Senyum Tangis Sendu |
Video Lawak: Speaker (UMNO) Melaka Kutuk UMNO Posted: 21 Sep 2012 06:00 PM PDT SANG SAKA BANGSA Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO? Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu? UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu? |
Posted: 21 Sep 2012 04:30 PM PDT PARIS: Sebuah majalah Perancis semalam menyiarkan karikatur provokasi, menunjukkan Nabi Muhammad berbogel. Ia sudah pasti menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam selepas bantahan terhadap sebuah filem anti-Islam yang diterbitkan di Amerika Syarikat, (AS). Lebih 30 orang terbunuh dalam serangan atau tunjuk perasaan ganas terhadap filem 'Innocence of Muslims', termasuk 12 orang dalam serangan oleh seorang pengebom wanita di Afghanistan, Selasa lalu. Kebimbangan kemarahan itu merebak ke Eropah semakin meningkat semalam selepas majalah Perancis, Charlie Hebdo menyiarkan empat karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) dengan satu daripadanya menunjukkannya punggungnya terdedah. Perancis meningkatkan langkah keselamatan di kedutaannya di beberapa negara. Menteri Luarnya, Laurent Fabius mengaku beliau bimbang mengenai tindak balas yang mungkin berlaku. Kedutaan, konsulat, pusat kebudayaan dan sekolah antarabangsa Perancis di sekitar 20 negara diarah tutup esok kerana bimbang menjadi sasaran tunjuk perasaan selepas solat Jumaat. Pemimpin masyarakat Islam di Perancis mengecam majalah berkenaan tetapi akan merayu supaya kaum muslimin di negara itu bertenang. Pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang asalnya kartunis dengan menggunakan nama Charb berkata, karikatur itu akan 'mengejutkan mereka yang inginkan kekejutan.' "Kebebasan akhbar. Adakah ia satu provokasi? Saya tidak meminta masyarakat Islam membaca Charlie Hebdo, sama seperti saya tidak ke masjid untuk mendengar ceramah yang bertetangan dengan segala yang saya percaya," katanya. Tahun lalu majalah berkenaan menyiarkan edisi menghina Islam berjudul Sharia Hebdo, menyebabkan pejabatnya di Paris diserang dengan bom api. Perdana Menteri, Jean-marc Ayrault berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan karikatur berkenaan boleh membawa kes itu ke mahkamah. Beliau menyelar tindakan majalah berkenaan tetapi pada masa sama, menegaskan mengenai kebebasan bersuara yang diamalkan di Perancis. "Innocence of Muslims,' filem yang diterbitkan oleh pelampau Kristian di Amerika Syarikat dengan menggambarkan Rasulullah sebagai samseng yang gilakan wanita, mencetuskan tunjuk perasaan di 20 negara selepas trelernya disiarkan di Youtube. - AFP |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan