Selasa, 18 September 2012

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


SEGELINTIR MEAYU ATAU MAJORITI MELAYU

Posted: 17 Sep 2012 10:37 PM PDT

Umno sentiasa mewar-warkan jika Umno kalah, maka tak ada siapa lagi nak perjuangkan nasib Melayu di negara ini.

Sebelum kita menjawab dakyah tersebut, eloklah kita bertanya  dahulu, betulkah Umno memperjuangkan nasib Melayu. Ahh, jawabannya adalah betul tetapi hanya untuk sekerat dua Melayu sahaja.  Umno merangka strategi membantu seorang dua kapitalis Melayu sahaja dan bukan untuk majoriti Melayu.  Hari ini saya memberi 3 kes sahaja untuk makluman awal!!!

Umno membiarkan generasi kedua Felda yang sepatutnya berpeluang memiliki tanah 10 ekar dalam sekim Felda tetapi semua tanah tersebut di peruntukkan kepada Felda Plantion Sdn Bhd.  Yang buat untung ialah Felda bukannya rakyat Melayu. Dianggarkan 80,000 orang anak generasi kedua Felda terlepas peluang ini. Di dalam ekonomi, kerajaan tidak perlu berniaga, kerana iannya akan mengambil tempat atau merampas peluang rakyat!!!!

AP kereta mewah hanya tidak sampai 80 orang sahaja yang diberi kepada rakyat negara ini. Terlalu monopoli. Usahawan baru kereta Melayu yang benar-benar menjalankan perniagaan kereta mewah, tidak langsung diberi peluang mendapat AP. Dan hanya lebih kurang 20 dari 80 orang yang mendapat AP itu, benar-benar menjalankan perniagaan kereta mewah. Yang lain hanya untung atas angin, menjual kertas kosong sahaja. 

Pembekal ubat ke hospital di monopoli oleh satu  syarikat sahaja, bukan kepada banyak syarikat. Kerja membekal ubat, bukanlah suatu yang memerlukan kepakaran sehingga hanya satu orang sahaja yang layak. Tanpa monopoli, akan memberi peluang kepada ramai peniaga "merasa" rezki di negara ini. 
 




Tiada ulasan: