Selasa, 4 September 2012

shalehudin

shalehudin


Stetmen yang patut dijawab dengan TERAJANG

Posted: 04 Sep 2012 09:00 AM PDT

PERKASA MINTAK BUKTI YANG KES SERANG MASJID BUKAN KERJA MEREKA!

Cer tengok tulisan gambar di baju pengacau dalam kes serang dalam masjid ... Apakah dia yang tertulis kat baju tue...

A: PERKESO
B: PERKOSA
C: PERKASA
D: PERKASAM

Apa jawapan anda?

Kahkahkah...


Ni bukan PIJAK gambaq Piem... haha...

Posted: 04 Sep 2012 08:35 AM PDT

Paling bangang bila marah gambar Piem kena pijak...
Yang rezab-rezab melayu tergadai... tak marah...
Yang duit kena seleweng... tak marah...
Senyum poyo je!!!!

Memang dasar pencacai... haktuiii...

P/S : Gambaq ni bukan pijak Piem tapi TV mamat ni rosak... Tu yang dia tendang TV dia.... biasalah pakai TV China memanglah senang rosak......kuikuikui.... FB


PANAS: PKR edar muka-muka penyerang masjid

Posted: 04 Sep 2012 07:00 AM PDT

SUDAH TERSEBAR!!!

Inilah muka-muka wanted penyerang masjid di Alor Setar...


PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.
"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya. 
"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi. 
Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.

Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.

Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.
"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka. 
"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya. 
Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.
"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara. 
"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi. 
Sidang media itu turut ditayangkan bersama bukti rakaman video kekecohan yang berlaku berdurasi 20 minit.


Selangor: Pi mai2 Pakatan Rakyat jugak nanti kena

Posted: 04 Sep 2012 04:30 AM PDT

MB: Exco akan bincang isu undang Sultan S'gor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata isu berhubung undangan kepada Sultan Selangor ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri pada 30 Ogos lalu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan kerana beliau ingin mendapatkan pandangan semua pihak berhubung undangan kepada Sultan Selangor ke majlis sambutan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam itu.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor itu dijangka akan memberi pandangan dalam mesyuarat tersebut, kata Khalid lagi.
"Isu mengenai itu (ditangani) bahawa satu jawatankuasa bertindak. Jadi esok dalam (mesyuarat) exco kita akan bincangkan perkara tersebut. 
"Saya percaya setiausaha kerajaan negeri mempunyai jawapan-jawapan dan pandangan mereka tentang perkara itu. 
"Jadi saya kena beri peluang untuk mereka menerangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan," katanya lagi kepada pemberita dalam satu majlis sambutan Hari Raya di Shah Alam hari ini.
Khalid berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan Selangor akan meminta maaf kepada Sultan Selangor berhubung perkara itu.- Malaysiakini


WAJIB TONTON: Ust Azhar naik Ferrari...

Posted: 04 Sep 2012 03:25 AM PDT


Fuyoo...!!!
Ust Azhar dah jadi Abang mancho naik Ferrari....
Caya lah Ustaz...


ROSMAH tolong jawab! Gila publisiti ka hapa hang neh!

Posted: 04 Sep 2012 01:41 AM PDT

Kesian kat bangsa Umno...
Jadi bengong habih, sejak DULU... KINI dan SELAMANYA...

Mana ada dalam sejarah Umno...
Tak pernah jumpak pun sebelum neh...
Bila ada perasmian atau apa-apa function parti Umno...

Gambaq PM digandingkan dengan bini PM,,,

Kahkahkah...

Selalunya gambaq PM dengan Pengerusi Perhubungan Negeri ja... ataupun ngan ketua-ketua bahagian ja...

Kahkahkah...

NAMPAK SANGAT DIA NI GILA PUBLISITI...
DENGAR KATA RAMAI YANG KECIK HATI GAMBAQ DEPA TAKDAK KAT BANNER...
ASYIK2 GAMBAQ MAK MAH....

Kahkahkah...
FB


HOT: Ni sebabnya bibir merah Najib menjadi putih...

Posted: 03 Sep 2012 07:14 PM PDT


Ini berita PANAS...
PANAS MENDIDIH BEB...
Berita yang boleh membuatkan rambut Rosmah tak kembang lagi...
Berita yang boleh membuatkan bibir merah Najib jadi putih...

NAJIB MENGHADAPI PENENTANGAN DARI DALAM... hehe...
POSTER INI DIEDARKAN DISURAU-SURAU DI JOHOR...  kahkahkah...
UMNO JOHOR SUDAH BERGOLAK... kikiki...
DULU HANG JATUHKAN PAK LAH... haha...
LA NI HANG PULAK TERIMA PADAH... kahkahkah....

BAGUS-BAGUS....
GADUH DAN REBUTLAH SESAMA SENDIRI... kikiki...

P/S : SATU POLITICAL MILLAGE UNTUK PAKATAN RAKYAT .... PETANDA UMNO SEMAKIN TENAT ....... YABEDABEDUUUUUUU...... FB


Jangan menitiskan airmata kerana video neh...

Posted: 03 Sep 2012 05:44 PM PDT

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun...
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ya Allah.... Ampunkan aku dan hamba hambaMu yang sering melakukan kekhilafan...
Yang sering mungkir janji denganMu...


Tiada ulasan: