya umum. Katanya, DAP diperalatkan PAS bagi memenuhi cita-cita tinggi menawan Putrajaya sedangkan MCA yang menolak hudud dilaksanakan tidak dibantah Umno sehingga ke hari ini.Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".Dalam perkembangan berkaitan, MCA mendakwa telah bersedia menghadapi perang Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan penuh semangat kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kejayaan lebih besar. Berpegang slogan "Berperang dengan Penuh Keberanian", Soi Lek berkata, MCA kini sudah bangkit lebih sepakat, bersatu dan fokus dalam menangani isu-isu yang penting bersama-sama BN dan bersedia untuk menempuh apa jua masalah dan rintangan."Kami telah mengubah cara bekerja dengan menjadi lebih bersikap tegas, menyatakan pendirian dan mengambil pendirian dalam beberapa isu yang kami anggap tidak wajar ke atas rakyat. "Kami telah menyatakan suara hati kami supaya kerajaan dapat mendengarnya dengan jelas dan nyata dan kepimpinan baharu MCA komited untuk terus bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di Wisma MCA di Kuala Lumpur. ~jalanpulang |
Perwakilan MCA Sindir Najib Tanpa Di Sedari Posted: 21 Oct 2012 01:40 AM PDT Alangkah indah dan bermakna jika sesuatu temu rapat atau mesyuarat politik membincangkan hal-hal berkaitan dengan dasar negara demi kesejahteraan rakyat yang mengundi mereka dalam pilihanraya. Bagaimanapun ia tidak berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Malaysian Chinese Association (MCA) yang dirasmikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Najib Altantuya sebentar tadi. Sebaliknya ia saling tak tumpah umpama dalam Perhimpunan Agung Umno, dalam mesyuarat MCA pun Najib Altantuya terus menjadikannya medan mencerca, mengherdik dan memburuk-burukkan keperibadian pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang. Sama ada Najib Altantuya sedar atau tidak, para perwakilan MCA yang berhimpun di Dewan San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang sebenarnya menyindir Najib Altantuya apabila cadangannya mahu melantik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapat tepukan gemuruh perwakilan. Sedangj7 dirinya sendiri yang memangku jawatan tersebut dari Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil pada 10 April lalu seakan tidak perasan bahawa perwakilan MCA sebenarnya mengejek Najib Altantuya kerana dialah yang memangku jawatan tersebut!Apakah perwakilan MCA yang datang dari seluruh negara itu sudah menduga ucapan Najib Altantuya itu sebenarnya terkenajala batamg hidung sendiri dan bukannya Mohamad Sabu? Rata-rata perwakilan yang ditemui hanya ketawa apabila ditanya adakah bersetuju dengan cadangan Najib Altanuya tersebut dan terus berlalu pergi tanpa memberi sebarang komen mahupun penjelasan lanjut.Bahkan Presiden PPP, M Kayveas juga tersenyum sipu semasa Najib Altantuya mencadangkan perkara tersebut di hadapan lebih 1,000 perwakilan termasuk para pemerhati dari negara asing. Naji Altantuya sedar bahawa perwakilan MCA sebenarnya menyindirnya atau inikah balasan di atas ucapannya yang sungguh jahat memperlekehkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat? ~jalanpulang |
Chua Soi Lek Hina Islam Secara Melampau.. Ini Bala Yang Di Terimanya Posted: 20 Oct 2012 11:52 PM PDT Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri! Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini. Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang. Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas. Ada di antara perwakilan pemuda yang ditemui enggan memberikan sebarang komen mengapa dewan yang boleh menempatkan lebih 1,500 perwakilan pada satu-satu masa terdiri daripada sayap pemuda, wanita dan senior parti itu kosong semasa persidangan berlangsung. Ketua Pemudanya, Wee Ka Siong dalam ucapannya tanpa berlapik terus menghentam Pakatan Rakyat kununnya hutang negara dalam keadan terkawal walaupun sudah mencecah RM502 bilion sehingga hujung tahun ini. Kelmarin, kenyataan Chua tersebut menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA. Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu. Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali. Manakala PERKASA membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali. Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut. Jika beginilah suasana dan semangat yang ditunjukkan sayap pemuda sebagai tunjang serta pelapis MCA pada masa depan, diyakini parti tersebut akan terus tenggelam seperti mana prestasi yang ditunjukkan pada pilihanraya umum lalu. MCA dan Chua Soi Lek jangan salahkan sesiapa, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana kaum Cina sendiri sudah lama meninggalkan parti perkauman yang hanya mengikut telunjuk Umno hatta dalam pemilihan presidennya sekalipun! ~jalanpulang |
Panas!! Ahli Umno Bakal Sabotaj Parti Secara Besar-Besaran Pada PRU13 Posted: 20 Oct 2012 06:47 PM PDT Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti. Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus. Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri. Mengikut laporan SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang. Itulah yang saya sebutkan selalu. UMNO sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat dibawah dan itulah penyakit yang dihidapi oleh UMNO sekian lama. Kalau UMNO sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan UMNO untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli. Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut. Ini merupakan pertahanan terakhir UMNO dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi. Kita sedar yang ahli-ahli UMNO kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah. Ahli-ahli UMNO terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus di kepuk padi. Ahli-ahli UMNO pun tidak mahu mereka dikerbaukan oleh pemimpin mereka. Tetapi MKT UMNO bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu? Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku. Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar UMNO di bawah payung dan wadah yang baru. Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam. Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli UMNO oleh pimpinan mereka. Kita mesti faham yang ahli-ahli UMNO itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi ditambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri. Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam 'ambience' yang baru. Selamat berubah dan berhijrah. Saya akan ke Jerlun untuk berceramah pada malam ini dan esok. Saya akan kembali bersama saudara saudari pada Isnin yang akan datang. Sehingga berjumpa, salam! ~aspanalias |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan