WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI KISAH DR MANSOR? Posted: 26 Sep 2012 02:09 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KITA sepatutnya tidak merasa susah hati dengan apa yang diperkatakan (jika betul) oleh Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Dr Mansor terhadap KM P.Pinang, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat KEADILAN Negeri yang dua tiga hari ini yang menjadi santapan media haprak. Apa yang menggusarkan adalah begitu lemah tahap keselamatan di dalam mengendalikan mesyuarat parti. Biarlah media sebut, samada benar atau tidak Dr Mansor berkata bermacam-macam terhadap Lim Guan Eng, hakikatnya sesiapa yang berada di dalam saf kepimpinan parti tahu bahawa di dalam apa jua mesyuarat sesama kita, akan berlaku bermacam-macam keadaan dan perbincangan. Semuanya hanya kerana mahu cadangan atau pandangan mereka diterima di dalam mesyuarat. Tidakkah apa yang berlaku kepada Dr Mansor itu tidak berlaku kepada mana-mana parti di dalam mesyuarat mereka? Bukan satu masalah besar jika benar Dr Mansor ada berkata kepada Lim Guan Eng seperti yang dihebohkan itu. Karpal Singh, Pengerusi DAP sendiri secara terbuka pernah menghentam DS Anwar. Bukan tidak pernah pemimpin DAP menghentam pemimpin PAS atau PKR. Akhirnya, rakyat menilai adakah semua itu menjadikan PR tidak lagi boleh bekerjasama? Ternyata tidak. Apabila suatu ketika Karpal Singh mengkritik DS Anwar selaku Ketua Pembangkang sehingga meminta DS Anwar bertaubat, adakah selepas itu PR berpecah? Jawapannya tidak, bahkan sehingga kini PR semakin kuat. Jadi, apa sangat lah dengan apa yang berlaku kepada Dr Mansor. Di dalam PR, terlalu banyak kejadian pemimpin dari PAS, PKR dan DAP mengkritik di antara satu sama lain, tetapi apabila berdepan dengan isu rakyat PR tetap ketepikan perbalahan atau perbezaan pendapat itu. Itulah hebatnya PR. Cuma, adalah lebih baik pimpinan PR berfikiran lebih bijak sedikit bagi mengurangkan `peluru' yang dimiliki oleh musuh. Paling serius yang mesti kita fikirkan adalah bagaimana sesuatu mesyuarat boleh dirakamkan dan dibawa keluar? Bayangkan, jika itu mesyuarat strategi parti, tidakkah amat merbahaya kepada parti? Ini yang perlu dipandang serius oleh pimpinan PR. Carilah kaedah atau cara untuk mengurangkan risiko dari terbocornya rahsia dan maklumat parti./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan