Isnin, 3 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Penyanyi Aisyah Di Forum Perdana PAS Kuantan

Posted: 02 Sep 2012 01:34 PM PDT


Video MKini: Himpunan Hijau Raub 2 September

Posted: 02 Sep 2012 01:24 PM PDT

Jenayah: Polis 'Kenal Pasti' Salah Seorang Suspek Kes Samun 'Empat Kedai Serbaneka' Di Kuantan !

Posted: 02 Sep 2012 01:10 PM PDT

KUANTAN, 3 Sept - Polis telah mengenal pasti salah seorang daripada dua suspek yang terlibat dalam kes samun empat kedai serbaneka di Semambu Baru, Bukit Pelindung, Setali dan Kubang Buaya di sini pada Selasa lalu. Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff (foto), lelaki berusia 22 tahun dan berasal dari Taman Balok Makmur di sini, dipercayai masih berada di bandar ini. Katanya, polis memperoleh maklumat identiti mengenai suspek selepas menemui beg pinggang yang tercicir di tempat kejadian ketika dia bersama seorang rakannya terperangkap di jalan mati ketika melarikan diri daripada polis. "Dalam kejadian di Semambu Baru, suspek melarikan rokok dan wang manakala di Bukit Pelindung mereka melarikan wang bersama dua telefon bimbit milik pekerja kedai serbaneka. "Kes samun di kedai serbaneka di Setali dan Kubang Buaya pula, suspek melarikan wang sebanyak RM109.95 bersama telefon bimbit dan kad tambah nilai RM60," katanya di sini kelmarin. Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Akhbar sebelum ini melaporkan dua lelaki bersenjatakan pisau Rambo dan pisau pemotong sayur bertindak menyamun empat kedai serbaneka pada Selasa lalu antara pukul 5.00 hingga 6.30 pagi. Dalam kejadian itu, suspek melarikan wang tunai, dua telefon bimbit dan sebungkus coklat mengakibatkan kerugian RM500.

[Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis Kuantan kerana berjaya mengesan penjenayah yang kini semakin terdesak untuk melakukan kegiatan tersebut. Orang ramai perlu lebih berhati-hati dengan penjenayah yang kini seolah-olah sudah tidak takut lagi kepada undang-undang. Bayangkan mereka sanggup menyamun dan merompak hanya untuk mendapatkan wang yang kecil jumlahnya. Bila dalam keadaan terdesak, apa saja boleh berlaku. Harapan kita agar pihak polis dapat mengesan penjenayah terbabit dengan segera untuk dibawa ke muka pengadilan. Rakyat perlukan kerjasama polis dalam menangani jenayah yang kini semakin berleluasa sebenarnya. Semoga kita dapat terus hidup dalam keadaan aman dan selesa hendaknya. Hapuskan jenayah demi masa depan].

Foto-Foto Terkini Himpunan Hijau Raub (2 Sept)

Posted: 02 Sep 2012 11:16 AM PDT














Panas: "Anwar Ibrahim" Di Serang Semasa Beliau Sedang Sampaikan Kuliah Maghrib Di Alor Setar !!

Posted: 02 Sep 2012 10:43 AM PDT

ALOR STAR, 2 Sept - Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong dekat sini. Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin. Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah. Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato' Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau. Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.



[Apa sudah jadi dengan undang-undang negara kita agaknya. Kini, pihak yang bertindak kasar begitu bebas dan sewenang-wenangnya boleh menggunakan kuasa mereka untuk memberi tekanan kepada pihak lain. Semoga insiden ini dapat disiasat oleh pihak polis dan mereka yang sengaja mencetuskan keadaan yang huru-hara seperti ini perlulah dibawa ke muka pengadilan dengan segera, Biar mereka tahu keperluan untuk saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Kejadian yang berlaku ini menunjukkan politik negara kita kita sudah semakin tenat. Amalan budaya samseng kini menular dan seolah-olah dibiarkan oleh pihak berkuasa. Justeru, semua pihak digesa lebih berhati-hati mulai sekarang. Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini akan terjadi kepada mana-mana pihak selepas ini hendaknya. Jadilah kita rakyat Malaysia yang lebih berhemah].

Tiada ulasan: