Jumaat, 7 September 2012

shalehudin

shalehudin


ROSAK budak Anwar yang sekoq neh...

Posted: 07 Sep 2012 08:55 AM PDT

Anwar sendiri simbah cat kearah bas Merdeka Rakyat kata Roslan Kassim - ASD

Ini adalah cubaan Kata Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim untuk memperbodohkan golongan muda di negara ini..

Katanya bas yang disimbah cat ini adalah angkara Anwar sendiri untuk menagih simpati dari golongan muda terhadapnya.. macam kes mata Anwar lebam dulu kot??


**************************************
Pembangkang akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan simpati daripada rakyat ketika tarikh pilihan raya umum ke 13 semakin akhir kerana mereka beranggapan pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka merampas Putrajaya. 
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan bas yang disimbah cat itu sebagai kenderaan konvoi jelajah pembangkang adalah strategi untuk menagih simpati
"Itulah politik Anwar, beliau akan menggunakan apa sahaja untuk mendapat simpati, selain itu untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pemerintah terutama UMNO, strategi sebegini bukanlah perkara baru kepada Anwar, telah digunakan sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan UMNO dahulu. 
"Imbas kembali apa yang tidak dilakukan oleh Anwar ketika dipecat, berlakon menggunakan kerusi roda, mendakwa ada pihak yang cuba meracunnya dan pellbagai lagi yang dilakukannya untuk mendapatkan simpati supaya menyokongnya. 
"Dengan menggunakan bas yang disimbah cat itu, Anwar berharap rakyat akan simpati kepadanya dan rakyat akan menuduh penyokong UMNO dan Barisan Nasional bertindak ganas, Anwar pakar dalam membuat persepsi dan spekulasi," katanya 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar dan pembangkang yang menggunakan bas yang disimbah cat untuk konvoi jelajah pembangkang ke seluruh negara. 
Menurut Roslan, pembangkang sudah ketandusan idea berikutan kegagalannya mentadbir negeri yang diperintah sejak pilihan raya lalu dan bagi menutup kelemahan itu mereka terpaksa menggunakan taktik lain yang dirasakan boleh memberi undi pada pilihan raya nanti. 
"Ramai di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pengundi buat pertama kali tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar, golongan ini menjadi sasaran kepada pembangkang untuk mendapatkan sokongan dan cara yang terbaik ialah mendapatkan undi simpati serta menimbulkan kebencian kepada Barisan Nasional. 
"Kepada pengundi muda, mereka diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan pembangkang itu, mereka perlu melihat apa yang sudah dilakukan pembangkang di negeri yang diperintah," katanya. 
Menurutnya, semakin hampir tarikh pilihan raya, pelbagai strategi serta kaedah akan digunakan pembangkang untuk mengelirukan rakyat, itulah cara terbaik iaitu dengan menimbulkan persepsi negatif kepada Barisan Nasional dan simpati kepada mereka. -MediaUMNO

Hoi mangkok, sapa PEMBANGKANG? Cakap bebaik skit...

Posted: 07 Sep 2012 05:55 AM PDT

Matlamat UMNO Selangor dan Kelantan sama walaupun pendekatan berbeza, kata Noh

KOTA BAHARU, 7 Sept — Umno Selangor dan Kelantan mempunyai matlamat yang sama iaitu merampas kedua-dua negeri itu dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sungguhpun pendekatan yang digunakan untuk tujuan itu berbeza.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana tidak seperti Kelantan yang sebahagian besar pengundinya Melayu, Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor pada masa yang sama tetap memberikan perhatian kepada bangsa lain.
"Di Kelantan ramai pengundinya Melayu tidak seperti Selangor yang kita pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada pengundi berbangsa lain pada pilihan raya ini.
"Selain itu yang berbeza di Kelantan, pemerintahan PAS sudah lama tetapi di Selangor pembangkang masih baru tetapi (Umno) bermatlamat sama untuk melihat BN menang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, hari ini.- TMI


Woiitt..!! Mau kena gari ka?

Posted: 07 Sep 2012 05:26 AM PDT

Dilarang membuang sampah, opppss... hehe...
Kalau bendera ni BOLEH buang...

Kahkahkah...


HARU Pak Samad, diasak Polis ngan soalan BODOH

Posted: 07 Sep 2012 02:41 AM PDT

Polis tanya Pak Samad soalan yang pihak berkuasa sudah diketahui jawapannya

KUALA LUMPUR 6 September: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata siasatan polis langsung tiada kaitan dengan tindakannya membaca puisi di Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan Khamis lalu.

Sebaliknya, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata, polis banyak bertanya mengenai hal peribadi yang tidak sepatutnya dijawab.
"Tidak ditanyakan langsung mengenai puisi. Saya fikir saya dipanggil atas sebab puisi, tapi dalam pertemuan tadi, saya langsung tidak ditanya mengenainya, soalan yang ditanya tiada kena mengena. 
"Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan itu, kecuali informasi tentang diri saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi.
Selain Pak Samad, turut memberi keterangan adalah Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah.

Mereka hadir bersama peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Pak Samad manakala Lathefaa Koya mewakili Maria.

Semalam, Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan notis untuk menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Ambiga, notis yang dihantar kepada Pak Samad adalah di bawah peruntukan Seksyen 9 (5), Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu sebagai penganjur perhimpunan.
"Bagaimanapun Pak Samad bukan penganjur dan notis telah ditarik balik. Keterangan hanya diberi di bawah Seksyen 112," katanya.
Mengulas soal siasat ke atas Maria, Latheefa berkata, anak guamnya ditanya soalan-soalan yang polis sendiri mempunyai jawapan.
"Kami tidak melihat ada nilai menarik polis memanggil Maria dan Pak Samad hanya semata-mata untuk menjawab soalan yang mereka sendiri mempunyai jawapan. 
"Ditanya mengenai sidang media pemakluman Himpunan Janji Demokrasi…sudah ada gambar, video dan mereka tahu apa yang dicakapkan pada sidang media itu," katanya.- KD


APA? 15 jam dalam tahanan? Faham-faham, hehe..

Posted: 06 Sep 2012 11:00 PM PDT

Aku pasti, permohonan maaf dia ikhlas setelah 15 jam dalam tahanan... hehe...

Gadis mohon maaf kerana pijak gambar PM

Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian.
"Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.- Malaysiakini


TERHOT: Pembongakaran tentang Bill Gates

Posted: 06 Sep 2012 10:32 PM PDT

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Bill Gates Dan Duitnya | Siapa Bill Gates? ok, Bill Gates adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya di dunia. Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya di dunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar-pencabar yang lain dengan harta dianggarkan boleh beli Malaysia dan beberapa negara asia lain.

Kalau dah kenal dengan Bill Gates, korang tahu tak fakta menarik tentang dia? Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir-fikirkan)..

Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250 tak? Apa yang korang akan buat? Kalau aku la memang tak tau nak buat apa. Makan tidur, shopping, belanja kawan-kawan, pergi melancong, pergi tempat-tempat yang best dan macam-macam lagi la yang aku akan buat time muda-muda nih.

Ok, Straight to the point. Jangan buang masa. Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.

1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

8. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

9. Akan tetap, jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun! -boyzonne


Aku punya paksa diri la nak percaya BERITA neh...

Posted: 06 Sep 2012 09:12 PM PDT

Aku nak tanya provokasi yang dibuat oleh PERKASA dan laporan-laporan yang dibuat yang lepas-lepas tuh... dah sudah atau belum diambil tindakan...?

Polis nafi pilih kasih siasat insiden gambar PM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.
"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.
Semalam, seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditangkap kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri minggu lalu.

Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas percakapannya dirakam polis.

'Isu lambat bertindak tak timbul'

Polis kemudian meminta orang ramai mengenal pasti sepuluh individu lain yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden tunjuk punggung itu.

Dua daripada mereka, seorang model sambilan dan seorang pelajar kolej menyerah diri selepas gambar mereka tersiar.- Malaysiakini


Kantoi Lagi: Bernama Kena Jawap le...!!!!

Posted: 06 Sep 2012 06:38 PM PDT


Boss Bernama Kena Jawap Nie...!!!

Ambil faedah dari artikel neh... [BACA]

Posted: 06 Sep 2012 06:37 PM PDT

Perihal Abby Abadi dan ulama muda

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.


Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato' Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.


Ni baru betoi janji di capati... [TENGOK]

Posted: 06 Sep 2012 12:00 PM PDT

Kerajaan cari kaedah bantu pekebun kecil getah dan sawit: Shafie Apdal

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk membantu pekebun kecil getah dan kelapa sawit yang kini berdepan krisis penurunan harga komoditi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk tujuan itu.
"Mesyuarat Kabinet semalam kita ada bincang mengenai keadaan harga getah dan sawit yang turun sejak kebelakangan ini dan keputusan yang diambil adalah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencari penyelesaian membantu pekebun kecil ini," katanya, di sini, hari ini.
Beliau yang ditemui pada majlis Hari Raya RISDA 2012 berkata, RISDA juga akan membantu dengan mewujudkan insentif bagi meringankan beban pekebun kecil.
"Sekarang ini kita sudah kenal pasti baja, latihan dan benih yang secara percuma kita berikan kepada mereka dan langkah ini kita akan lihat dengan lebih serius lagi pada masa depan sekiranya mampu," katanya.
Katanya, komponen baja adalah 30 peratus daripada kos yang terpaksa ditanggung pekebun.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, RISDA tidak mengabaikan nasib kira-kira 15 peratus pekebun kecil yang mengusahakan tanaman secara persendirian.
"Mereka akan dibimbing untuk meningkatkan hasil tanaman sekali gus melonjakkan pendapatan," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: