Selasa, 4 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Eksklusif: Versi Penuh, Video Kejadian Serangan Terhadap Anwar Di "Masjid Seberang Pumpong" !

Posted: 04 Sep 2012 01:25 AM PDT

Dua Aksi Biadap Tetapi Jadi 'Kes Terpilih' Polis

Posted: 04 Sep 2012 01:05 AM PDT

Susulan penahanan suspek yang dikatakan memijak gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini, maka kini ramai yang tertanya-tanya kenapa pihak polis begitu cepat mengambil tindakan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes itu?. Heboh diperkatakan tentang isu ini sekarang. Malah kami juga tertarik dengan psoting satu foto dalam dua aksi berbeza pemimpin. Satunya aksi seorang anak muda menunjukkan "duburnya" pada gambar Najib dan Rosmah. Manakala, yang satunya pula foto seorang anak muda memakai baju Barisan Nasional (BN) sedang kencing pada gambar kain rentang yang tertera wajah Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dua aksi ini jelas sekali satu tindakan biadap yang dilakukan oleh anak muda terbabit sebenarnya. Namun, ramai yang hairan kenapa bila aksi melibatkan pemimpin UMNO BN maka begitu cepat sepantas kilat pihak polis menjalankan tugas mereka. Anehnya bila laporan dibuat terhadap aksi yang melibatkan pemimpin pembangkang maka polis memerlukan masa yang sesuai untuk bertindak. Kenapa harus ada dua situasi yang berbeza ini agaknya. Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebenarnya bekerja untuk siapa?. Untuk BN atau untuk rakyat?. Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Banyak lagi adengan yang memalukan kini menjadi persoalan dikalangan rakyat. Polis sepatutnya bertindak adil kepada semua rakyat dan tidak perlu ada sikap "double standard" yang boleh menghilangkan terus kerpercayaan dan keyakinan rakyat terhadap agensi itu nanti.



Setiausaha SPR, "Perbuatan Biadab" Bukan Cara Melakukan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

Posted: 04 Sep 2012 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Sept - Penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan dapat dilakukan melalui perhimpunan dan perbuatan biadab sepertimana yang dilakukan oleh sekumpulan peserta perhimpunan di ibu negara baru-baru ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria (foto) berkata, banyak perkara yang akan dilaksanakan oleh suruhanjaya itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah hasil perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihak, dan bukannya melalui perhimpunan dan perbuatan biadab, termasuk memijak gambar pemimpin negara. "Perbuatan itu adalah perbuatan biadab, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang bersopan santun. "SPR melihat perbuatan pihak penganjur Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang pada perhimpunan itu bertujuan mendidik golongan muda untuk berkelakuan biadab," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tiga Maut, Kemalangan Di Bentong Dan Kuantan !

Posted: 04 Sep 2012 12:32 AM PDT

KUANTAN, 4 Sept - Dua mangsa lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori yang membawa muatan papan di km 12 Jalan Baru Bentong-Raub pada Isnin. Kejadian pada pukul 6.05 petang itu menyebabkan pemandu kereta Rashid Othman, 69, mati di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Othman Abdullah, 70, mati di Hospital Bentong. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kereta yang dipandu Rashid dikatakan keluar dari simpang tiga dan berlanggar dengan lori itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Kota Baru ke Bentong. Sementara itu dalam satu lagi kemalangan, seorang wanita Wan Rohani Wan Ishak, 55, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di km 16 Jalan Kuantan-By pass pagi semalam (Isnin). Fauzi berkata motosikal yang ditunggang wanita itu dari arah Kuantan ke Kemaman dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan menyebabkannya bergesel dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Terkini: Suspek Pijak Gambar Perdana Menteri Di Himpunan 'Janji Demokrasi' Telah Di Tahan Polis

Posted: 04 Sep 2012 12:13 AM PDT

CHERAS, 4 Sept - Polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat memijak gambar Perdana Menteri ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Khamis lalu. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang akan dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut. "Kami menerima maklumat mengenai tempat tinggal ibu bapa suspek sebelum menahannya di kolej. Polis turut bercakap dengan dua lagi saksi yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas tangkapan itu pada Selasa. Pada Isnin, polis telah menubuhkan tiga pasukan khas untuk menyiasat tiga laporan membabitan insiden di Dataran Merdeka, serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat dan tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Tiada ulasan: