Rabu, 26 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Warga Lipis Kecewa, Janji Air Tidak Di Tepati BN !!

Posted: 26 Sep 2012 01:33 AM PDT


[Para penduduk Kg.Pagar Sasak dekat Kuala Lipis kecewa dengan sikap Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang masih gagal menyediakan kemudahan air kepada mereka walau pun sudah hampir setahun ia diswastakan. Janhi hanya tinggal janji dan langsung tidak ditepati selepas dengan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Projek Bekalana Air Luar Bandar (BALB) dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar itu sepatutnya sudah disiapkan, namun hingga kini penduduk masih menagih janji daripada pihak terbabit. Parlimen Lipis diwakili oleh wakil rakyat dari UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama, namun ternyata mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dalam laman sembang sosialnya selepas berkunjung ke lokasi terbabit baru-baru ini. Diharapkan pihak PAIP dapat mengotakan apa yang dijanji dan jangan tunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-13 akan datang untuk membuat janji-janji kepada rakyat. Justeru rakyat diminta menilai segala retorik politik yang dimainkan oleh UMNO terhadap isu air di Pahang ini sebelum mereka memberi undi kepada parti terbabit pada PRU-13 nanti. Pahang berbangga untuk menjual air ke Selangor tetapi rakyat sendiri menderita masalah air mereka biarkan tanpa pembelaan. Maka rakyat digesa buat perubahan untuk mengajar BN pada pilihanraya umum nanti. Lakukanlah perubahan demi masa depan anda].

Parlimen 'Kuantan Dan Indera Mahkota' Mungkin Tumbang Andai Pembangkang Tidak Berhati-Hati!

Posted: 26 Sep 2012 12:46 AM PDT

Bahang kempen Pilihnaraya Umum Ke-13 kini sudah semakin terasa di sana sini, begitu juga di bandar ini. Dua kerusi parlimen yang menjadi milik pembangkang kini seolah-olah sudah tidak selamat lagi. Usaha keras dilakukan oleh UMNO BN untuk merampas kembali kerusi tersebut kian menampakkan tanda-tandanya. Kekalahan drastik di dua kerusi bandar iaitu Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota itu benar-benar menjadikan mereka lebih berhati-hati kali ini. Faktor calon kini memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan mereka. Pada pilihanraya umum lalu, BN tewas di kedua-dua kerusi itu ditangan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Calon mereka, Fuziah Salleh (Kuantan) dan Azan Ismail (Indera Mahkota) menang dengan majoriti hanya melebihi seribu undi sahaja. Ini bermakna BN masih berpeluang merampas kerusi tersebut andainya strateginya betul dan mereka meletakkan calon yang berwibawa serta boleh diterima oleh rakyat. Walau pun menang pada PRU-12 lalu, PKR kini berkemungkinan besar akan menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut pada kali ini. Malah, kini kempen-kempen sedang dijalankan oleh pihak lawan yang bertujuan menyedarkan rakyat Kuantan akan kesilapan mereka membuat pilihan dulu. Memilih pembangkang menang di kedua-dua kerusi tersebut dianggap satu kesilapan besar buat rakyat dan kali ini mereka diminta kembali memberi undi kepada calon BN. Sepenggal berada dibawah pembangkang dilihat tidak memberi kebaikan kepada rakyat, apatah lagi pemimpin yang ada sememangnya dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukan bagi membela nasib mereka. Maka itulah, rakyat digesa melakukan perubahan dengan memberi kepercayaan kepada BN kononnya hanya calon parti itu yang layak membantu mereka (rakyat). Lantaran itu jugalah PKR harus lebih berhati-hati pada pilihanraya umum kali ini.  Faktor calon memang memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan mana-mana parti pada PRU ini nanti. Mungkingkah BN kemungkinan letakkan calon muda bagi bertembung dengan pembangkang di kedua-dua kerusi itu kali ini.

Faktor 'Calon' Mainkan Peranan Untuk Menang !
Nama-nama panas yang dikatakan berpontensi untuk diketengahkan ialah Dato' Suhaimi Sulong bagi Parlimen Indera Mahkota dan Dato' Suffian Awang (foto) bagi Parlimen Kuantan. Jika ini berlaku maka, harapan untuk BN merampas kedua-dua kerusi tersebut pasti menjadi kenyataan. Ia ditambah lagi dengan kempen-kempen yang dilakukan pihak tertentu sekarang termasuk mengedarkan poster, flyers dan kain rentang yang mahu rakyat tidak memilih "Wakil Rakyat Hujung Minggu" dan "Rakyat Mahu Calon Melayu". Kedua-dua mesej itu kemungkinan besar bagi menyedarkan rakyat tentang kesilapan besar yang telah mereka lakukan apabila memperjudikan nasib mereka kepada pembangkang pada PRU-13 lalu. Soalnya sekarang apakah rakyat mahu membuat perubahan?. Bagi sesetengah pihak mungkin BN berpeluang cerah kali ini. Tambahan pula rakyat dimomokkan agar tidak lagi memilih wakil rakyat hujung minggu seperti yang berlaku di Parlimen Kuantan sekarang. Difahamkan, Fuziah Salleh memang hanya balik pada hujung minggu bila dia kelapangan, jika tidak segala urusan akan diserahkan kepada Pegawai Khasnya di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan. Senario ini memang tidak boleh dinafikan oleh wakil rakyat terbabit kerana memang benar mesej tersebut ditujukan kepada beliau. Difahamkan, walau pun membesar di Kuantan, Fuziah lebih banyak menghabiskan masanya di Selangor kerana bermastautin di sana sejak sekian lama. Maknanya, segala gerak kerja dilepaskan 100% kepada orang-orang kanan beliau untuk menguruskannya. Walau pun beliau popular dengan isu Lynas yang diperjuangkannya, namun ia tidak cukup bagi menyakinkan rakyat untuk mengekalkan beliau di parlimen Kuantan kali ini. Apa yang jelas, ramai yang beranggapakan Fuziah Salleh kini lebih selesa membela nasib dan memberi muka kepada kaum "bukan Melayu" daripada bangsanya sendiri. Malah banyak program parti seperti majlis jamuan makan atau Hi-Tea diadakan untuk kaum bukan Melayu. Malah pemilihan dari segi makanan dan aturcara majlis lebih menjurus kepada kaum tersebut, sedangkan ramai juga yang hadir adalah terdiri dari kalangan bangsa Melayu sendiri. Isu ini menjadi bualan dikalangan ramai ahli PAS yang diundang hadir dalam majlis-majlis Fuziah terutamanya di sebuah restoran terletak di Jalan Haji Ahmad Kuantan.

Jika dulu beliau selesa kerana dimenangkan oleh penyokong BN yang memilihnya atas faktor kaum kerana ketika itu dia berhadapan dengan Datuk Fu Ah Kiaw dari MCA yang mewakili BN. Namun, laluan cukup sukar bagi Fuziah kali ini andainya Dato' Suffian Awang, Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan Exco Pemuda UMNO Pusat menjadi calon kali ini. Kreadibiliti Suffian dilihat lebih terserlah jika dibandingkan dengan Fuziah. Malahan, beliau juga kini merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Cuma apa yang menjadi masalahnya ialah jika Suffian dipilih, maknanya "title" wakil rakyat hujung minggu yang mahu ditolak oleh penyokong BN pasti tidak menjadi kenyataan. Ini kerana Suffian walau pun mempunyau rumahnya di Kuantan, namun dia juga terpaksa balik pada setiap hujung minggu. Apatah lagi menjadi Setpol PM yang menyebabkan masanya banyak dihabiskan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Apapun, percaturan ini amat menarik untuk diperkatakan kerana Fuziah dan Suffian masing-masing mempunyai kehebatannya tersendiri dan hanya rakyat yang perlu bijak menilai. Mereka berhak memilih "anak muda" atau pun mengekalkan "orang lama".  Cuma, fokusnya sekarang juga tertumpu ke Parlimen Indera Mahkota yang diwakili oleh Azan Ismail. Ada sumber mengatakan Azan akan ditukarkan dengan calon lain di parlimen itu. Nama-nama yang dikatakan berhasrat untuk bertanding di situ termasuklah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang) dan Zakaria Abd Hamid (bekas Pengerusi PKR Pahang). Zakaria dikatakan merupakan "Care Taker" yang dihantar oleh pusat untuk menjaga parlimen Indera Mahkota. Pada awalnya kelibat beliau sering dilihat dalam banyak program PKR termasuk yang melibatkan Anwar Ibrahim sendiri. Namun kini beliau lebih selesa berada di pusat.

Chean Chung 'Calon Popular' Di Indera Mahkota
Namun, mutakhir ini jarang sekali beliau muncul walau pun mendapat sokongan besar daripada AMK Pahang dan Indera Mahkota sendiri. Mungkin kerana memikirkan, terlalu sibuk di pusat akhirnya Zakaria dilihat kurang memberi tumpuan di situ lagi. Apa yang jelas, gerak kerjanya sekarang banyak dibantu oleh AMK, termasuk dalam program-program kebajikan dan sebagainya. Kini nama yang semakin panas ialah Lee Chean Chung (foto), anak muda berbangsa Cina yang dilihat semakin menyerlah sekarang. Beliau meletakkan jawatannya di parlimen untuk bersama rakyat Indera Mahkota sejak beberapa tahun lalu. Malah, beliau juga telah membuka Pusat Khidmat DUN Semambu sebagai salah satu strategi untuk memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatannya. Terdapat bukti jelas beliau pasti akan dipilih sebagai calon PKR bagi menggantikan Azan kali ini. Ditambah lagi dengan kenyataan terbuka Dato' Fauzi sendiri yang secara jelas menyatakan sokongannya kepada Lee Chean Chung sebelum ini. Masalahnya, apakah rakyat boleh menerima beliau yang "bukan Melayu" untuk bertanding di situ (Indera Mahkota)?. Maka itulah, kita tidak hairan kini banyak kain rentang yang mahu rakyat menolak calon bukan Melayu bertanding di situ. Malah, lebih menarik lagi ada juga kain rentang yang secara jelas mahukan YB Azan Ismail dikekalkan bertanding di situ. Semua ini pasti menambahkan lagi kemelut calon kepada PKR. Jika Lee Chean Chung terpilih di parlimen maka sudah pasti Dato' Fauzi akan tepelanting ke kerusi DUN Semambu. Soalnya, apakah beliau sedia untuk bertanding di DUN sedangkan dia sebenarnya mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Ahli Parlimen sejak sekian lama. Inilah yang memusykilkan rakyat untuk memilih sebenarnya. Paling panas untuk diperkatakan ialah ke mana perginya Azan Ismail, jika dia tidak bertanding di Indera Mahkota kali ini?. Sebelum ini ada dakwaan dia akan bertanding di salah satu parlimen di negeri Terengganu iaitu Dungun atau Kemaman. Tambahan pula Azan kini adalah Pengerusi PKR Terengganu. Apakah Azan akan mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenanginya pada PRU-12 lalu atau sebaliknya?.

Isu Lynas: Mahkamah Tinggi Izin SMSL Memohon Penangguhan "Lesen Sementara" Selama 10 Hari !

Posted: 24 Sep 2012 09:10 PM PDT

KUANTAN, 25 Sept - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara kepada kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) selama sepuluh hari terhadap pemberian Lesen Pengendalian Sementara (TOL) yang diperoleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP). Hakim Dato' Mariana Yahya membenarkan permohonan tiga penduduk Kuantan yang terdiri daripada Pengerusi SMSL dan dua anggotanya, sehingga 4 Oktober untuk mendengar permohonan Lynas mencelah dalam dua kes semakan kehakiman terhadap pemberian TOL itu.  Peguam kepada tiga penduduk itu Gene Anand Vendargon berkata, pihaknya membuat permohonan itu dan dalam masa yang sama Lynas  yang diwakili Sunil Abraham  meminta penangguhan permohonan itu untuk mencelah dalam kes semakan kehakiman. Gene Anand berkata, peguam persekutuan Noor Azzah Abdul Aziz yang mewakili kerajaan juga meminta penangguhan permohonan itu kerana beliau memerlukan masa mencukupi untuk menjawab afidavit yang difailkan oleh plaintif. "Kami kata, jika mereka mohon penangguhan, jadi kami mohon penangguhan pelaksanaan... dan hakim bersetuju dengannya," kata Gene Anand ketika dihubungi. Katanya lagi, permohonan untuk mencelah itu akan didengar pada 4 Oktober. Kumpulan itu sebelum ini dibenarkan memohon membuat dua semakan kehakiman daripada hakim yang sama, untuk mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang menganugerahi lesen kepada projek nadir bumi di Gebeng.  Permohonan kedua untuk mencabar keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili menolak rayuan tiga penduduk Kuantan.

[Satu keputusan yang pasti menggembirakan rakyat Pahang walau pun hanya untuk seketika sahaja. Perjuangan NGO seperti SMSL untuk menentang operasi kilang Lynas tetap diteruskan biarkan mereka sebenarnya sudah tidak mempunyai ruang yang secukupnya untuk menyatakan bantahan. Namun, agak menghairankan apabila tidak ada langsung kelibat pemimpin Pakatan Rakyat yang turut sama hadir ke mahkamah hatta untuk memberi sokongan kepada rakyat dalam kes ini. Biar pun agak sukar untuk menghalang Lynas dari meneruskan operasi mereka, namun jelas sekali dapat dilihat kini ada pihak-pihak tertentu yang amat seronok melihat projek ini diteruskan. Apa yang pasti, kemarahan majoriti rakyat itu pasti akan dinatijahkan atas kertas undi pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti agaknya. Jika ini berlaku pasti BN berhadapan dengan laluan yang cukup sukar untuk meraih undi terutamanya dari kalangan kaum Tionghua di negara ini. Syabas serta selamat berjuang kepada mereka yang terlibat itu. Rakyat Hakim Negara].

Tiada ulasan: