Sabtu, 29 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bajet 2013, Utamakan 'Orang Muda' Sahkan Najib Cuba Memancing Undi Mereka Sebenarnya !

Posted: 29 Sep 2012 07:34 AM PDT

Ramai pihak yang mempersoalkan keikhlasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 semalam. Bagi mereka, biar pun bajet itu dilihat lebih mengutamakan rakyat kononnya kerajaan senantiasa menjaga kebajikan mereka, namun ramai yang beranggapan bajet 2013 adalah satu lagi "gula-gula" pilihanraya yang digunakan oleh Najib untuk memancing undi sebenarnya. Bukti jelas apabila suara anak muda yang kini majoritinya menolak UMNO BN kini ditagih dan Najib secara jelas menggambarkan bajet yang diwar-warkannya semalam adalah "Bajet Orang Muda" seperti laporan muka depan Sinar Harian hari ini. Persoalannya, kenapa Najib begitu drastik membuat bajet khas untuk anak-anak muda?. Tambahan pula had usia yang diutamakan ialah 21 tahun ke atas iaitu had kelayakan untuk mengundi. Apakah Najib merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam merangka bajet yang dibentangnya itu?. Sebagai Menteri Kewangan, Najib harus sedar akan keperluan beliau untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat dan bukannya kepada golongan tertentu semata-mata. Bukti jelas dapat dilihat Najib mahu undi orang muda beralih arah kembali menyokong BN pada PRU-13 ini apabila memberi tawaran istimewa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang bergaji dibawah RM2,000. Kemudian beliau turut menawarkan kemudahan rebat kepada golongan muda yang berusia 21-30 tahun untuk membeli Smartphone 3G. Kenapa Najib menfokuskan usia 21 tahun?. Bukankah ini namanya untuk memancing undi. Najib sedar, sokongan orang muda kini jelas tidak memihak kepada UMNO BN. Selepas mereka membolot segala khazanah rakyat dengan sewenangnya, kini mereka cuba untuk membeli semula hati rakyat dengan tawaran istimewa pada Bajet 2013 yang dibentangkan itu. 

Gagal Kes Tuntutan Taksiran Ganti Rugi Terhadap SGM, UMNO Pahang Tidak Wajar Kemuka Rayuan!

Posted: 29 Sep 2012 12:29 AM PDT

KUANTAN, 29 Sept - Susulan kegagalan Badan Perhubungan UMNO Pahang memenangi kes tuntutan taksiran gantirugi terhadap syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, maka ramai pihak yang berharap UMNO tidak membuat rayuan kes tersebut. Difahamkan, masa untuk merayu selepas keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuantan Shazlina Shafie ialah selama 14 hari. Ini bermakna UMNO Pahang hanya mempunyai baki sembilan hari untuk membuat rayuan. Walau bagaimana pun ramai pihak yang mengikuti kes ini sejak dari awal lagi, percaya UMNO Pahang tidak mempunyai hujjah yang kuat untuk merayu. Malah, difahamkan mahkamah juga telah memutuskan bahawa saksi (UMNO Pahang) gagal memberi bukti  dan bercanggah dari segi keterangan. Terdahulu, dalam prosiding perbicaraan yang dijalankan saksi pihak UMNO dikatakan telah beberapa kali gagal menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan oleh peguam SGM. Dalam kes ini SGM diwakili oleh Peguam Tetuan Aznel & Associates. Manakala UMNO Pahang diwakili oleh Tetuan Toh & Co. Sementara itu saksi utama bagi pihak UMNO Pahang pula ialah Abdul Rahim Abas, selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang baru menggantikan Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman sejak 2008 yang lalu. Menurut seroang pemerhati kes itu, UMNO Pahang tidak wajar membuat rayuan kes berkenaan kerana segala dokumen, keterangan dan bukti-bukti kukuh kini berpihak kepada SGM. Malah terdapat banyak keraguan tentang saksi pihak UMNO yang dikatakan pakar ketika dibawa ke mahkamah iaitu Quek Jern Leng, yang dikatakan seorang Pengurus Konsultan Pembalakan di Kelantan. Apa yang menarik saksi ini muncul disaat akhir, sedangkan sebelum itu UMNO Pahang dikatakan hanya mengemukakan seorang saksi sahaja (Abdul Rahim Abas). Apa yang menarik, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Dato' Mariana Yahya beberapa kali menegur saksi UMNO kerana gagal menjawab soalan yang dikemukakan secara profesional. Rahim Abas, seolah-olah tidak faham dan tahu apa yang ditanya dan banyak menjawab "tidak pasti" dan "tidak tahu" hingga ditegur hakim yang mahu beliau tahu mahkamah bukanlah "sarkas". Mujurlah sepanjang prosiding, tidak ada wartawan media yang mengikutinya jika tidak pasti UMNO Pahang mendapat malu besar kerana mengemukakan saksi yang tidak relevan seperti beliau (Abd Rahim Abas).
[Atas alasan dan dakwaan inilah, maka UMNO Pahang tidak wajar merayu keputusan mahkamah menolak permohonan mereka baru-baru ini. UMNO sepatutnya menyediakan saksi yang relevan dan boleh menjawab hujjah-hujjah yang dikemukan dengan baik, bukannya saksi yang sekadar mengangguk dan mengelengkan kepada sahaja. Apapaun, tempoh untuk UMNO Pahang merayu semakin singkat dan apakah mereka akan berbuat demikian dalam keadaan mereka gagal memberi keterangan yang memuaskan hati hakim dalam kes ini. Apa yang jelas, Seruan Gemilang Makmur (SGM) mempunyai alasan yang kukuh untuk menuntut hak mereka dalam kes ini. Tambahan pula, banyak perjanjian dan dokumen kukuh yang menyokong permohonan mereka selama ini. Cuma agak menghairankan apabila UMNO Pahang terutamanya Menteri Besar yang masih gagal menyelesaikan kes ini biar pun ia telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi di negara ini. Sikap ini jelas bertentang dengan hasrat untuk melihat keadilan itu tertegak di negara ini. Sikap acuh tidak acuh Kerajaan Negeri Pahang terhadap keputusan mahkamah ini jelas sekali akan merugikan rakyat kerana semakin ditunggu maka semakin tinggi faedah yang dikenakan kepada pihak terbabit. Oleh itu, jalan terbaik ialah UMNO serta SGM berunding ke arah mencari penyelesaian terbaik dalam kes ini].

Tiada ulasan: