Sabtu, 8 September 2012

shalehudin

shalehudin


LAGI PANAS: Adun Umno Perlis kena tumbuk

Posted: 08 Sep 2012 10:30 AM PDT

KANGAR - Gara-gara tidak puas hati dengan isu pasar, seorang lelaki yang ada rekod ditahan polis, menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi untuk menziarahi kematian.

Katanya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun, memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya bahawa mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

Menurutnya, Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga-peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut, tambah beliau.
"Semasa pengadu ingin bergerak pulang suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arah pengadu dan melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan pengadu mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya," kata beliau.
Abdul Rahman memberitahu, semakan mendapati suspek, yang juga seorang nelayan, pernah lima kali ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya di Perlis, lima kali ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas di Batu Gajah serta tangkapan di bawah Seksyen 411 dan 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun katanya, suspek buat masa ini tidak ditahan reman tetapi diambil keterangan untuk siasatan.

Difahamkan, kematian yang diziarahi pengadu dan isteri merupakan emak saudara kepada suspek yang turut tinggal di kampung yang sama.

Sementara itu, Mat Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu membesar-besarkan kes tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. - SH


Mampuih la Umno kali nie...

Posted: 08 Sep 2012 10:20 AM PDT

Panas!! Umno Cawangan Di Pasir Salak Di Bubarkan Serta Merta

Umno Pasir Salak menerima tamparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam.

Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno.

Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.

Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak, Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN.

Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…

~ mediaperak


Pengawal peribadi Anwar ditangkap? Betoi ka...

Posted: 08 Sep 2012 09:05 AM PDT

Melayu Nak Bunuh Melayu Kerana Perbezaan Ideologi ???

/// Anwar Ibrahim dalam siri jelajah ceramah merdekanya dia naik bas.Di Melaka dia terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin ,Melaka siang tadi.

Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki melayu dari sebuah kereta Toyota Camry, no. Plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim.

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa ???

P/s : Lelaki tersebut ialah pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan telah ditangkap oleh pihak PDRM ditempat kejadian kekecohan tersebut berlaku.

Dari FB cacai Umno la neh....


PANAS: Malaysiakini yang kurang ajar

Posted: 08 Sep 2012 07:37 AM PDT

Portal berita Malaysiakini memang kurang ajar...

Kahkahkah...

[BACA.................]

Adakah ini juga 'menghasut', polis?

Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

Setakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.

Datuk Ambiga Sreenevasan

Bekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.

Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Terdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.

Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.- Malaysiakini


PANAS: Gambar-gambar Umno Melaka yang bacul...

Posted: 08 Sep 2012 04:17 AM PDT

Bas Merdeka Rakyat disimbah cat lagi, Pemuda Umno sah terlibat

JASIN: Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.

Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.

"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.


Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.

Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.

Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.

 
 
 
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.- KD


Safee Sali? PKR jangan dok perasan laa...

Posted: 08 Sep 2012 03:30 AM PDT

Tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara Safee Sali menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR.

Safee Sali bebas sokong mana-mana parti politik

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.
"Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali. 
"Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru , atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan", katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, "itu kena tanya dia sendiri."

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemuai peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu.- FMT
P/S: Pada para pendokong Pakatan Rakyat khususnya PKR, tolong jangan dok perasan laa... Kena terima hakikat, tak ramai orang yang sanggup melawan arus terutama bila bersangkut bab-bab cari makan neh... JANGAN DOK PERASAN TERLEBIH kata sorang lagi susuk femes nak join korang, okey!!!


Nenek 108 tahun minta PM bubar Parlimen segera

Posted: 08 Sep 2012 01:36 AM PDT

Halimah memperkatakan sesuatu kepada Pengarah Strategik Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan di rumahnya di Kampung Paya Balai Besar, Dungun.

DUNGUN – Seorang wanita berusia 108 tahun meminta Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera bubarkan Parlimen bagi membolehkan dia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di sini berkata, dia bimbang jika Perdana Menteri lewat mengadakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang untuk mengundi.
"Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan," katanya.
Halimah, yang dilahirkan pada 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit itu berkata, dia tidak ingat bila dia mula mengundi.
"Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan," katanya.
Meskipun matanya kabur dan sering sakit, Halimah masih tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.
"Sejak dulu lagi, kalau tak dapat berjalan ke tempat mengundi, ada kereta datang ambil di rumah. Yang penting, nenek tahu di mana tempat nak pangkah. Kertas undi masih boleh nampak," katanya.
Halimah dikesan Umno Bahagian Dungun melalui semakan daftar pemilih dengan kerjasama Sekretariat Teknologi Maklumat Daftar Pemilih Umno Negeri.

Dia menarik perhatian kerana bakal menjadi pengundi tertua di kawasan Parlimen Dungun dan besar mungkin, yang tertua di Malaysia.- SH


Buang habih, last-last tinggai dua orang depa jaa...

Posted: 08 Sep 2012 12:07 AM PDT

Umno Akan Singkir Anggota Sabotaj Parti - Muhyiddin

MUAR: Mana-mana anggota atau pemimpin Umno yang didapati bertindak mensabotaj calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan disingkir daripada parti.

Amaran keras itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama terhadap mereka yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon.
"Dalam pilihan raya akan datang kalau dia sabotaj, kita akan singkir dia keluar daripada parti, kita tidak perlukan orang sebegini, minta maaf..." 
"Presiden pun telah bersetuju, kami tidak memerlukan orang yang mensabotaj calon kerana kalau kalah calon, kalahlah kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bakri di sini Sabtu.- mStar


Dunia heboh gelakkan kita pasai kes neh...

Posted: 07 Sep 2012 11:58 PM PDT

Penahanan mereka adalah perbuatan menghina Sang Saka Malaya. Bendera bersejarah ini telah menjadi sebahagian dari proses menuntut kemerdekaan...

Dua pemuda kibar Sang Saka Malaya serah diri

KUALA LUMPUR: Dua pemuda yang disyaki mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos telah menyerah diri.

Mereka berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada waktu tengahari tadi.

Zairi Shafa'ai dan Muhammad Nasir Abu Bakar diwakili peguam Haijan Omar dan Afiq M Noor dari kumpulan aktivis peguam Lawyers for Liberty.

Menurut Haijan mereka berdua sedang melalui proses tangkapan.
"Kami hanya akan memberi bantuan ketika mereka disoal siasat," kata Haijan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Aziz Zakaria, kedua – dua pemuda berusia 24 tahun itu ditahan di bawah seksyen 9 (1) (a) Akta Hasutan.- FMT


KANTOI LAGI: Kuat wayang betoi la BABUN neh...

Posted: 07 Sep 2012 08:52 PM PDT

Nampak macam serius...

Kahkahkah...
Kuat wayang betoi la Umno BABUN neh...
Kena cat ciput camtu pun nak heboh ka?

Kahkahkah...

Kalau nak tipu pun biaq la REAL skit...
Bukan kena baling cat macam kena taik burung jaa...
Kasi pecah itu cermin ka...
Kasi cat satu lori ka...
Errrr... cat tukar kaler skit, jangan tiru PKR...

Kahkahkah...

Nak tau pasai aku kata depa ni kaki kelentong?

Tapi gambaq yang ni sengeh sampai telinga... hehe...

BUAT LA MUKA BABUN LAPAQ SIKIT...
BAGI LA SERIUS SIKIT...
TAK LA NAMPAK MACAM BERLAKON...

Kahkahkah...

UMNGOK MEMANG SELALU KANTOI...
WAKAKA... FB


Aiikk!!! Tak dak kasut terbang la plak? hehe...

Posted: 07 Sep 2012 05:45 PM PDT

Tazkirah bersama Anwar Ibrahim di Seremban Selatan...

Alhamdulillah... tak dak apa-apa perkara yang tak diingini berlaku...
Semoga segalanya selamat...
Maklumlah, bukannya aman sangat Malaysia ni kan?
Dalam masjid pun kasut boleh terbang... hehe...

- FB


Tiada ulasan: