shalehudin |
- Ada skandal baru rupanya depa neh...
- TERHOT: LYNAS belum operasi, dah ada lembu Malaysia tak bertanduk?
- PERHATIAN: Tolong jawab soklan ni sat...
- NI semua punca Najib kena tidoq luaq... hehe...
- MAI TENGOK: Rambut Rosmah takkan sekembang dulu
- PANAS: Anak Ibrahim Katak Pun Melompat Jugak...
- JOM boikot nasik kandar MAMAK KIMMA neh...
- PANAS: Penerbit filem tak menyesal hina Islam
- PENTING: Untuk perhatian segera pimpinan PR
Ada skandal baru rupanya depa neh... Posted: 16 Sep 2012 09:00 AM PDT RM200,000 dari geran bantuan Pertubuhan Kebajikan diseleweng pemimpin BN.. Setelah berbagai penyelewengan yang melibatkan Najib dan pentadbirannya terdedah kini kita akan melihat satu lagi salahguna dana kerajaan oleh pentadbiran Najib.. Insyaallah.. Yang menarik kali ini ialah, sifat haram jadah benar-benar jelas kelihatan dalam pemimpin-pemimpin UMNO/BN dimana RM200,000 dari RM500,000 Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan diseleweng oleh beberapa pemimpin BN. Aku ulang.. Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan.. Jika sebelum ini kita sering mendengar jumlah komisyen yang perlu dibayar hanyalah sekitar 10 hingga 30%.. kini jimlah tersebut telah meningkat menjadi 40%.. ASD ******************************************* che'Gubard semalam (12 September 2012) telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'. Set dokumen ini mengandungi : • Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000. • Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan • Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan. • Dilampirkan juga penyata kira - kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini. • Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri. • Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa. Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che'GuBard di N.Tebal, P.Pinang. Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini. Persoalanya : • Pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ? • Siapa pemimpin Bn yang disebut ? • Syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ? Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya. Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini. Sekian che'GuBard Penyelaras SAMM Kebangsaan |
TERHOT: LYNAS belum operasi, dah ada lembu Malaysia tak bertanduk? Posted: 16 Sep 2012 08:25 AM PDT Polis dilihat lebih menyebelahi Umno dari rakyat terbanyak... Rakyat memerhatikan tindak tanduk PDRM neh bias dan berat sebelah... Dimanakah sifat tanggungjawab anggota-anggota polis yang mengawal keselamatan dalam negeri. Adakah gaji dan elaun semua kakikatangan polis tu dibayar dari duit kocek tabung UMNO? |
PERHATIAN: Tolong jawab soklan ni sat... Posted: 16 Sep 2012 06:21 AM PDT Apakah pekerjaan sebenar anak Pak Hussein kat atas neh... a) Jadi jaga di LHDN b) Budak lepasan PLKN c) Menteri KDN d) Mop lantai di IJN Jawab... jawab... Kahkahkah... Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat. "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepadaMalaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang. "Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak. "Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini. Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu 'Kena tanya orang Johor sendiri' Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu. "Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas. "Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak. "Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.- Malaysiakini |
NI semua punca Najib kena tidoq luaq... hehe... Posted: 16 Sep 2012 12:00 AM PDT UMNO MAKIN RESAH!!! 5 bekas pegawai kanan kerajaan, 5 lagenda bola sertai PAS di Himpunan Hijau MACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS. Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan. Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof. Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan. "Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen. "Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas," katanya pada majlis berkenaan.Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini. Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah. "Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran," katanya.Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut. Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua. Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput. Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh. Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk. Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk. Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya. Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya. "Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain. "Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi. "Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.- PASPB |
MAI TENGOK: Rambut Rosmah takkan sekembang dulu Posted: 15 Sep 2012 10:24 PM PDT TERKINI!!! Tan Sri Ibrahim Menudin keluar UMNO sertai PKR LABUAN 15 Sept: Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN. Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini. Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat. Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo. Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007. Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979. Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah. Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001. Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009 ~ KeadilanDaily Sebelum itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.Sumber gambar dari (SINI) |
PANAS: Anak Ibrahim Katak Pun Melompat Jugak... Posted: 15 Sep 2012 08:33 PM PDT Naib Presiden Perkasa sertai KEADILAN, BN Sabah kian goyah TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama. Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah. Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah. Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah. Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama. Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999. Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.- KD |
JOM boikot nasik kandar MAMAK KIMMA neh... Posted: 15 Sep 2012 06:06 PM PDT Kimma bantu BN rampas Pulau Pinang Chang Yeow (dua, kiri) menyampaikan sijil kepada peserta mengikuti kursus Simulasi PRU-13. GEORGETOWN - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) akan membantu Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menawan kembali kepimpinan negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang. Presiden Kebangsaan Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, Kerajaan PR telah melepaskan peluang diberikan rakyat pada pilihan raya umum 2008. "Banyak janji manis dibuat PR kepada rakyat, tetapi mereka gagal untuk menunaikan janji itu. "Terdapat banyak kelemahan dalam kepimpinan PR, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa untuk membaiki kelemahan mereka sepanjang memerintah," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Konvensyen Kimma Negeri Pulau Pinang, di Dewan Parti Gerakan, di sini, semalam.Lebih 300 ahli Kimma menghadiri Konvensyen itu yang dirasmikan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow. Ibrahim berkata, walaupun BN mempunyai 14 parti komponen dengan agenda masing-masing, namun mereka tetap ada persefahaman dengan pucuk kepimpinan utama yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Bagaimanapun, perpaduan dan kesatuan itu tidak terserlah dalam PR. Oleh itu, saya meminta ahli Kimma untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini," katanya.Sementara itu, Chang Yeow berkata, tidak mustahil untuk merampas Pulau Pinang daripada tangan PR sekiranya Kimma bekerjasama dengan semua komponen partinya dan penyokong BN. "Kita minta jasa Kimma agar turun padang bersama BN mengadakan lawatan dari rumah ke rumah," katanya.- SH |
PANAS: Penerbit filem tak menyesal hina Islam Posted: 15 Sep 2012 03:57 PM PDT Penerbit filem tak menyesal hina Islam Rakyat Afghanistan di Kabul, membakar bendera Amerika sebagai tanda protes menentang filem menghina Islam dan Nabi Muhammad, semalam. Amman: Penerbit filem menghina Islam yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia Arab dan beberapa negara Islam lain berkata, beliau tidak menyesal menghasilkan filem itu. "Tidak, saya tidak menyesal. Saya sedih dengan pembunuhan duta tetapi saya tidak menyesal menghasilkannya," kata Nakoula Basseley Nakoula, penganut Kristian Koptik Mesir, berusia 55 tahun yang menetap di California, memberitahu Radio Sawa yang berbahasa Arab. Beliau merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi pegawai lain dalam serangan ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang dilaporkan dilancarkan penduduk tempatan yang marah dengan penghasilan filem Innocence of Muslims. "Saya yang membocorkan selingan selama 14 minit dan menyiarkannya di internet dan saya memikirkan untuk menerbitkan filem penuh. Tiada siapa dapat memanipulasi filem saya," katanya. Demonstrasi turut berlaku di Amritsar dengan sebahagian India Muslim menjerit slogan anti-Amerika. Nakoula mengaku bocorkan selingan di internet Rasa bersalah Ditanya jika beliau berasa bersalah dengan keganasan yang disasarkan ke atas warga Amerika, Nakoula berkata: "Ya! saya rasa bersalah. Amerika tiada kena mengena dengan subjek ini dan berdepan akibat filem yang tiada kena mengena dengan mereka." Selepas Mesir, Yaman dan Libya, bantahan merebak ke seluruh Asia Barat dan negara lain termasuk Bangladesh, Iran, Iraq, Israel dan Semenanjung Gaza, Kuwait, Sudan dan Tunisia. Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Britain dan Jerman di Khartoum, Sudan sebelum membakarnya dan menyebabkan kerosakan teruk. Mereka juga menyekat jalan bagi menghalang anggota bomba daripada memasuki kawasan berkenaan untuk memadamkan api, menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata. Bakar bendera Amerika Beribu-ribu lagi penduduk Islam Kashmir membakar bendera Amerika sambil menggelarkan Presiden Barack Obama sebagai 'pengganas', manakala seorang ulama kerajaan mendesak warga Amerika, segera meninggalkan wilayah berkenaan. Di Bangladesh, lebih 5,000 penduduk berarak di jalan raya Dhaka selepas solat Jumaat, membakar bendera Amerika dan Israel sambil menggesa penerbit filem dibunuh. "Saya menerbitkan buku pada tahun 1994 mengenai Islam dan ia mengagumkan pihak tertentu yang bertanya sama ada saya boleh menghasilkan filem berdasarkan buku itu dan ini apa yang saya buat," katanya. - AFP |
PENTING: Untuk perhatian segera pimpinan PR Posted: 15 Sep 2012 12:00 PM PDT Rakyat dirasuk projek mee segera BERMULA dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM, diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi. Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan. Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju. Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa. Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya. Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah. Sebagai seorang aktivis OKU dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu. "Oh, dulu mana ada macam ni, dapat ini, dapat itu.." itulah antara kata-kata biasa didengari dalam kalangan masyarakat, meski pun ramai juga yang faham helah politik. Bagi saya rakyat yang teruja dengan pemberian tersebut didapati kurang arif tentang helah politik. Mereka tidak pernah faham di sebalik pelbagai pemberian, berlaku ketirisan wang negara dan kekurangan peruntukan dialami pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. Pada mereka, hadiah seperti itu seolah-olah amalan biasa dan tiada salah. "Ada apa masalah kita dapat kerja kongsikan ramai-ramai," itu antara justifikasi yang biasa didengar bagi penggemar amalan rasuah. Berdasar senario inilah, saya penuh yakin akan ada seribu macam lagi agihan, bantuan dan hadiah yang akan diberikan semakin hampir tarikh pilihanraya. Lihatlah nanti pembentangan Bajet 2013. Jika kita perhatikan, antara golongan yang masih belum menerima sebarang bantuan istimewa khusus termasuk golongan kurang upaya (OKU). 361,000 OKU Dengan jumlah OKU yang berdaftar sebanyak 361,000 orang sekarang, tentunya mereka juga ada kuasa sebagai pemutus demokrasi. Dalam suasana inilah saya merasakan tempoh parlimen yang berbaki akan dimanfatkan sebaiknya sama ada BN atau PR. Pilihanraya tidak akan segera diadakan sebelum setiap segmen masyarakat disantuni sebagaimana pernah berlaku sebelum ini. Jika ditinjau asakan demi asakan di pelbagai media termasuklah di Harakah tentang isu membabitkan OKU, ia menguatkan lagi keyakinan bahawa pimpinan BN tidak akan berdiam diri. Bermula isu jambatan udara membabitkan pengguna kerusi roda di lapangan-lapangan terbang, isu tangkapan sombrono OKU dalam penguatkuasaan Akta Orang Papa 1977, penyerahan memorandum OKU Bangkit melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Isu kemudahan-kemudahan untuk OKU di tempat awam termasuk di masjid, diskriminasi kerajaan terhadap ahli-ahli sukan paralimpik dan terbaru isu agihan zakat kepada individu dan NGO OKU. Nah di sinilah kesediaan jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan kepada rakyat. Apatah lagi PAS sebagai parti bertunjangkan Islam. Semoga seluruh petugas Pakatan Rakyat sedar, selain serangan terhadap BN, usaha mendekati rakyat perlu dilipatgandakan. Demikian juga kesiapsiagaan program mengisi kemenangan mesti didedahkan agar rakyat lebih yakin dan bersedia untuk bersama PR dalam pilihanraya ke-13. Buku Jingga dan Agenda Wanita Malaysia sudah memperlihatkan bayangannya. Hanya masa menanti apa yang akan dikota.- Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan