Siulan Apadianie |
Pengangguran: Kami Berhutang..Kami Nak Kerja... Posted: 22 Sep 2012 09:01 PM PDT Sabtu September 22, 2012 40,000 Siswazah IPT Masih Mencari Pekerjaan KUALA LUMPUR: Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian. "Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS.Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu. Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka. - MStarOnline Ini hanya angka rasmi dari kerajaan.Pasti masih ada ribuan lagi graduan-graduan yang mengganggur yang mana mereka tidak termasuk dalam senarai angka rasmi. Menjadi penganggur ini bukanlah satu nikamt.Memang betul bila selesai belajar ramai para mahasiswa yang ingin berehat sementara untuk merasakan betapa lazatnya bebas dari rutin harian zaman belajar.Bangun lewat.Tak perlu gosok gigi atau mandi dan terus makan tanpa mendengar kuliah yang membosankan .Juga bebas dari gangguan anak-anak muda yang ingin menjemput kita menjadi Tok Lebai.Lepak sepanjang hari atau jumpa kawan-kawan untuk bersembang panjang.Atau menonton tv berjam-jam. Tetapi jika berbulan-bulan duduk dirumah melakukan perkara yang sama tanpa apa-apa tujuan yang jelas maka ini mungkin membawa satu permasalahan.Untuk due tiga bulan pertama,ibu bapa mungkin agak gembira untuk bersama anak-anak dirumah.Tetapi selepas empat lima bulan ibu bapa pun mula naik "menyampah' melihat muka anak yang sama.Yang menganggur juga akan bosan melihat muka emak dan ayah. Penganggur berijazah atau tidak,jika terlalu lama mengganggur akan mula merasa kehilangan harga diri.Keadaan ini bertambah rumit lagi jika kawan-kawan yang be;ajar bersama dahulu telah mula bekerja .Harga diri ini bersangkutan pula dengan keseluruhan erti penghidupan.si penganggur akan kehilangan arah dan tujuan. Di Eropah dengan sistem sokongan sosial yang baik,sesiapa yang kreatif pasti akan dapat melakukan sesuatu ketka mengganggur.Semua bergantung kepada keinginan masing-masing.Di waktu mengganggur inilah anak-anak muda di Eropah berkarya.Ada yang melahirkan filem experimental.Ada yang melahirkan lukisan avant garde.Banyak novel dan karya fiksyen ditulis di zaman mengganggur.Dan yang paling jelas ialah keupayaan anak-anak muda pengganggur ini menggemparkan dunia dengan bakat karya muzik mereka.Menggarap karya ialah cara untuk melayan diri di zaman mencari dan menunggu pekerjaan. Bagaimana seorang pengganggur boleh hidup di Kuala Lumpur tanpa sistem sokongan sosial yang baik seperti yang wujud di negara Eropah.Bayangkan setiap kali beremu kawan pasti akan ditanya sama ada sudah mendapat pekerjaan atau tidak.Pertanyaan seperti ini pasti menusuk setiap hati para pengganggur.Jika puluhan kali ditanya dengan soalan yang sama dan jawapannya masih negatif,besar kemungkinan si pengganggur ini akan melarikan diri berkhalawat ke dalam hutan atau tidak keluar rumah langsung. Bayangkan kita mengimport hampir 1 Juta tenaga kerja asing tetapi kita tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk tenaga kerja kerja yang telah kita sendiri latih.Bukankan ini suatu yang amat membebalkan. Jangan ku dipandang hina Hanya kerna aku penganggur Jangan pula ku dilupa Hanya kerna aku penganggur Aku hanya insan biasa Ingin juga hidup bahgia Ohoo... nasibku Aku penganggur Ohoo... nasibku Aku penganggur Puas sudah mencari kerja Memang nasib aku penganggur Masih belum diterima Memang nasib aku penganggur Hasrat hati ingin membantu Menjaga orang tua ku Ohoo... nasibku Aku penganggur Ohoo... nasibku Aku penganggur Aku anak berbudi bahasa Walaupun aku penganggur Hormat kepada orang tua Walaupun aku penganggur Mungkin esok ataupun lusa Aku akan mendapat kerja Ohoo... nasibku Aku penganggur Ohoo... nasibku Aku penganggur * usinkata;...segala text diatas selain dari lirik lagu Aku Pengganggur....aku copy paste dan edit dari artikel yang ada dalam buku : Keganasan,Penipuan & Internet - hegemoni media daulah pecah...tulisan Hishamuddin Rais a.k.a TukarTiub...tajuk artikel itu Diploma Dan Pak Turut..yang diterbitkan pada tahun 2008....sengaja aku xtulis keseluruhan artikel TT nie...pandai2 la hampa pi cari...huhuhuhu |
BELANJAWAN 2013 ; ...Apa Nak Jadi..??? Posted: 22 Sep 2012 09:57 AM PDT Kerajaan BN akan membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept 2012 nie... Oleh itu amat wajar diperkatakan disini apakah pemahaman yang perlu kita fahami sebelum mendengar tepukan meja-meja di Parlimen...dan membaca berkajang-kajang butiran Belanjawan.. Perhatian umum semestinya tertumpu ke atas "BERITA BAIK" yang kita harapkan.. Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!.. Ia dipanggil Belanjawan kerana Kerajaan ..sama seperti kita ..mempunyai satu jumlah wang yang tetap dan terhad untuk digunakan setiap tahun... Kerajaan memperolehi wang daripada cukai..seperti cukai pendapatan dan korporat..dan pelbagai duti eksais dan tarif..dan tentunya ..royalti petroleum..Ini mengisi dompet Kerajaan..dan apabila ia keluar dari dompet..ianya adalah untuk perbelanjaan membayar kakitangan Kerajaan...menanggung penjagaan kesihatan dan pendidikan dan pembangunan negara ..dan tentunya.."berita baik" utk kita... Pada saat ini ..kita perlu prihatin bahawa "BELANJA" Kerajaan BN TELAH MELEBIHI HASIL SEJAK 1998...JURANG INI TELAH DITAMPUNG OLEH PINJAMAN...ATAU DALAM ERTI KATA BERHUTANG a.k.a HUTANG...KETIKA INI HUTANG NEGARA BERADA DIPARAS RM456.1 BILLION BERSAMAAN 53.5%-54% DARIPADA KADAR DALAM NEGARA KASAR. Senang kata jika setiap Belanjawan ..Kerajaan tidak membelanjakan sehingga melebihi Belanjawan maka Malaysia tidak perlu untuk menambah hutang seperti sekarang... BELANJAWAN boleh juga diertikan sebegini.. BELANJAWAN ADALAH MENGENAI PILIHAN - TAMBAH RM1.00 DISINI BERMAKNA KURANG RM1.00 DISANA. Ertinya;...SETIAP RINGGIT a.k.a RM "OLE-OLE" YANG KITA "DAPAT" ADALAH BERSAMAAN RM1.00 DIKURANGKAN UNTUK PERKARA PENTING LAIN YANG SEPATUTNYA KITA DAPAT JUGA...CONTONYA SEPERTI PENJAGAAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN.. Semestinya selepas Belanjawan diumumkan..dibentangkan..disurahkan panjang lebar berkajang-kajang sampai lewat petang...esoknya pula..media massa..pro-kerajaan wajib utk memastikan kegembiraan Kerajaan dan Media Massa pro-kerajaan sentiasa berada didalam mood ceria-gumbira laksana hari raya dan membiarkan tumpuan diberikan kepada 'BERITA BAIK" kerana.....IA BOLEH MENGELAKKAN PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN KE ATAS ISU YANG BENAR-BENAR PENTING ...iaitu..:-...jeng jeng jeng jenggggg......!!!!!!!!!!!!! 1- Kebertanggungjawapan...Adakah matlamat Belanjawan tahun lepas dipatuhi dan dilaksanakan..??????????? 2- Betapa berkesan wang tersebut dibelanjakan..????..Adakah pembekal memberikan nilai..??? ..Adakah Kerajaan membayar berlebihan untuk perkhidmatan..???? 3- Berapa besar sepatutnya Belanjawan akan datang..?...Lebih besar tidak semestinya lebih baik...Sebab lebih besar juga bermakna CUKAI YANG LEBIH TINGGI ATAU PINJAMAN KERAJAAN YANG LEBIH BESAR...HUTANG BESAR DAAAA... 4- Setelah kita membuat keputusan berapa besar jumlah Belanjawan yang sepatutnya...bagaimana pula wang tersebut harus dibelanjakan..????..Contohnya.. RM4.78 Billion telah diperuntukan utk pendidikan dan latihan pada 2012...Adakah itu terlalu banyak..???..terlalu sedikit..???....Adakah kita perlu mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan melebihkan penjagaan kesihatan yang cuma memperolehi RM13.7 Billlion...???...Patutkah kita naikan subsidi..??? Tetapi jika kita naikkan subsidi....kuranglah wang untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan dan lain-lain perkara..???? Untuk itu ..sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja setakat mendengar dan bergembira dengan Belanjawan yang disurahkan oleh pemimpin Kerajaan...kita pelu ada sifat ingin tahu yang extremm..extra..ultra..tanya kan lagi kepada pemimpin kita setelah kita mendengar dan melihat Belanjawan 2013 ini...tanya lagi.. Apadianie Belanjawan-Belanjawan..nie..???...Untuk apa Belanjawan-Belanjaan nie...??? Habih tue..apa yang nak jadi dengan Belanjawan-Belanjawan nie..???? Adakah cukup utk kita ....macam nak jadi Polis soal siasat penjenayah..tanya mcm-mcm soalan kat kerajaan ..cukup ka..??? Namun..apa yang pasti..Kita a.k.a Rakyat Malaysia..perlu mengakui..Kita tidak boleh banyak bersuara dalam menentukan bagaimana Bajet dibelanjakan...sekiranya kita masih memastikan majoriti 3/4 kerusi atau majoriti mudah didalam Parlimen yang memihak kepada Kerajaan yang memerintah sekarang... So..PRU13 nie..pandai2lah hampa ..nak pangkah undi "Syaitan Dikenali atau Malaikat yang tidak dikenali"..huhuhu *usinkata:- ...segala teks diatas adalah copy paste dan sedikit edit tambah campoq ayat dari aku...aku cilok dari sebuah buku yang gambaqnya seperti diatas..huhuhu..jangan maraaaa haaaaa..huhuhuhu |
You are subscribed to email updates from Apadianie... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan