Pahang Daily Online |
Posted: 29 Sep 2012 07:34 AM PDT |
Panas: Bajet 2013, Utamakan Orang Muda Sahkan Najib Cuba Memancing Undi Mereka Sebenarnya ! Posted: 29 Sep 2012 07:34 AM PDT Ramai pihak yang mempersoalkan keikhlasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 semalam. Bagi mereka, biar pun bajet itu dilihat lebih mengutamakan rakyat kononnya kerajaan senantiasa menjaga kebajikan mereka, namun ramai yang beranggapan bajet 2013 adalah satu lagi "gula-gula" pilihanraya yang digunakan oleh Najib untuk memancing undi sebenarnya. Bukti jelas apabila suara anak muda yang kini majoritinya menolak UMNO BN kini ditagih dan Najib secara jelas menggambarkan bajet yang diwar-warkannya semalam adalah "Bajet Orang Muda" seperti laporan muka depan Sinar Harian hari ini. Persoalannya, kenapa Najib begitu drastik membuat bajet khas untuk anak-anak muda?. Tambahan pula had usia yang diutamakan ialah 21 tahun ke atas iaitu had kelayakan untuk mengundi. Apakah Najib merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam merangka bajet yang dibentangnya itu?. Sebagai Menteri Kewangan, Najib harus sedar akan keperluan beliau untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat dan bukannya kepada golongan tertentu semata-mata. Bukti jelas dapat dilihat Najib mahu undi orang muda beralih arah kembali menyokong BN pada PRU-13 ini apabila memberi tawaran istimewa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang bergaji dibawah RM2,000. Kemudian beliau turut menawarkan kemudahan rebat kepada golongan muda yang berusia 21-30 tahun untuk membeli Smartphone 3G. Kenapa Najib menfokuskan usia 21 tahun?. Bukankah ini namanya untuk memancing undi. Najib sedar, sokongan orang muda kini jelas tidak memihak kepada UMNO BN. Selepas mereka membolot segala khazanah rakyat dengan sewenangnya, kini mereka cuba untuk membeli semula hati orang muda dengan tawaran istimewa pada Bajet 2013 itu. [Soalnya sekarang, apakah orang muda akan terima tawaran Najib itu dan memberi undi kepada BN pada Pilihanraya Umum akan datang?. Semua ini akan menjadi tanda tanya kerana apa yang pasti, majoriti mereka akan terima tawaran Najib tetapi tetap akan menolak BN pada kertas undi nanti. Inilah igauan ngeri yang bakal memerangkap Najib sebenarnya. Rakyat kini sudah semakin bijak dan tidak selamanya boleh diperbodohkan dengan segala tawaran menjelang pilihanraya itu lagi. Kini semangat mereka berkobar-kobar mahu melakukan perubahan dan tidak sama sekali akan berganjak daripada keputusan asal yang telah dibuat. Mereka sudah terlalu bosan dan kecewa dengan kerajaan yang ada sekarang kerana lebih banyak bermain dengan retorik "janji ditepati", walhal begitu banyak janji-janji tidak dikotakan oleh wakil rakyat BN itu sendiri sebenarnya. Rakyat terutamanya orang muda memang mahukan perubahan pada PRU-13 ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan