WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Mahathir merayu Melayu berlindung bawah amnu..
- KEJAYAAN SHILA AMZAH
- Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab
- Menjangka kerajaan persekutuan akan bertukar, IPP selamatkan diri
Mahathir merayu Melayu berlindung bawah amnu.. Posted: 22 Sep 2012 10:53 AM PDT Mahathir mahukan orang Melayu berlindung di bawah UMNO walaupun sudah busuk sampai ke ususnya Dr Mahathir berkata di Johor Baru dua hari lepas yang pemimpin yang baik perlu menerima teguran yang membina. Ini pun Mahathir benar dan betul tetapi jika kritikan itu diarahkan kepada beliau itu adalah satu kesalahan besar. Apabila beliau ditegur dan ditandingi secara demokratik beliau mengambilnya sebagai satu tindakan memalitkan tahi ke muka dan beliau tidak dapat menerimanya. Hasilnya beliau secara sistematik telah mengharamkan partinya sendiri. |
Posted: 22 Sep 2012 09:24 AM PDT Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawabKejuaraan di Asian Wave, RM5 Juta Untuk Sheila AmzahSeptember 22, Berentap tiga kali Pada pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Baoshan, Shanghai, China, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari Thailand dan dua peserta tuan rumah. Ketika dihubungi semalam, Shila, 22, yang mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying) berkata, secara keseluruhannya dia perlu bersaing dengan sembilan peserta dari Asia. Pencapaian tertinggi Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya. "Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik. "Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta," katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad. Menerusi persaingan pertama, Shila memperoleh lima undian tanpa balas, manakala untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada persaingan terakhir Top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh. "Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang daripada latar belakang muzik berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing. "Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini," katanya. – Zaidi Mohamad (BH) OHARTIS: Shila Amzah ni pada kami nasibnya sama seperti Yuna. Di Malaysia pada awalnya hanya dikenali begitu-begitu sahaja, tapi bakatnya lebih dihargai orang luar. Anyway, syabas dari kami buat Shila. Bila dah bertudung, makin besar rezeki. |
Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab Posted: 22 Sep 2012 08:53 AM PDT Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawabSUBANG 21 September: Pusat kawalan udara di ibu negara tidak berfungsi minggu lalu ekoran kegagalan sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata, fungsi radar dan radio tergendala selama dua jam menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan kawalan ruang udara diserahkan kepada negara jiran. Beliau mendedahkan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan perkara itu. Menurut Izzah, syarikat bertanggungjawab mengawalselia sistem terbabit adalah Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) yang dimiliki anak bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis. "Pelbagai kenyataan media, permintaan penjelasan dan audit bebas terhadap sistem yang dibangun dan diselenggara SELEX Sistemi Integrati dan AAT dibuat. "Namun Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak mengendahkan, malah memperkecil catatan sistem yang menelan belanja 26.05 juta Euro (RM128.4 juta)," katanya pada sidang media di hadapan DCA, di Subang hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden Keadilan, N Surendran dan Ketua Biro Keselamatan Keadilan, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab. Justeru, beliau persoal bagaimana Kementerian Pengangkutan dan DCA boleh melulus dan membenarkan sistem tersebut beroperasi tanpa sokongan sistem interim dan lewah (redundancy). Tegasnya, kegagalan sistem ini menimbulkan syak jutaan ringgit yang dibelanja dalam pembangunan sistem di KLIA2 mungkin mengalami nasib sama yang menjejaskan keselamatan orang ramai. "Kita mesti pastikan semua projek berkaitan keselamatan dalam sektor penerbangan tidak dianugerah kepada syarikat tidak memiliki kemampuan teknikal, pada waktu ini dan masa hadapan," kata Izzah. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36481 |
Menjangka kerajaan persekutuan akan bertukar, IPP selamatkan diri Posted: 22 Sep 2012 02:50 AM PDT Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang diwujudkan untuk membolehkan kroni umno/BN mengaut keuntungan mudah tanpa risiko. Tempoh perjanjian dua buah IPP generasi pertama akan tamat pada tahun 2016 dan 2017. Kerana bimbang kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, kedua-dua IPP ini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd telah bertindak menjualkan IPP ini kepada pihak kerajaan melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan