PENYAPU SIAL |
Keluar parti Kerana Rasuah & Penipuan Berleluasa Dalam UMNO...!!!! Posted: 15 Sep 2012 04:55 PM PDT Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN. Beliau antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini meninggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Beliau tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka . Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang kelmarin Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan. Dengan memberi contoh, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan. BN juga tak mahu bina jambatan kerana kununnya kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun ,orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju, Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain. Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap
penyapu sial
nasib baik sedar kalau tidak tersandar lah jawabnya.itu pun ada lagi orang yang pertahankan pemimpin rasuah dengan alasan biarlah asalkan melayu.apa nak jadi dengan melayu jenis ni |
alahai TPM sembab....rakyat johor boleh la hang tipu hidup hidup ....!!!! Posted: 15 Sep 2012 04:19 PM PDT Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu. Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku. Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin.. Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu. Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak. Jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu.Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza. Sebagai contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat.Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri. Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya.Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan.. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan