shalehudin |
- Fitnah jahat CACAI Umno terjawab, baca sendiri penjelasan mereka
- TERKINI: Ahli Perkasa cuba ceroboh Masjid, serang Anwar
- Aduss, malunya jadi bangsa Umno, dah TUA pun kena kencing ka?
- TAKKAN Rosmah lebih besar dari Agong? Kahkahkah...
- Sultan Selangor PERLI peserta Bersih... haha... [BACA]
- LAWAK PRU: Najib buat SUSPEN benda yang dah tak suspen... kahkahkah...
- PANAS: Darah babi dalam puntung rokok [SEBARKAN]
- BANGANG: Benda camni pun Umno nak EMO ka? Kahkahkah...
- Alamak!! Sultan Selangor dah bikin PANAS daa...
- BANGANG Melantun-lantun, kan dah kantoi...
- BONGKAR: Osama tak bersenjata ketika dibunuh
- Terbaek dari Pak Samad [TENGOK]
Fitnah jahat CACAI Umno terjawab, baca sendiri penjelasan mereka Posted: 02 Sep 2012 09:52 AM PDT Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya? Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British. Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme. Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar. Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948. Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini. ~ Singaselatan |
TERKINI: Ahli Perkasa cuba ceroboh Masjid, serang Anwar Posted: 02 Sep 2012 08:10 AM PDT Terkini dari twitter mediarakyat... Ahli2 Perkasa cuba ceroboh masjid, baling kasut yang hampir2 mengenai sdr Mahfuz Omar... Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah... Mana Polis, mana menteri jaga KDN punya komen? Terkini dari KEDAH.... Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah. - Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah. - Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan. - Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan w/pun lampu masjid & speaker dipadamkan P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya... |
Aduss, malunya jadi bangsa Umno, dah TUA pun kena kencing ka? Posted: 02 Sep 2012 05:41 AM PDT Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais? KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini. Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu "kini masa balas budi" dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam. Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli. Sebagai contoh, tweet berbunyi "Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak" telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun. Jika anda tidak percaya – cuba lakukan search "Selamatkan malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa dpan cucu kami" dan saksikan sendiri berapa "rakyat" Malaysia yang menaip benda yang sama pada masa yang sama. Begitu juga tweet yang berbunyi - "Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 terbaik". Lihat juga berapa "orang" yang pada masa yang sama sedang menikmati mee kari di Queensbay Mall Pulau Pinang sambil menghantar tweet #Merdeka55 dengan melakukan search ini: "Eating mee curry in Queensbay at the foodcourt and "Keranamu Malaysia" song being played" Lebih kelakar lagi, apabila mesej sedemikian diulang oleh akaun Najib sendiri (lihat gambar bawah sekali). Bernama semalam melaporkan bahawa Rais menyatakan bahawa sejumlah 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. Lebih menakjubkan, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu kata laman berita itu, telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Ketika para pengguna Twitter menyindir penggunaan bots untuk #Merdeka55, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula seolah-olah mengaku dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita bahawa 'bots' yang sedang menghantar tweet #Merdeka55. Tulis Khairy, "Disappointing news about some of the bots' tweeting. But even without that #Merdeka55 was great. Well done to all who took part!" tulis beliau. (Kecewa dengan berita bahawa bots yang sedang menghantar tweet. Tapi tanpa itu juga, #Merdeka55 adalah hebat. Tahniah kepada semua yang menyertai.) Sementara itu, seorang pengguna Twitter Aisehman berkata tanpa menggunakan bots sebenarnya matlamat Najib untuk mencapai 1 juta tweet yang sahih mudah dicapai. "Sungguh kesian. Ini idea siapa?" tanya beliau. Mungkin Rais ada jawapannya seperti logo, slogan dan lirik Merdeka yang penuh kontroversi sebelum ini. Sementara itu, menurut Malaysiakini firma kajian Twitter Politweet.org berkata sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bots – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu, katanya adalah melalui sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna sempena sambutan Merdeka semalam. Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck, yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," tambahnya. |
TAKKAN Rosmah lebih besar dari Agong? Kahkahkah... Posted: 02 Sep 2012 04:40 AM PDT KENAPA HIMPUNAN MERDEKA 55 'JANJI DITEPATI' DI BUKIT JALIL TIDAK JEMPUT YDP AGONG ? Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka. Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN langsung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam. Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain. Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong? BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab.. Kelab Greenboc |
Sultan Selangor PERLI peserta Bersih... haha... [BACA] Posted: 02 Sep 2012 02:56 AM PDT Jemaah Haji Jangan Berdemo - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri Selangor yang akan mengerjakan ibadah haji dan umrah tahun ini agar tidak berdemonstrasi semasa berada di Makkah dan Madinah. Baginda bertitah tindakan seperti itu akan menjejaskan nama baik rakyat Malaysia serta hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. "Beta tidak berkenan rakyat negeri Selangor yang pergi menunaikan haji atau umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi," titah baginda pada Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Musim Haji Tahun 1433H/2012 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.Sultan Sharafuddin bertitah mereka yang akan ke Makkah dan Madinah harus menumpukan niat hanya untuk beribadah dan bukan bertujuan lain. "Beta juga ingin menasihatkan bakal haji supaya menjaga nama baik negeri Selangor dan Malaysia yang sememangnya dikenali oleh pemimpin Arab sebagai negara yang mempunyai jemaah haji yang berdisiplin dan terbaik. "Ikutlah segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi di musim haji supaya segala urusan dapat dipermudah dan berjalan lancar," titah baginda.Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada bakal haji yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah kerana masih ramai yang telah berdaftar tetapi belum berpeluang menunaikan haji. Sultan Sharafuddin bertitah bakal haji juga perlu mengambil berat tentang aspek penjagaan kesihatan sepanjang berada di tanah suci. Seramai 4,500 jemaah haji musim ini merupakan dari Selangor termasuk tiga yang dikurniakan oleh baginda iaitu Samunar Hamdan, 54, Yahya Ahmad, 67 dan Tamrin Johari, 65. Lima orang lagi ditaja oleh Tabung Datuk Diraja dan Kerabat Diraja Selangor manakala tiga yang lain oleh Majlis Agama Islam Selangor. BERNAMA |
LAWAK PRU: Najib buat SUSPEN benda yang dah tak suspen... kahkahkah... Posted: 02 Sep 2012 12:32 AM PDT PM Beri Petunjuk PRU November SANDAKAN: Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada November depan. Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubungkait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara. Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun. Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan. "Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik," kata kepada penyokong parti namun tidak menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan November untuk mengadakan pilihan raya.Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perasmian bersama lima bahagian Umno Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Libaran di sini pada Ahad.- mStar p/s: Dah macam tok bomoh nombot ekoq dah aku tengok... kahkahkah... |
PANAS: Darah babi dalam puntung rokok [SEBARKAN] Posted: 01 Sep 2012 11:44 PM PDT |
BANGANG: Benda camni pun Umno nak EMO ka? Kahkahkah... Posted: 01 Sep 2012 11:00 PM PDT ARI TU AKU ADA POST PASAL NI PAIP NI,. MUNGKIN SBB NAJIB TERASA , PIHAK UMNO MEMADAMKAN TULISAN TU .. MENDA2 MCM NI PUN NK EMO ,, BODO LA UMNO NEH.. WEKEKEKEKEEK - FB |
Alamak!! Sultan Selangor dah bikin PANAS daa... Posted: 01 Sep 2012 09:02 PM PDT Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu. Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri. "Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi. "Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam bukanlah satu tindakan yang mengejutkan. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor. "Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan. Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN. "Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. "Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan. "Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu. "Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda. Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu.- TMI |
BANGANG Melantun-lantun, kan dah kantoi... Posted: 01 Sep 2012 07:59 PM PDT Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot? Tengok bawah ni untuk berita berkaitan.... ********************************************** Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi. Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan. Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck. TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya. Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.- Malaysiakini |
BONGKAR: Osama tak bersenjata ketika dibunuh Posted: 01 Sep 2012 03:45 PM PDT WASHINGTON: Pendedahan terperinci mengenai serbuan komando elit Tentera Laut AS ke atas Osama bin Laden menunjukkan ketua al-Qaeda itu tidak bersenjata ketika ditembak mati. Malah, maklumat terbaru menyatakan, Osama sudah meninggal dunia ketika tentera terbabit menyerbu biliknya di Abbottabad, Pakistan. Maklumat itu terkandung dalam buku No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden yang dihasilkan penulis misteri - menggunakan nama samaran Mark Owen. Owen mendakwa dia adalah seorang daripada anggota komando yang melihat Osama terbunuh dalam serbuan Mei tahun lalu. Osama dikatakan ditembak di kepalanya ketika dia menjenguk keluar melalui tingkap bilik tidurnya. Menurut penulis buku itu, misi berkenaan berlangsung tidak seperti didedahkan pihak berkuasa kepada umum. "Skuad elit nampak Osama ketika dia bersembunyi di bilik tidurnya dan mereka menaiki tangga memburunya ke tingkat tiga. "Kami berada kurang dari lima langkah untuk ke atas apabila saya terdengar tembakan. "Dari kedudukan saya, tidak dapat dipastikan tembakan itu mengena sasaran atau tidak dan Osama menghilang ke bilik gelap," katanya. Ketika pelbagai media mendakwa Osama bersenjata dan enggan menyerah, Owen mendakwa, ketua al-Qaeda itu tidak lagi bernyawa ketika dia tiba di bilik berkenaan. "Osama terbaring nazak dan kami mengarahkan laser senjata ke dadanya sebelum melepaskan beberapa das tembakan sehingga dia tidak lagi bergerak," katanya. Dua senjata api ditemui di bilik berkenaan tetapi tiada satu pun berisi peluru. "Dia tidak bersedia mempertahankan diri dan tiada niat untuk melawan," katanya. - DM |
Terbaek dari Pak Samad [TENGOK] Posted: 01 Sep 2012 02:45 PM PDT Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera, kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita! Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang; dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati -- menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi! Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran; di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan. Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi. Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!" sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri! Pak Samad 28 Ogos 2012 |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan