Khamis, 13 September 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Orang Melayu Miskin Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah Ambil Wang Kita

Posted: 13 Sep 2012 07:58 PM PDT

Konvensyen Fiqh ~ umno takut dengan bayang bayang!

Posted: 13 Sep 2012 07:55 PM PDT

Banner sudah dikeluarkan



Lokasi 
SHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan 'drastik' membatalkan tempahan auditorium dua hari sebelum Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa berlangsung, menyebabkan pihak penganjurnya, Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) berhadapan dengan dilema mencari lokasi baru.
Sumber urus setia konvensyen memberitahu Sinar Harian Online lewat malam ini bahawa pihaknya terkilan dengan keputusan itu kerana pembatalan hanya dimaklumkan oleh pengurusan UIAM sekitar 9 malam tadi.
"Kami sudah menempah tempat persidangan hampir dua bulan lalu. Tetapi tinggal dua hari, baru malam ini, kami dimaklumkan.
"Jadi kami agak terkilan dengan keputusan... nampaknya kami perlu mencari tempat lain yang sesuai, untuk menampung 800 peserta," kata sumber itu lagi.
Sinar Harian Online akan berusaha mendapatkan respons pihak pengurusan UIAM.
Keputusan pembatalan itu juga dikongsi beberapa pihak menerusi laman mikro Twitter sejak jam 10malam tadi.
Sumber itu menambah, alasan yang diberikan ialah penganjuran konvensyen ini, yang dijangka disertai oleh pembentang kertas kerja dari parti politik kerajaan yang memerintah dan pembangkang, bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Konvensyen sehari itu, anjuran bersama K-Fiqh Sdn Bhd dan Murshid, diadakan untuk mengupas isu-isu berkaitan politik menurut fiqh dan pandangan masa kini. Ia antara lain menghimpunkan  bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan  pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik.
Penganjur sebelum ini berkata, konvensyen julung kali diadakan ini, yang menyentuh politik tanah air, akan membincangkan kaedah pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan mengetengahkan konsep wasathiyah.
Menurutnya, sambutan sangat menggalakkan dan sehingga kini 800 peserta sudah sahkan kehadiran.
"Isu pilihan raya sememangnya isu hangat di dalam negara. Pihak kami menerima respons menggalakkan, sehingga masih ramai yang bertanyakan tempat dan kira-kira 200 orang lagi untuk senarai menunggu," katanya.
Berdasarkan maklum awal itu, forum di sebelah malam konvensyen tersebut, wakil pemimpin parti politik akan  turut sama dalam forum bertajuk, Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti.
Antaranya, Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi; Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli serta ahli akademik, Prof Datuk Dr Mohammad Bakar.
Puad, Dzulkefly dan Rafizi masing-masing dari Umno, Pas dan PKR.
Mengulas lanjut, sumber penganjur berkata, pihaknya akan meneruskan konvensyen sebagaimana telah dirancang.
"Oleh kerana sudah 800 orang mengesahkan kehadiran, maka kami perlu mencari lokasi yang sesuai untuk menampung mereka," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir - should Malaysians forgive and forget his misdeeds?

Posted: 13 Sep 2012 07:49 PM PDT

Mahathir - should Malaysians forgive and forget his misdeeds?As the days pass by we get to hear more muck surface. The recent revelations by PKR vice president Chua Jui Meng, alluding to Glenn Knight's confession, of how former MCA president Tan Koon Swan was made a victim of political agendas in all probability would start seeing the curtains fall on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
The rakyat (people) have all these while moaned and gripped helplessly over how the Tun's political agendas yoked the nation into its dire states today. But there was no respite in the form of independent justice. Instead we saw arrests, intimidation, political castrations, and unknown languishing in jail.
All that mattered for the Tun was the end - i.e. "I did my way". The means to that end was adamantly Machiavellian. The end simply justified his questionable and highly suspect means. No one could stand in his way. That is how powerful he became despite the Constitution guaranteeing us that our Rulers and the Law are revered.
How many capable leaders were destroyed by this ruthless man
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : 140 bayi luar nikah diselamatkan

Posted: 13 Sep 2012 07:46 PM PDT


MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah.
Katanya, daripada jumlah itu, 23 bayi diselamatkan pada 2009 dengan Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lima bayi diikuti Muar dan Kluang masing-masing empat bayi, Kota Tinggi (3) dan Segamat serta Batu Pahat masing-masing dua bayi, selebihnya di daerah lain.
"Pada tahun 2010, jumlahnya meningkat apabila 39 bayi berjaya diselamatkan iaitu Johor Bahru (10), Muar, Pontian dan Kota Tinggi masing-masing lima bayi manakala Segamat, Muar dan Kluang masing-masing empat bayi dan di Mersing pula dua bayi.
Read More / Baca Lagi >>

Misteri pengarah filem hina nabi

Posted: 13 Sep 2012 07:44 PM PDT

REUTERS
ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen semalam.


LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.
Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia adalah pengurus syarikat yang menerbitkan filem berjudul Innocence of Muslims itu.
Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas mohon hantar sisa radioaktif ke Australia

Posted: 13 Sep 2012 07:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Lynas Corporation telah memohon Australia untuk mengimport sisa radioaktif dari loji penapisan bumi kontroversi di Kuantan, walaupun Canberra mengulangi dasar menolak sisa itu daripada negara-negara lain, kata seorang diplomat Australia.
Pengatur nuklear Malaysia, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata bahawa pelombong Australia itu di sisi undang-undang telah terikat untuk membuang sisa radioaktif dari Bahan Loji Lynas (LAMP) dan menghantar pulang ke Australia di bawah syarat-syarat lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan minggu lepas.
"Lynas telah mengemukakan permohonan kepada pengawal selia, Agensi Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA), untuk mengimport bahan dari Malaysia, "kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Australia kepada The Malaysian Insider.
Kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang, 270 km dari Kuala Lumpur, 19 April, 2012. — Gambar fail Reuters
"Permohonan itu akan tertakluk kepada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan Australia, "katanya.
Tetapi jurucakap itu berkata bahawa Putrajaya dan Lynas menanggung tanggungjawab atas pelupusan sisa radioaktif dari loji penapisan bumi bernilai RM2.5 bilion itu.
"Persoalan mengenai pengurusan sisa dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Malaysia adalah perkara untuk kerajaan Malaysia dan Lynas fikirkan.
"Dasar lama kerajaan Australia adalah bahawa Australia tidak menerima sisa radioaktif negara-negara lain, "kata jurucakap yang enggan namanya disiarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Pengerang ada peluang sekali sahaja..

Posted: 13 Sep 2012 07:40 PM PDT


Himpunan Hijau, Gabungan NGO Pengerang serta beberapa NGO akan mengadakan satu himpunan 15,000 orang di Pengerang pada 30 September 2012. Tema himpunan adalah: "Himpunan Hijau: Lestari Pengerang".

Saya pernah mengatakan yang sifat isu Pengerang agak berlainan daripada isu kilang tanah jarang di Kuantan, serta isu perlombongan emas menggunakan sianida di Bukit Koman, Raub.

Sama ada  pembinaan kilang tanah jarang di Kuantan, ataupun operasi kilang perlombongan emas Australia, tiada tanah penduduk yang dirampas, penduduk di kawasan-kawasan tersebut masih boleh meneruskan aktiviti bantahan sehinggalah kilang-kilang tersebut ditutup.

Projek Refinary dan Petrokimia Pengerang pula berlainan, tanah penduduk tempatan akan diambil untuk pembangunan projek ini. Ketika penduduk dipaksa berpindah kerana tanah diambil, kawasan tersebut akan dikosongkan, kalaulah kawasan sudah tiada penghuni, macam mana perjuangan dapat diteruskan?

Pelan pengambilan tanah adalah muktamad
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Pakatan perlu tembusi sokongan masyarakat desa

Posted: 13 Sep 2012 07:40 PM PDT

SHAH ALAM 14 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cabaran kepada Wanita Pakatan Rakyat supaya mendekati golongan wanita di pedalaman, seterusnya meraih sokongan mereka.
Ketua Pembangkang itu meminta mereka menyediakan kertas kerja supaya agenda dan pelaksanaan program yang mahu diperkenal, menjadi lebih berkesan.
"Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.
"Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi terutama wanita desa," katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita jaga portfolio sendiri elak diskriminasi gender

Posted: 13 Sep 2012 07:39 PM PDT

SHAH ALAM 14 September: Bagi membela dan menjaga kepentingan hal ehwal wanita, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jawatan menteri portfolio itu mesti disandang golongan berkenaan.
"Ini pertama yang kita akan lakukan sebaik sahaja umum Kabinet. Maka tidak boleh lelaki jadi menteri wanita.
"Ini (menteri lelaki jaga portfolio wanita) hanya berlaku dalam Umno," katanya disambut sorakan gamat pada pelancaran Agenda Wanita Malaysia, malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menjadi menteri wanita berikutan Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dilanjut tempoh sebagai senator berikutan skandal NFC.
Read More / Baca Lagi >>

GMI: Sudah Ada Akta Baru, Mengapa Tahanan ISA Tidak Dibebaskan

Posted: 13 Sep 2012 07:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 SEPT: Gabungan Mansuh ISA(GMI) menganggap langkah transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan sekarang tidak bermakna berikutan masih terdapat 30 individu yang masih ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 15 September tahun lalu.
Pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Hari Malaysia yang hampir genap setahun lalu.
Kononnya, pemansuhan itu juga merupakan sebahagian dari langkah kerajaan dalam melaksanakan program transformasi terhadap sistem pentadbiran dan politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Guru Ditahan ISA Terima Notis Berhenti Kerja

Posted: 13 Sep 2012 07:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 SEPT: Nasib guru yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) bertambah buruk apabila menerima notis diberhentikan kerja dari Kementerian Pelajaran baru-baru ini.
Bakar Baba berasal dari Sabah ditahan setelah dikaitkan dengan aktiviti pergerakan Darul Islam.
Perkara ini dimaklumkan ahli pertubuhan Lawyers for Liberty, Farida Mohammad dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, di sini semalam.
"Surat rayuan telah pun dihantar, tetapi keluarga beliau mendapati gaji beliau sudah tidak dimasukkan sejak bulan Jun lalu menyebabkan keluarganya kehilangan mata pencarian.
"Kami akan ikuti perkembangan kes pembuangan kerja ini dengan dekat untuk bantu beliau dan keluarganya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Is the IGP right? Are Malaysians paranoid about 'non-issue' crime?

Posted: 13 Sep 2012 07:36 PM PDT

Is the IGP right? Are Malaysians paranoid about 'non-issue' crime?The IGP has now also echoed the Home Minister, refuting that crime is a non-issue. He has just indirectly lambasted stupid Malaysians to correct their brains.
In asserting that crime is down and that it is merely a perception problem, he has made Malaysians look like nerds.
Even investors who are bringing the issue of rampant crime to the table are being sneered by the IGP's statement.
Sick-o Malaysians
Okay, since it is the top cop of the law enforcement body that is speaking, let us for arguments sake take it that crime is a non-issue. And that it is the sick-o Malaysians who are paranoid about crime in the country.
But then, how do you explain these:
Read More / Baca Lagi >>

RIDICULOUS PUTRAJAYA: Focus on Crime & Bad Governance Symptoms, Not Only Homosexuality

Posted: 13 Sep 2012 07:35 PM PDT

RIDICULOUS PUTRAJAYA: Focus on Crime & Bad Governance Symptoms, Not HomosexualityYes, Putrajaya has gone bonkers! It should focus on rising crime rate and bad governance rather than homosexuality. Investors are worried about rising crime. International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed has just chaired a meeting with a group of foreign investors on security situation in the country.
Yesterday, a local singer Eric Lim's car was stolen and driven away by two men in Puchong.
Yet, the central government would rather spend our limited resources on something like coming out with a list of symptoms on homosexuality.
Putrajaya has endorsed a list of identifiable gay and lesbian traits to schools and parents to prevent the spread of the phenomenon among teenagers, especially students, according to media reports.
Early 'symptoms'
Read More / Baca Lagi >>

Voters no longer bound by BN’s chains

Posted: 13 Sep 2012 07:33 PM PDT

According to a DAP leader, the voters are prepared to give the mandate to Pakatan Rakyat in the next general election.

TAIPING: Malaysian voters are no longer chained by blind loyalty to Barisan Nasional but are prepared for the wind of change for Pakatan Rakyat to take control of Putrajaya in the coming general election, claims DAP.
DAP national labour bureau chief A Sivanesan said: "The 2008 political tsunami has changed the mindset of Malaysians that has been so long entrapped by BN's political propaganda influence."
"Now 80% of the Chinese electorate and 60% of the Indian voters are ready to support Pakatan on the road to Putrajaya," he claimed.
He said PAS was eating into BN's traditional Malay voters' support and gaining strength for the 13th general election.
"The Chinese community initially has not gone on a confrontational political approach but instead chose to curse in silence," he told FMT today.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan serbu majlis Jamuan Hijau di Machang

Posted: 13 Sep 2012 07:32 PM PDT


(Tuan Guru Nik Aziz berucap di majlis Jamuan Hijau dekat Machang)

MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan menghadiri majlis Jamuan Hijau dan Xpresi Anak Muda yang diadakan sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan petang semalam.

Rakyat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat turut hadir menjayakan program yang diadakan di Padang Majlis Daerah Machang itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pas mahu Pusat ikut Selangor

Posted: 13 Sep 2012 07:30 PM PDT


Dr Abdul Rani Osman SHAH ALAM - Kerajaan Pusat perlu menunggu Selangor menamatkan penggal berdasarkan mandat semasa yang berakhir hujung April 2013 jika tidak mahu berdepan masalah kos tambahan dan pembaziran masa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu pembaziran masa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menyediakan kos tambahan tidak akan timbul jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada waktu yang sepatutnya.

"Kalau nak elak bazir masa dan kewangan, tak payah buat sebelum tempoh berakhir penggal. Buat sekali tahun depan dan biar sampai habis penggal, jangan buat awal.
Read More / Baca Lagi >>

UIAM batal dewan untuk program Puad Zarkashi

Posted: 13 Sep 2012 07:29 PM PDT

GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membatalkan tempahan dewan untuk program konfrens fiqh politik yang bersifat non-partisan anjuran NGO Murshid yang dijadualkan Sabtu ini.

Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.

Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan  mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).
Read More / Baca Lagi >>

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya

Posted: 13 Sep 2012 07:26 PM PDT

(Antara wanita Kelantan yang menyertai perhimpunan)

MACHANG: Kerajaan BN semakin takut berdepan dengan Pakatan Rakyat, apa lagi menyedari negeri simpanan tetapnya Sabah dan Sarawak juga akan goyah pada pilihanraya umum nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, menyedari perkara itu termasuk kekuatan negeri di semenanjung juga hampir lumpuh khususnya Johor, menyebabkan BN takut untuk mengadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Muslimat sempena Himpunan Hijau Menuju Puterajaya, yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Politik : Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi...Kumpulan Parti Syaitan makin melampau..!!!

Posted: 13 Sep 2012 07:25 PM PDT



Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

NONE"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah
dirasmikan awal tahun ini.

Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.Read More / Baca Lagi >>

PR lancarkan agenda wanita dalam usaha menawan Putrajaya

Posted: 13 Sep 2012 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pakatan Rakyat (PR) semalam melancarkan satu agenda yang menjanjikan pembaharuan dalam dasar wanita, memperkasakan dan kesaksamaan jantina sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menawan Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian pelancaran tersebut semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata Agenda Wanita Malaysia menerima sokongan penuh kepimpinan PR dan menggesa wanita PR untuk turun ke bawah dan mempromosikan kepada wanita di kawasan luar bandar.
"Cabaran bagi kita terletak terutamanya dalam mendekati wanita luar bandar, dan kita memerlukan semua orang dalam pakatan untuk bekerja bersama-sama jika kita mahu mengambil Putrajaya.
"Saya mempunyai keyakinan bahawa kita boleh mencapai matlamat ini jika kita membuat sedikit dorongan untuknya," kata Anwar.
Agenda mengandungi tujuh bidang tumpuan utama yang termasuk perubahan dalam dasar-dasar kerajaan dan pendidikan yang hanya boleh dijalankan jika PR membentuk kerajaan.
Dalam ucapan mereka, ketua wanita dari PKR, PAS dan DAP menekankan keperluan kuasa, mengakui, dan menangani jurang gender yang mendiskriminasikan wanita di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Warga emas dibunuh penyamun

Posted: 13 Sep 2012 07:21 PM PDT


Warga emas dibunuh penyamun
Mayat mangsa bunuh dibawa ke HTAR untuk bedah siasat, semalam. Gambar kecil: Peck Lan.
 
PELABUHAN KLANG – Seorang adik terkejut selepas menemui mayat kakaknya dalam keadaan mulut, tangan dan kaki terikat di rumahnya di Jalan Seroja, di sini kelmarin.

Mangsa, Lim Peck Lan, 65, sebelum itu gagal dihubungi sehingga memaksa adiknya mencari di rumahnya, kirakira jam 6.30 petang.

Sebaik tiba di rumah tersebut, dia mendapati keadaan rumah berselerak sebelum menemui mangsa di dalam bilik belakang.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Pelajar belasah guru disiplin

Posted: 13 Sep 2012 07:20 PM PDT

Pelajar belasah guru disiplin ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu. Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

"Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

"Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas," katanya.

Ulamak PAS seru semua pihak tolak hina agama

Posted: 13 Sep 2012 10:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama menolak sebarang percubaan menghina mana-mana agama termasuk agama Islam.

Setiausahanya,  Dr Khairuddin A. Razali berkata, ini seperti mana dilakukan melalui filem berjudul Innocence of Muslims yang telah dihasilkan oleh Sam Bacile, seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika.

"Tindakan seumpama itu merosakkan keharmonian antara bangsa dan agama yang mengundang kepada permusuhan dan pertelingkahan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama.

Tambahnya, Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat agama, antaranya Al-Quran mengajar agar jangan dihina tuhan-tuhan yang disembah oleh bukan Islam.

Ini, ujarnya seperti firman Allah yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu". (Surah al-An'aam: 18)

Clinton: Anti-Islam Video 'Disgusting'

Posted: 13 Sep 2012 10:34 AM PDT

Rosiland Jordan reports on US-Middle East relations following protests

Posted: 13 Sep 2012 10:34 AM PDT

Tiada ulasan: